::sayangsaya::

Wednesday, February 8, 2012

Dua

Hampir sebulan dah kembali ke Kepulauan Utara.

HE taught me a lot.

Sebulan di Orthopedic. Banyak perkara yang dapat di ambil dan sepatutnya harus di ambil sebagai pengajaran.
Setiap hari patient datang dengan pelbagai kondisi. Setiap hari datang dengan macam-macam emosi.
Setiap hari datang dengan pelbagai harapan.

Last week, nenda admit ward. Due to fever. Walau hanya demam, tapi effect tu besar. As we getting older, once we fall sicks, not only physically, tapi psychological pun effect jugak. Banyak sebab untuk seorang warga emas jatuh sakit teruk sangat walaupun kalau kita dengar kondisi dia biasa saja.

Eh, termelalut. Cheritera nenda, next entry. Hari ni nak kongsi sikit lah. Tentang hari-hari yang HA lalui.

It ain't easy, livin' a world like this.
But life must go on no matter what.

Kalau kat Ortho ni, memang sah-sah terang lagi bersuluh lah dengan torch light yang datang tu ada masalah berkaitan fizikal dan tulang temulang.

Hari ni, attend kes seorang makcik yang dah pun capai usia emas. Averagely dalam umur 70 ++ lah, tapi insight dia sangat bagus. Even pernah default treatment tapi atas alasan yang logik la. Takda orang nak hantar dia datang treatment. Amputate thumb on Rigth hand and develop tightness kat 4 jari yang lain sampai tak boleh nak genggam dan luruskan jari ( flexion and extension) tapi dia masih percaya dan usaha sangat-sangat supaya dapat at least genggam sikit pun dah okey. Dia sanggup nak beli theraputty tu untuk exercise kat rumah, beli ball untuk increase strength, nak beli apa saja yang you advice her to do at home atau dia nampak macam dia boleh jugak buat kat rumah exercise tu kat rumah, dia akan bagitau anak dia yang kat KL supaya tlg carikan. Even tadi ada advice dia untuk buat bandaging, just advice guna kain biasa je, tp dia semangat nak minta anak dia pergi beli bandage. So then, I decided to give her a Buddy Splint. Some kind of splint yang tolong dia buat pergerakan flexion dengan sedikit force dari splint tu. Tapi regima splint xde la pakai for 23 hours macam resting hand splint tu. Dia kena pakai at least 10-15 min per sessions. Rehat untuk 2 jam dan continue dengan masa yang sama.

so, bersyukurlah kita masih Allah izinkan ada lima jari penuh dengan well function untuk buat segala amal, maka manfaatkan dengan baik. Jari jemari ni biasakan melakukan amal, menghulur sedekah, memegang Al-Quran, mengajar orang lain. Itu semua ibadah untuk kredit kita kat hari perhitungan kelak.

Next.

Bagi HA ini agak 'tacink'. HA rasa sentap masa ada dalam situasi ni.
Seorang makcik yang masuk ke dalam department looking for somebody, her eyes sangat menyentuh hati. I dont know how to describe it, tapi masa pandang mata dia...mata rasa berpasir. Tapi tahan.

quote back from my status kat FB,

Seorang makcik menjengah ke muka pintu di department.

Mukanya terpinga-pinga seolah mencari-cari sesuatu.

" Ye makcik...appoinment dengan siapa?"
" Makcik cari Puan N.."

kami terkebil-kebil mengingat tuan empunya nama. 

" Makcik nak minta kurang sikit ni..." matanya berkaca.

I'm speechless. Mengerti apa yang dimaksudkan.
There's something pinch at the corner of my heart. :'(

* Yes,she don't have enuf money to pay the bill. Hope that they help her.
Muga dipermudahkan olehNYA~


sungguh. Kat sini ALLAH tunjuk macam-macam. tak dapat nak cerita panjang tentang makcik tu, sebab tak tau what happen to her after that. Hanya mampu mendoakan muga dia dipermudahkan. Kat sini, Allah ajar supaya reti jadi hamba yang bersyukur. Bersyukur dengan kesihatan yang Allah bagi, kena jaga baik-baik. Bila tengok ada patient yang lukanya sikit saja, tapi tak juga kering-kering wound dia, sebabnya ada Diabetis. Jadi jenuh nak buat treatment sebab bila tekan jari dia nak buat exercise, sebab bila tekan keluar nanah, kadang keluar darah. Kesian. Tak boleh nak biar, tapi nak paksa teruskan treatment pun kesian jgk..
makanya,  diri sendiri kenalah belajar untuk jaga kesihatan. Bukan taram makan ja.

Walaupun kat sini tak dapat attend usrah macam kat Raudhah, tapi Allah hantar tarbiyah dalam bentuk yang lain. Alam kan sumber tarbiyah, jangan resah kala memandang langit, merunduk ke rumput hijau atau menghidu masinnya laut kerana setiap satunya itu tarbiyah.

Tarbiyah itu dalam pelbagai bentuk . Terpulang kepada kita bagaiman menilai apa yang Allah hantar.
Kala ini..Allah hantarkan tarbiyah buat melenturkan dan membentuk kesabaran yang tinggi. Sebab Allah tau hambaNYA yang ini tak pandai nak bersabar. hu~

Moga Allah redha.



^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger