::sayangsaya::

Friday, August 31, 2012

Bahagian pertama selesai.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Selesai sudah bahagian pertama klinikal semester terakhir ni. 
Tadi hari terakhir bersama rakan-rakan seperjuangan menimba ilmu di Hospital Serdang. 
Rasa macam janggal tapi hakikatnya sudah ( tapi belum betul habis, sebab kena ganti cuti 2 hari..huhu)

credit cik gugel
Nanti bakal merindui lah kanak-kanak ini. Hari ni ada sorang adik autism datang. Dia akan mengulang apa yang kita cakap dalam nada sengau. Aduh. Adik sayang jenuh cikgu tahan diri nak ketawa. Akhirnya terburai. Bukan sengaja nak gelakkan, tapi sebab chumel sangat. terpaksa tahan tawa dengan air mata. arrrr~ 

'' grrr~"

" Ini apa?" sambil tunjuk huruf suruh baca. 
" Ini apa?" dalam versi sengau pelat-pelat. 

geram ada bila dia tak ikut macam kita sebut. Kasihan pun ada..sayang lagi lah. alahai adik sayang. Nak marah takkan jadi sebab mereka sangat chumel-chumel. eeeiii..geram..

paling suka adik-adik pandang dekat-dekat muka tengok spec, gaya macam dia nampak dia aje kat dalam tu. 

Ada juga pengalaman kena gigit-gigit dengan hadik-hadik ini. Biasalah, itu lumrah terutamanya dengan autism dan ADHD ni. Kalo di bahagian fizikal, seronok melayan kerenah budak-budak kecik. 
developmental age

cik gugel lagi

fizikal pulak kebanyakkan cerebral palsy, global developmental delay dan kerap kali jumpa adik-adik yang ada masalah hydrocephaly / macrocephaly serta microcephaly. 

Mencabar? 
yaa...sebab tak dapat bayangkan betul-betul apa masalah sebenar sebab kurang mahir dengan perkembangan kanak-kanak. 
kadangkala stress memikirkan macam mana nak rawat adik-adik ni supaya kemudian harinya nanti mereka mampu kembali berdikari dengan tahap keupayaan mereka sendiri.

apa-apa pun dalam dua bulan ni banyak dapat menimba ilmu daripada terapis-terapis di Hospital Serdang. Terima kasih tak terhingga untuk segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. 
Sesungguhnya masih banyak kekurangan dalam dunia pediatrik. 
Allahu!!!


Ilmu DIA sangat luas, lagi kita teroka lagi terasa jahilnya diri kita.
Jadi jangan berhenti mencarinya, andai terhenti biarlah dengan titik noktah dalam kehidupan kita dengan kematian.




^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

::COMPLETEd::