::sayangsaya::

Saturday, January 14, 2012

Satu.

14hb January 2012..

dan semalam hari terakhir ke kolej sebelum masing-masing melangkah menuju ke tempat perjuangan masing-masing sebelum kembali bersua setelah empat purnama. Dan Alhamdulillah dengan izinNYA berjaya juga menempatkan diri ke Kepulauan Utara untuk berbakti selama 2 purnama. Dua purnama cukup bagi diri menghabiskan sisa bersama nenda terchenta.:')

Mengimbau dua minggu menelusuri hari dan waktu di Januari ini, sungguh pantas masa berlalu. Seminggu sudah berakhirnya sesi orientasi ambilan Januari 2012 dan ini merupakan tugasan terakhir buat diriku dan rakan-rakan seperjuangan dari barisan perwakilan.

rakan seperjuangan perwakilan :')


Tak terungkap dengan kata hakikatnya kala bersama mereka-mereka. Ada masam masin manis pahit payaunya. Tapi itu adatlah bila dalam perjalanan seorang hamba. Tiada rasa tiada perisa tiada pewarna tiada serinya~ Perjalanan yang mengajar erti sabar, bertolak ansur dan saling berbaik sangka antara satu sama lain. Dengan sikap positif setiap satunya, dan keletahnya juga tidak lupa. Sungguh! macam mana nak lupa walau seketika sedangkan setiap masa ada saja bicara lucu dari insan-insan teristimewa ini.

Seketika cuma ini jua, seminggu cuma orientasi bagi ambilan sesi Januari 2012 bukan sekadar niat mahu mendidik mereka, tetapi ianya juga satu tarbiyah dari DIA buat hambaNYA...masakan tidak, setiap hari ada saja ibrah yang mampu membuat diri menitis mutiara tanpa perlu bait bicara panjang sedepa. Dari sini mampu menguji ukhwah yang terbina, menguji skill yang sedia ada dan mengasah kembali kepetahan berbicara. * tapi akur dengan hasilnya,  diri ini tidak mampu meneruskan bicara cinta tentang DIA...kerana hati ini kurang dengan siraman cinta kepadaNYA. malu. Allahu!! :'(

Makanya diri perlu sedar!!
Tarbiyah itu suatu proses yang berterusan...
bukan bila mampu berbicara di kalayak umum sudah mau berhenti menerima tarbiyah..
It's never end.

"Tarbiyyah ini bukanlah selalu indah, malahan sering sahaja menuntut jiwa dan air mata.":'

Hati..
bangkitlah dari lena dalam jagamu ini...
Depakan seluas-luasnya ruang menerima 'hadiah' teristimewa ini...





* buat teman-teman Dip Occupational Therapy Kohot 27. :)
  Hari ini hari yang sangat bahagia, sampai terasa mahu menitiskan mutiara. :')
Alhamdulillah dengan izinNYA..kesemua 44 orang dari kohot kita berjaya meneruskan caturan ke petak seterusnya. Moga kita bersama hingga ke akhirnya..perjuangan kita bukan sekadar di dalam ini, tetapi perjuangan bersama menebar cinta tentang Islam Addeen kita..
Walau kita diuji dengan pelbagai perkara, walau dicemuh tanda tidak suka, walau dikata kerna ada yang tidak kena. Kita belajar dari setiap satunya. Siapa kita tanpa DIA. Doa itu senjata ampuh seorang mukmin. Senentiasa! Jangan pernah putus bicara dengan DIA. Jangan pernah menjauh mahu meninggalkan DIA..
DIA sentiasa bersama hambaNYA...Kohot 27, baik-baik kala di sana ya...:')
kohot 27~ " Be the BEST, HELP the REST!!! "



bersama pengajar-pengajar terchenta
akhir kalam.. doakan baik-baik buat hamba, membawa diri kembara hamba bakal berdepan insan-insan luar biasa yang mungkin biasa atau 'biasa'. Moga diri tabah menghadapi setiap satuNYA. Yakin DIA bersama kita. InsyaAllah~

^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger