::sayangsaya::

Showing posts with label cik terapis. Show all posts
Showing posts with label cik terapis. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Fasa Berubah.

credit inche gugel
Alhamdulillah 'alaa kulli ni'mah. n_____n
Akhirnya setelah hampir 3 purnama kalam hitam yang kelam ini menyepi, bersawang tapi masih mampu berlagu, kini hamba kembali untuk mengukir rasa berkongsi cerita. Selama mana tiga purnama terdiam, mengharung perit jerih untuk tiba hingga ke saat ini, hari ini Alhamdulillah kerana dapat bernafas dengan sedikit lega kerana sudah hampir ke titik akhir bagi fasa ini.

Tersepi kerana keterbatasan waktu hingga adakala terlupa bahawa seharusnya masa itu dibahagi-bahagi kan mengikut haknya dengan seadilnya. Namun, kerana khilaf hamba dan keterbasan diri maka pembahagian itu tidak berjaya dilansungkan.

Tiga purnama banyak yang mengajar. 
Ukhuwwah itu jangan hanya dibibir, selamilah hingga ke dasar hati. Kenali luar dan dalam, terimalah seikhlas hati. Jangan hanya terlafaz dibibir namun sunyi disudut ruang hati.


Mengenali dan belajar untuk menerima, merupakan fasa seterusnya dalam berukhuwah iaitu tafahum. Fahami dirinya dan terima kerana kita dan dia adalah sahabat insyaAllah muga sampai ke sorga hendakNYA.

Tiga purnama juga memuatkan cerita hamba berdagang di negeri Hang Tuah, hidup berdagang harus belajar adabnya agar tak tersalah langkah membuka ruang menjadi mangsa sarjan S yang senentiasa menanti saat dan waktu untuk menyeret kita bersamanya agar dia boleh bergelak tawa dengan riang dan gumbiranya melihat kita tersungkur jatuh dalam perjalanan menjadi hambaNYA. 

Sepanjang itu juga berulang alik dari Tanah Hang Tuah ke bumi Tarbiyah agar mampu bersama sahabat-sahabat untuk membasahkan hati dengan tarbiyah dariNYA. Menjadi pelatih tahun akhir menuntut banyak perkara untuk dikorbankan tapi apalah sangat yang dikorbankan jika berbanding dengan sahabat seperjuangan yang lain. Namun, muga Allah sudi memandang  hambaNYA yang penuh kedhoifan ini. ~T_T~
Betapa jelas menunjukkan kita di bumiNYA ini hidup bukanlah mampu berseorangan, kita perlu bersama-sama dalam menongkah arus yang mendatang. Jika kita hampir hanyut terbawa arus, ada teman yang bisa menghulur tangan menarik ke tepi untuk mengemaskan langkah agar kita mampu kembali menongkah arus yang berterusan mendatang itu. 
Pernah dengar ini?


“Kalian hendaknya senantiasa bersama jamaah, karena serigala akan menerkam kambing yang tersesat lagi sendirian”. HR Abu Daud 

 
Kita ni terancam sentiasa tau. Sebab tu kena dalam kumpulan. Kumpulan yang betul tau, yang membawa Islam agar tertegaknya kembali Islam di muka bumi ni. Jadi dalam kumpulan tu kita dapat makan Kek Tarbiyah yang 'enak'. Mengenyangkan hati dan membahagiakan jiwa. Sungguh! Sumpah itu sangat OSEM dan cool kalau dapat kita rasa betul dengan hati terchenta ni.
Photo: Saya ada kek. Nama kek ni, kek Tarbiah. Ada sesiapa mahu kongsi dengan saya? :)

*angkat2 kening*


Dan akhirnya perjalanan tiga purnama di tamatkan dengan 2 minggu tragik yang menggoyah hati, menggugat rasa dan iman senipis kulit bawang ini, sekembali ke kolej terchenta terpaksa berhadapan dengan kekalutan menyiapkan Clinical Objective ( CO) yang berbaki ditambah 7 reflection notes bersama evidence base dan melakukan pecutan terakhir bagi research yang dilakukan. 

 

Akhirnya, siap jugak walaupun dah berkali-kali bertukar tajuk dan berpeluh mata mencari responden. Alhamdulillah DIA kurniakan hamba ini seorang partner yang baik hati yang banyak membantu dalam research ni. Dan penutupnya adalah peperiksaan kertas terakhir kertas Pediatrik . Kini menanti hasilnya, muga Allah mempermudahkan urusan kami semua dan lulus dengan jayanya.

InsyaAllah bakal menjalani induksi pada tanggal 7 Disember 2012 - 13 Disember 2012. n____n 
Allah.
May YOU ease our way.

Dan fasa ini akan berubah menjadi seseorang. 




^SUKA^
www.tips-fb.com

Friday, August 31, 2012

Bahagian pertama selesai.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Selesai sudah bahagian pertama klinikal semester terakhir ni. 
Tadi hari terakhir bersama rakan-rakan seperjuangan menimba ilmu di Hospital Serdang. 
Rasa macam janggal tapi hakikatnya sudah ( tapi belum betul habis, sebab kena ganti cuti 2 hari..huhu)

credit cik gugel
Nanti bakal merindui lah kanak-kanak ini. Hari ni ada sorang adik autism datang. Dia akan mengulang apa yang kita cakap dalam nada sengau. Aduh. Adik sayang jenuh cikgu tahan diri nak ketawa. Akhirnya terburai. Bukan sengaja nak gelakkan, tapi sebab chumel sangat. terpaksa tahan tawa dengan air mata. arrrr~ 

'' grrr~"

" Ini apa?" sambil tunjuk huruf suruh baca. 
" Ini apa?" dalam versi sengau pelat-pelat. 

geram ada bila dia tak ikut macam kita sebut. Kasihan pun ada..sayang lagi lah. alahai adik sayang. Nak marah takkan jadi sebab mereka sangat chumel-chumel. eeeiii..geram..

paling suka adik-adik pandang dekat-dekat muka tengok spec, gaya macam dia nampak dia aje kat dalam tu. 

Ada juga pengalaman kena gigit-gigit dengan hadik-hadik ini. Biasalah, itu lumrah terutamanya dengan autism dan ADHD ni. Kalo di bahagian fizikal, seronok melayan kerenah budak-budak kecik. 
developmental age

cik gugel lagi

fizikal pulak kebanyakkan cerebral palsy, global developmental delay dan kerap kali jumpa adik-adik yang ada masalah hydrocephaly / macrocephaly serta microcephaly. 

Mencabar? 
yaa...sebab tak dapat bayangkan betul-betul apa masalah sebenar sebab kurang mahir dengan perkembangan kanak-kanak. 
kadangkala stress memikirkan macam mana nak rawat adik-adik ni supaya kemudian harinya nanti mereka mampu kembali berdikari dengan tahap keupayaan mereka sendiri.

apa-apa pun dalam dua bulan ni banyak dapat menimba ilmu daripada terapis-terapis di Hospital Serdang. Terima kasih tak terhingga untuk segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. 
Sesungguhnya masih banyak kekurangan dalam dunia pediatrik. 
Allahu!!!


Ilmu DIA sangat luas, lagi kita teroka lagi terasa jahilnya diri kita.
Jadi jangan berhenti mencarinya, andai terhenti biarlah dengan titik noktah dalam kehidupan kita dengan kematian.




^SUKA^
www.tips-fb.com

Saturday, July 7, 2012

Kembali Berpraktikal!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Fuh! *lap peluh besar merenik kat dahi*
macam nipis senipis kulit bawang, tapi isi kandungannya!!! MasyaAllah -,-' pitam.


Yah, macam tajuk yang tertera. Kembali Berpraktikal. Ohsem kan? final year dan final sem memang sangat ohsem. sila senyum lebar-lebar sambil buat muka bertabah.


'Alhamdulillah 'alaa kullihal..'

tulusly itu pertama yang terkeluar, bukan nak mengeluh sangat sebab banyak gila..tapi gerun sebab ni amanah yang berat. Sumpah! Berat.

Merah yang terang benderang tu logbook Community
Biru semarak tu logbook Pediatrik
Hijau ang-ang tu logbook Special Area

**
ada yang terasa nak berfikir, apakah motif dia menghapload dan menulis entri ni? sila lah. 

jawapan saya:
sebab memori kapasiti saya telah bersinar-sinar dengan lampu merahnya. Hasilnya mustahil dalam 20 tahun lagi, saya mampu ingat. Hanya dengan tempek sekeping dekat laman sesawang belog ni lah yang mungkin akan buatkan saya reflek diri saya di masa akan datang. **entah masih ada atau sudah kembali padaNYA..wallahu'alam.

**
Rata-rata kami pelatih tahun akhir peluh besar memandang satu demi satu logbook ini, *lappeluhdenganhujunglenganbaju.fuh* tugasan perlu dilengkapkan dalam tempoh masa 7 minggu bagi setiap area, dan perlu melengkapkannya pada minggu ke enam supaya sebarang penambahbaikan dapat dilakukan sepenuhnya dalam minggu ke 7. 

sungguh, saya nebes. InsyaAllah bermulanya 16 Julai 2012 bersamaan Isnin 28 Syawal 1433 Hijrah saya akan memulakan sesi pertama praktikal di area Pediatrik yakni kanak-kanak. Dan ini menyebabkan adrenalin saya bertambah bergelojak kerna saya harus bersama kanak-kanak dan lebih istimewa bersama anak-anak sorga. 

hi awak, awak sangat chumel. T__T eei geramnya saya, nak gigit2 pipi chumel awak. auw~

Siapa anak-anak sorga yang sukati saya bagi term tu? rajin-rajin skrol tepi kanan awak list tu ye. *_*


Saya tak tahu nak berpeluh macam mana lagi, sebab sejuk sangat rasa cengkam jari jemari tangan sampai kaki. Saya gementar nak jumpa mereka *sila feelin macam 1st time nak pergi dating dengan inche suami* kih3~

1) Bertemu mereka haruslah jujur. 
2) Mestilah masuk ke dalam dunia mereka ( *autism terutamanya)
    
    'Assalamualaikum, ada orang tak...saya datang nak beraya..' -dush!!-

3) Haruslah bina ikatan ke'kamcheng'an bersama dia dan keluarganya.
 * macam ibu mertuaku la pula -,-'
4) Er...apakah harus bersikap seperti mereka? arr....
( mari tawan-tawan..kite maen lompat-lompat!! yippi!) okay, saya fikirkan semula. oho!!
5) 
meh kita terbang bersama~ lalalala~
Menjiwai mereka. Menjadi mereka. Merasai dunia mereka. 

****

saya sudah tiada idea apa lagi yang harus dikatakan. Memang, teruja + gementar = terentar??

Ya, saya bakal menjadi Jurupulih Perubatan Carakerja / Occupational Therapist kurang dari setahun. Dan merasakan Subhanallah luasnya ilmu Allah, belum mampu nak dapatkan banyak-banyak sebab terlalu banyak. Allah ciptakan manusia pelbagai karektar dan dengan kisah perjalanan hidupnya sendiri. 

 Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about.
Dan untuk mengenali setiap karektar itu memerlukan masa. Panjang. tiada terhitung. Kerna itu kita dewasa dengan pengalaman, pemerhatian dan mengaplikasikan. Itulah kita bermula dari kanak-kanak hingga kini. 

Untuk entri kali ini saya hanya berkongsi tentang Pediatrik dahulu, Special Area dan Community saya insyaAllah selepas 7 minggu nanti akan saya  perkatakan tentangnya. 

" Anak itu anugerah Allah, kitalah yang mendidik dan mencoraknya. Jika baik asuhan kita, moleklah rupanya. Jika busuk asuhan kita jeliklah perilakunya."

" Anak itu aset kita ke sorga." - Ustaz Don Danial

** 
bila detik semakin hampir untuk bermulanya praktikal, saya sering terbayangkan saya bertemu Lana, anak sorga Puan Syerah Omar. Saya kagum dengan kesabaran ibu muda ini, membesarkan Lana dan Luqman. Setiap kali lihat wajah Lana lewat album gambar Kak Syerah..saya rasa nak cepat-cepat jadi terapis supaya  saya boleh jumpa Lana. :') supaya at least, i can help something.

Eh.
Siapa potong bawang ni.
Pedih-pedih.
Okaybai.
tsskkk!




''Sebagai manusia aku chenta padamu kerana DIA.'' okay cakap ini sambil peluk-peluk emo dengan anak-anak sorga. 


Muga Allah kurniakan kita kesabaran yang tinggi~



^SUKA^
www.tips-fb.com

Sunday, June 17, 2012

I'm lookin for...


Saya nak tanya, sesiapa yang ada parents, adik beradik, saudara mara atau kenalan yang mengalami masalah strok, namun beliau boleh menunaikan solat dengan sempurna sama ada duduk di kerusi atau berdiri, boleh anda maklumkan kepada saya?
Tolong tinggalkan nama anda di komen bawah status ini ya. 
Mohon bantuan teman-teman.
Muga Allah merahmatimu. Jazakallah.

Profile picture

Bismillah..
Alhamdulillah 'alaa kullihal...
it has been a week and I can't find any respondent that suits to my criteria of respondent. Allahu~
And tonight, suddenly HE gave me an idea to keep on sharing this status on social website such as Facebook, Twitter and Formspring.
I try hardly to copy and paste this status and kept on pasting on each group wall page.
hopefully that somebody will take a look for it and respond. Really hope so. 
I know HE knows what is the best for us. But, we must work hard before redha and tawakal. 

Ya, untuk awak yang sedang membaca ini. Ini lah research saya untuk FYP. 
Tajuk research saya ialah :
" Tinjauan Mengenai Masalah Keseimbangan dalam Pergerakan Solat Sempurna dalam Kalangan Pesakit Strok."

Dan saya masih lagi mencari responden yang bersesuaian. Selepas hampir seminggu berjaulah dengan Cik YAya, saya hampir putus asa..sebab none of them suits to be my respondent. Tapi, Alhamdulillah bila post status ni kat FB siang tadi, DIA hadirkan seseorang respon pada status saya, jazakillah Ukhti Hajar. Muga Allah merahmati. 

Dan saya berharap, teman-teman di laman maya ini membantu..



^SUKA^
www.tips-fb.com

Tuesday, June 12, 2012

Di Penghujung Waktu

Bismillah...

Alhamdulillah wa syukrillah 'ala nikmah. :)
penyambut tamu kami siang tadi
Hari ni HA dan Cik Yaya menjelajah ke daerah Puchong untuk menimba pengalaman dan mengaplikasikan OT dalam geriatric. Selain itu untuk memanfaatkan masa cuti kami selama sebulan ini dan secara tidak lansung sebagai satu tarbiyah untuk kami pelajari dan renungi. 

Perjalan pagi tadi agak kelewatan, * sebenarnya virus M menular sangat hebat pagi tadi bercampur baur dengan rasa nebes yang amat* nak pergi rumah orang tua pun nervous. -,-' haih...tak faham betul. hew~
Dengan rasa yang bercampur baur, nak tak nak pergi juga dengan berbekalkan gps jer..* xreti la jalan KL ni. kami meredah je sebab xreti jgk bc gps..huhu*

Setibanya di Rumah Orang Tua Al- Ikhlas, kedatangan kami disambut oleh Kak Lis dan dua orang tetamu lain. Mulanya agak cuak juga sebab dah la datang lambat. Kami tiba hampirr jam 11 am. Bayangkan lah...apa je nak boleh tolong. Kata sukarela. Datang macam paksa rela jer..* okey, tipu. memang paksa rela projek kolej utk individU tapi personal, paham? kbai* Jakun? Janggal..awkward? Itu lah kami tadi. Macam ayam berak kapur. -,-' serta cacing kepanasan masa memula sampai Al-Ikhlas tadi, sebab tak tahu nak buat apa. Kak Lis suruh kami masuk dalam dan jumpa Kak Wati, minta task yang diberi * rasa macam main game xplorace pulak main mintak2 task ni*  - Kak Lis dengan tetamu dari putrajaya ( sorang anak dan emak, Mak cik M dan M,  sbb terlupa nak tanya nama. Teruk kan perangai, jgn tiru gaya ni. Sila belajar berbahasa dengan orang lain)

 Task pertama kami,

*hiasan semata-mata*
okay, tapi separuh saja sebab tiba-tiba datang task ke dua.
*tukar posisi, anak suap bapa*
dan task ke tiga ialah 
*ala chumel2...baby besor*
okay, nampak sikit kan. Tapi saya kagum dengan kesabaran mereka yang menjaga warga emas ini, sungguh! Anda seorang yang sangat penyabar. Macam yang diketahui umum, dan dalam psikologi sendiri ada cakap yang warga emas ni adalahh satu fasa yang mana sikap mereka berubah menjadi keanak-anakan dan mereka manja dengan kita. Selain itu, ada juga akan menjadi sangat cerewet dan sangat sensitif kepada kata-kata dan perbuatan kita.

Jadi, sebagai anak atau cucu seharusnya kita belajar menghargai mereka dan bersabar dengan kerenah mereka. Oh ya...pemilik tempat ini ialah Mak Muji. Mak sangat best. Mak layan kami macam dah lama kenal. Macam dah jadi part of them. Dan pekerja Al-Ikhlas yang lain pun sama. 
Hari ni DIA hantar kami ujian untuk exam kod kesabaran. Dengan soalan 1 sesat dalam puchong, soalan dua melayan kerenah ibu-ibu tua ini. Muga soalan ini kami jawab dengan ikhlas hati, seronok. Betul ni. Ni pengalaman pertama kami sebab sebelum ni kami tak pernah buat kerja macam ni. Seronok bila kita dapat serve people. *tu sebahagian dari kerja kami. OT* Seronok juga sebab tadi sebelum balik Mak Muji ada pesan,
" esok apa korang nak buat, buat je la. Kalau ada apa2 nak mnta tolong gitau. Buat aje macam rumah sendiri." hehe...takleh macam rumah sendiri sangat mak, karang kami tak buat kerja. Buat macam rumah orang aje lah..

Perancangan kami, 
1) dalam 50 orang warga emas kat sini, ada hampir sebahagian bed ridden. Yang ni kebanyakkan mengalami strok, TBI dan sakit tua. 
2) rutin seharian mereka perlu di bantu rasanya.

* Intervention implementation ;p
- positioning untuk bed ridden every 15 mins tukar posisi dan tinggikan bahagian yang kena strok 
- active exercise for ROM
- skin massage. - remove kulit mati. 
- DM foot care n stump care + treatment for oedema 
- Personal hygiene and self care


rasanya tu je dulu perkongsian hari ni. Esok nak keluar awal sikit. Esok Mak cakap ada event. Apa??
tak tau. tunggu esok. maybe ada gambar menyusul mungkin ;)
Okay, assalamualaikum
cuba teka depa dengan sapa? ;)
appreciate them when they are still there.

kelak tua jua bakal menjengah kita...
itupun andai kita bisa ketemu tua..
kerna ajal itu tidak pernah mengira usia...











^SUKA^
www.tips-fb.com

Wednesday, February 8, 2012

Dua

Hampir sebulan dah kembali ke Kepulauan Utara.

HE taught me a lot.

Sebulan di Orthopedic. Banyak perkara yang dapat di ambil dan sepatutnya harus di ambil sebagai pengajaran.
Setiap hari patient datang dengan pelbagai kondisi. Setiap hari datang dengan macam-macam emosi.
Setiap hari datang dengan pelbagai harapan.

Last week, nenda admit ward. Due to fever. Walau hanya demam, tapi effect tu besar. As we getting older, once we fall sicks, not only physically, tapi psychological pun effect jugak. Banyak sebab untuk seorang warga emas jatuh sakit teruk sangat walaupun kalau kita dengar kondisi dia biasa saja.

Eh, termelalut. Cheritera nenda, next entry. Hari ni nak kongsi sikit lah. Tentang hari-hari yang HA lalui.

It ain't easy, livin' a world like this.
But life must go on no matter what.

Kalau kat Ortho ni, memang sah-sah terang lagi bersuluh lah dengan torch light yang datang tu ada masalah berkaitan fizikal dan tulang temulang.

Hari ni, attend kes seorang makcik yang dah pun capai usia emas. Averagely dalam umur 70 ++ lah, tapi insight dia sangat bagus. Even pernah default treatment tapi atas alasan yang logik la. Takda orang nak hantar dia datang treatment. Amputate thumb on Rigth hand and develop tightness kat 4 jari yang lain sampai tak boleh nak genggam dan luruskan jari ( flexion and extension) tapi dia masih percaya dan usaha sangat-sangat supaya dapat at least genggam sikit pun dah okey. Dia sanggup nak beli theraputty tu untuk exercise kat rumah, beli ball untuk increase strength, nak beli apa saja yang you advice her to do at home atau dia nampak macam dia boleh jugak buat kat rumah exercise tu kat rumah, dia akan bagitau anak dia yang kat KL supaya tlg carikan. Even tadi ada advice dia untuk buat bandaging, just advice guna kain biasa je, tp dia semangat nak minta anak dia pergi beli bandage. So then, I decided to give her a Buddy Splint. Some kind of splint yang tolong dia buat pergerakan flexion dengan sedikit force dari splint tu. Tapi regima splint xde la pakai for 23 hours macam resting hand splint tu. Dia kena pakai at least 10-15 min per sessions. Rehat untuk 2 jam dan continue dengan masa yang sama.

so, bersyukurlah kita masih Allah izinkan ada lima jari penuh dengan well function untuk buat segala amal, maka manfaatkan dengan baik. Jari jemari ni biasakan melakukan amal, menghulur sedekah, memegang Al-Quran, mengajar orang lain. Itu semua ibadah untuk kredit kita kat hari perhitungan kelak.

Next.

Bagi HA ini agak 'tacink'. HA rasa sentap masa ada dalam situasi ni.
Seorang makcik yang masuk ke dalam department looking for somebody, her eyes sangat menyentuh hati. I dont know how to describe it, tapi masa pandang mata dia...mata rasa berpasir. Tapi tahan.

quote back from my status kat FB,

Seorang makcik menjengah ke muka pintu di department.

Mukanya terpinga-pinga seolah mencari-cari sesuatu.

" Ye makcik...appoinment dengan siapa?"
" Makcik cari Puan N.."

kami terkebil-kebil mengingat tuan empunya nama. 

" Makcik nak minta kurang sikit ni..." matanya berkaca.

I'm speechless. Mengerti apa yang dimaksudkan.
There's something pinch at the corner of my heart. :'(

* Yes,she don't have enuf money to pay the bill. Hope that they help her.
Muga dipermudahkan olehNYA~


sungguh. Kat sini ALLAH tunjuk macam-macam. tak dapat nak cerita panjang tentang makcik tu, sebab tak tau what happen to her after that. Hanya mampu mendoakan muga dia dipermudahkan. Kat sini, Allah ajar supaya reti jadi hamba yang bersyukur. Bersyukur dengan kesihatan yang Allah bagi, kena jaga baik-baik. Bila tengok ada patient yang lukanya sikit saja, tapi tak juga kering-kering wound dia, sebabnya ada Diabetis. Jadi jenuh nak buat treatment sebab bila tekan jari dia nak buat exercise, sebab bila tekan keluar nanah, kadang keluar darah. Kesian. Tak boleh nak biar, tapi nak paksa teruskan treatment pun kesian jgk..
makanya,  diri sendiri kenalah belajar untuk jaga kesihatan. Bukan taram makan ja.

Walaupun kat sini tak dapat attend usrah macam kat Raudhah, tapi Allah hantar tarbiyah dalam bentuk yang lain. Alam kan sumber tarbiyah, jangan resah kala memandang langit, merunduk ke rumput hijau atau menghidu masinnya laut kerana setiap satunya itu tarbiyah.

Tarbiyah itu dalam pelbagai bentuk . Terpulang kepada kita bagaiman menilai apa yang Allah hantar.
Kala ini..Allah hantarkan tarbiyah buat melenturkan dan membentuk kesabaran yang tinggi. Sebab Allah tau hambaNYA yang ini tak pandai nak bersabar. hu~

Moga Allah redha.



^SUKA^
www.tips-fb.com

Saturday, January 14, 2012

Satu.

14hb January 2012..

dan semalam hari terakhir ke kolej sebelum masing-masing melangkah menuju ke tempat perjuangan masing-masing sebelum kembali bersua setelah empat purnama. Dan Alhamdulillah dengan izinNYA berjaya juga menempatkan diri ke Kepulauan Utara untuk berbakti selama 2 purnama. Dua purnama cukup bagi diri menghabiskan sisa bersama nenda terchenta.:')

Mengimbau dua minggu menelusuri hari dan waktu di Januari ini, sungguh pantas masa berlalu. Seminggu sudah berakhirnya sesi orientasi ambilan Januari 2012 dan ini merupakan tugasan terakhir buat diriku dan rakan-rakan seperjuangan dari barisan perwakilan.

rakan seperjuangan perwakilan :')


Tak terungkap dengan kata hakikatnya kala bersama mereka-mereka. Ada masam masin manis pahit payaunya. Tapi itu adatlah bila dalam perjalanan seorang hamba. Tiada rasa tiada perisa tiada pewarna tiada serinya~ Perjalanan yang mengajar erti sabar, bertolak ansur dan saling berbaik sangka antara satu sama lain. Dengan sikap positif setiap satunya, dan keletahnya juga tidak lupa. Sungguh! macam mana nak lupa walau seketika sedangkan setiap masa ada saja bicara lucu dari insan-insan teristimewa ini.

Seketika cuma ini jua, seminggu cuma orientasi bagi ambilan sesi Januari 2012 bukan sekadar niat mahu mendidik mereka, tetapi ianya juga satu tarbiyah dari DIA buat hambaNYA...masakan tidak, setiap hari ada saja ibrah yang mampu membuat diri menitis mutiara tanpa perlu bait bicara panjang sedepa. Dari sini mampu menguji ukhwah yang terbina, menguji skill yang sedia ada dan mengasah kembali kepetahan berbicara. * tapi akur dengan hasilnya,  diri ini tidak mampu meneruskan bicara cinta tentang DIA...kerana hati ini kurang dengan siraman cinta kepadaNYA. malu. Allahu!! :'(

Makanya diri perlu sedar!!
Tarbiyah itu suatu proses yang berterusan...
bukan bila mampu berbicara di kalayak umum sudah mau berhenti menerima tarbiyah..
It's never end.

"Tarbiyyah ini bukanlah selalu indah, malahan sering sahaja menuntut jiwa dan air mata.":'

Hati..
bangkitlah dari lena dalam jagamu ini...
Depakan seluas-luasnya ruang menerima 'hadiah' teristimewa ini...





* buat teman-teman Dip Occupational Therapy Kohot 27. :)
  Hari ini hari yang sangat bahagia, sampai terasa mahu menitiskan mutiara. :')
Alhamdulillah dengan izinNYA..kesemua 44 orang dari kohot kita berjaya meneruskan caturan ke petak seterusnya. Moga kita bersama hingga ke akhirnya..perjuangan kita bukan sekadar di dalam ini, tetapi perjuangan bersama menebar cinta tentang Islam Addeen kita..
Walau kita diuji dengan pelbagai perkara, walau dicemuh tanda tidak suka, walau dikata kerna ada yang tidak kena. Kita belajar dari setiap satunya. Siapa kita tanpa DIA. Doa itu senjata ampuh seorang mukmin. Senentiasa! Jangan pernah putus bicara dengan DIA. Jangan pernah menjauh mahu meninggalkan DIA..
DIA sentiasa bersama hambaNYA...Kohot 27, baik-baik kala di sana ya...:')
kohot 27~ " Be the BEST, HELP the REST!!! "



bersama pengajar-pengajar terchenta
akhir kalam.. doakan baik-baik buat hamba, membawa diri kembara hamba bakal berdepan insan-insan luar biasa yang mungkin biasa atau 'biasa'. Moga diri tabah menghadapi setiap satuNYA. Yakin DIA bersama kita. InsyaAllah~

^SUKA^
www.tips-fb.com

Sunday, November 13, 2011

Geriatric and Ageism

the person that I love the most:') thanks for raising me up.

Assalamualaikum.^^
Apa khabar hati? Apa khabar Iman? Apa khabar jasad?
Moga-moga sentiasa dalam keadaan terjaga hendakNYA ya.:)

Herm. Esok Isnin dah nak exam Geriatric, iaitu warga emas. Dalam geriatric ada konsep penuaan, yang mana disebutkan sebagai

-  Ageism iaitu satu sifat diskriminasi terhadap warga emas ( berlaku tanggapan negatif tentang warga emas)

Berikut adalah beberapa stereotypes of ageism; ( oh, tak dinafikan kita pun pernah said so..)

1- Elders are useless because they can't see, hear or remember...( tak aci kan? nanti kita tua-tua pun   
   macam tu la jugak...segala deria2 terhebat yang Allah bagi tu makin lama makin down service dia.)

2- Elders are slow when they move out...( Diaorang bergerak lambat sebab kesihatan dah tak  
    mengizinkan.

3- Elders are in ill health...( hakikatnya kadang-kadang orang tua nak sentiasa nampak sihat sebab tak 
    nak la menyusahkan orang lain, menyusahkan anak-anak...tapi sebenarnya diaorang sakit. Sakit tak  
    semestinya sakit fizikal je, dalaman..kerohanian tu pun penting...muga2 tok sihat sentiasa*_* rindu 
    tok.sob3~)

4- Elders cannot learn new things. ( dia orang pun takmo le..tak larat..sebab nak belajar perlu fokus,  
    fokus tu membuatkan dorang easily fatigue. .)

5- Elders are depressed and complain about all that is new...( memanglah depress..sebab dah lama 
    hidup kat dunia ni..terlalu banyak pengalaman..kan3? tehehe...dan susah nak terima perubahan? yeke? 
    certain lah kot..tak semua..its depend pada diaorang punya level of education jugak and the way of their 
    think, ada yang jenis open minded, narrow minded dll..)

Stages of ageing?
ada tiga tahap penuaan iaitu:

1- 65-75 years old: Young OLD
   > Ada yang baru lepas bersara, sedang menikmati hasil pencen. 
   > Dia rasa dia perlu mainkan/ teruskan peranannya sebagai parents and grandparents.
   
2- 75-85 years old: MILD OLD
    > Fasa usia ni dia orang modify roles kehidupan dia, dari dulu maybe pernah jadi guru besar kah, Prof 
       kah..petani kah, lawyer kah.semuanya di modify balik bersesuaian dengan kesesuaian usia dan masa 
       yang ada sekarang, dulu mungkin busy sangaaat, tapi sekarang lengang aje masa dia..main dengan 
       cucu2 lah pulak.

3- 85 yars old and above : OLD OLD
    > Masa ni time untuk relfeks tentang seluruh kehidupan yang pernah dilaluinya, segala sumbangan, 
       hubungan baik sesama jiran..segala-galanya lah tentang hablumminallah dan hablumminannas..masa ni 
      masing-masing dah refleks tentang amal kehidupan..kiranya, as a muslim, ni kira Allah dah bagi extra      
      time kepada umat Nabi Muhammad supaya topup amal...cumanya ada yang sedar dan ada yang khayal  
      dengan duniawi..moga Allah memberikan mereka taufiq dan hidayahnya..ameen.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIKANA OLEH JKM (Welfare Department)

- menyediakan bantuan kewangan kepada mereka sama ada yang tinggal seorang atau dengan keluarga.
-  menyediakan kemudahan untuk senior citizen yang tinggal sendirian ni esp. masa ahli keluarga dorang yang  
   lain pergi kerja.
-  menyediakan kemudahan kenderaan untuk dia orang pergi dapatkan rawatan/ medical check up kat  
   klinik atau hospital.
- Menyediakan penjagaan persekitaran yang selamat dan selesa dan berikan rawatan kepada senior citizen   
   and sick citizen
- Menyediakan tempat perlindungan baig senior citizen yang miskin bagi kebaikan mereka dan menjaga    
  kualiti kehidupan serta kesihatan mereka.

bagi PRIVATE NURSING HOME pulak;

1. Menyediakan perkhidmatan penjagaan post-acute( nurse, nursing aid and assistans)
2. Khidmat penjagaan rehabilitasi ( fisioterapis, occupational therapist, speech therapist.)
3. Social worker services.
4. Room and transportation
5. Menyediakan pendidikan dan rancangan perawatan yang berterusan secara individu.

Okey, end of topic for this morning..
sambung lagi nanti:)


* tok dah masuk fasa umur Mild Old. :)


 



^SUKA^
www.tips-fb.com

Friday, October 28, 2011

sesi ADL(^_~)d

Herm.
ehem3~
Assalamualaikum..
okay kelas, kalau minggu lepas kita buat expressive therapy, minggu ni kita masuk kelas latihan ADL pulak ye.;P


ada sesapa yang lapar? *pandang jauh-jauh*


okay. Teda? biasalah chef amatur jep in da house kan? tehehe~


Hari ni paksa rela memaksa jasadiah dan rohaniah untuk bergerak memasak makanan yang sangat teringin nak makan ni. LASAGNA. ada sesiapa yang ada masalah nak membaca macam mana LASAGNA tu? *nanti kita masuk kelas membaca okeh? hia hia hia*


Okeh, mula-mula nak share la resepi simple dari Maksu HA, ini lah chef yang HA slalu blaja *main masak*masak segala masakan western. harap maklum,perut ni selera itali aja. ces!


Disebabkan dah lama tak makan makanan oghang itali kat ghumah,maka cik pun ter'gatai' tangan pi meng'offer'kan diri nak main masakmasak Lasagna. Yang mana kami memang pun 'hantu' spaghetti, fettucini dan segala yang lain tu.
Jadi jum lah share resipi tanpa dok bercerita lagi sekajang muka belog HA kan?


Khair~


Pertama! 
Pastikanlah bahan-bahan awak2 semuanya cukup dulu cik. 


bahasa yang digunakan tidak ada istilah masak-memasak macam chef yang hebat-hebat yah..bahasa yang HA rasa orang buleh faham saja.:)




1) Instant Lasagna. Maksu cakap pakai ini senang, tak yah susah-susah nak rendam macam dolu2~*penah skali masak maksu rendamkan,melekat2 aje*

SOS MERAH

1)  Daging hancur- pastikan halal okeh! oh ya..terpulang lah nak ayam kah, kambing kah, lembu kah kerbau kah, rabit kah..apa-apa aja lah. 

2) Tomato puree*betol ke eja macam ni?haih3~,~
3) Bawang putih, (ikut suka hati lah..bagi HA sekadar bau wangi masa 
    masak;p sebab HA xsuka bawang.haha)
4) Pizza seasoning and mix herbs (kat kedai ada.sila cari, tak tau tanya chef wan.hik3)
5) Garam sila jangan lupa.
6) Eh..tadi ada letak mushroom. *ni suka hati kamulah nak letak ke tak.*

Tumiskan bawang yang telah ditetakcincang halus. Dan diikuti daging cincang, supaya betul-betul masak daging, masukkan tomato puree, dan kemudian masukkan mushroom tadi dan campak2 pizza seasoning dan mix herb, kacau-kacau dan campak2 garam sesedap rasa. Jangan terlalu masin, nanti darah tinggi okeh, kalo tinggi awak bertambah tak apa, jangan tinggi darah okeh? okeh. dah sudah. Awaykan dia.

macam ni le rupanya.mungkin nanti awak punya cantik sikit.hihi~



SOS PUTIH

1) 1 Sudu Majerin*
2) 1 sudu tepung gandum
3) 1/2 kotak susu segar. (ikut suka hati, prefer low fat milk)

HA punya likat sebab terlebih majerin, dan tepung, maka jadik lah berketul-ketul.huhu
Panaskan kuali kecil, cairkan majerin, masukkan susu dan sesudu tepung gandum. Masak jangan terlalu pekat, sekadar susu tadi mendidih aje. DONE.

NEXT!!!

sila susun ikut bekas anda yang chumel kepingan-kepingan lasagna tadi bermula dengan kepingan itu dan diikuti sos merah kemudian sos putih dan berselang seli hingga licin hingga bersih kuali anda dari saki baki sos putih dan merah okeh?;)
panaskan oven 180' dan masukkanrendamselama 35-40 min. dan SIAP.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
ni da siap potong derr~


Jadik macam ni?????
http://kokotaru.forexp.net/
fuyohh!! tipu lah.haha...okeh2..bese-bese aje..mana ada masuk kelas kulinarikan, nak belajar food presentation yang fuh malatop macam diva tuh.haaa..ini saja lah



lapar ? makan lah XD


 Akhirnya berjayalah jugak menyiapkan lasagna buat pertama kalinya kat rumah. Semestinya sebelum ni jadik tukangmakan yang setia aja..hari ini kita tukar posisi pulak yep.hee~

*komen pengomen profesional
- paksu; layer bawah tu kurang masak eh? ( eh..yeke?hua3~)
-Maksu; kerasnya toping atas ni, kurang white sauce eh? - white sauce 
 memang kurang sebab pekat  yang amat sebab tambah 2sudu besar tepung  
 gandum dan 1 and hald sudu majerin. huhu..keras sebab letak mozarella 
 cheese.
*Kakak masak elok tak lasagna?

no camera!!no comment!!~ no gossiping here!!~

-Dina; ye (sambil kepala dia geleng2..me myself pun konfius jawapan dia.eh)

* Me; makan aje lah..janji kenyang. Nanti bizi buat lagi.
- Rummet; k.pika boleh jual la kalau kelas kita buat jualan.
  erk=,=' rumet saya memang pandai berkata-kata bila saya masak makanan dijamu 
  bersamanya.haha..sila pura-pura tak dengar kata-katanya.;P
  (bahagia tukang masak bersamnya, sedap dia puji sedap aje semuanya.huhu)



^SUKA^
www.tips-fb.com
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger