Bismillah Ar-Rahman Ar- Rahim.
Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah.
Ya. Kita hanya perlu berbicara dengan dia. kenapa perlu berduka bila terasa kesunyian atau tiada siapa untuk meluah kata? sedangkan DIA ada sejuta satu masa untuk kita. Mendengar setiap cerita kita. Mendengar setiap ulah kita dengan infiniti kesabaranNYA. Hanya kita yang kadang terlupa kan?
Permulaannya Ramadhan lalu, terkedu terpandang metatarsal di bahagian lower limb nya kini berbalut chumel dengan kain bercorak dan berpetak yang silih berganti. Dan diri hanya mampu tersenyum dan syukur Ya Allah:')
Kemudian, semasa perjalanan pulang ke kampung, terlihat perubahan dari segi menjaga tudungnya agar tidak kelihatan leher jinjang yang indah. Walaupun ukuran bidangnya belum bertambah sekurang-kurangnya apa yang ada menutup bahagian yang tidak sepatutnya diperlihatkan kepada ajnabi yang lain.
dan, ya...setiap hari adalah rahmat dariNYA dan kita harusnya bersyukur kerna masih diberi ruang untuk memperbaiki diri kita sebelum kita kembali bertemuNYA dan mengembalikan pinjaman kita daripadaNYA.
Kini cabaran terhadap muslimat semakin tinggi, ingin berubah untuk bertudung namun dalam masa yang sama tertipu dengan perbuatan sendiri. Bertudung namun masih ternampak susuk badan sendiri, bertudung tapi masih kelihatan leher jinjang dan berisi. Dengan lambakan tudung yang ada dipasaran, seharusnya kita perlu lebih bijak memilih dan menggayakannya agar ianya selari dengan tuntutan Allah.
Bertudung bukan lah fesyen atau trend terkini dengan balutan ala serban yang macam perasan urban tu, hakikatnya macam wanita dari negara afrika adalah. ( *maaf andai terasa. hakikat.) Tudung berbumbung yang semakin mendapat tempat dihati wanita kini pun menggusarkan hati hakikatnya kerana ada sebahagian materialnya jarang macam kelambu nyamuk, ada juga erat rapat melekat di kepala macam pakai Pressure garment.
kan?
Pesanan yang termampu, buat saudariku...aku terasa tenat memandang muslimah masa kini, gerun dan sayu mengenangkan nasib kita disana nanti. Memang, sorga itu milik Allah dan dia berhak untuk memasukkan sesiapa jua dengan keredhaanNYA. Namun, andai kita ini seringkali mencalit lumpur pada imej Islam yang kita pinjam, menghilangkan nilai indahnya Islam itu dengan perbuatan kita, penggayaan kita...maka layakkah DIA redha dengan kita?
Allahu...Allahu..Allahu.
Ibaratnya kita melakukan kesalahan, dan yang mendapat nama bukan kita seorang, tetapi ibu ayah kita. Naah. terus dilabel menconteng arang kemuka ibu ayah.
Dan begitu juga dengan Islam, kita telah mencalit dan menconteng arang ke atas keindahan Islam.
Kerna aku menyayangi mu kerna DIA, maka wahai saudariku. Mari kita berubah dalam erti kata sebenar, bukan hanya mengikut trend dan fesyen sahaja. Apa artinya hidup jika matlamatnya hanya dunia, sedangkan perjalanan kita pulang ke kampung di sorga itu seharusnya. Bukan kita membiarkan diri kita tersalah lorong melawat pacik J dan S di kampung neraka.
Allah.
Muga apa yang ku tulis, diberi kekuatan padaku untuk melaksanakan. Bila ujian ini mendatang, pintaku ingatkan daku dengan peringatan kasih sayangMU.
^SUKA^
0 comments:
Post a Comment
terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)