credit inche gugel |
Akhirnya setelah hampir 3 purnama kalam hitam yang kelam ini menyepi, bersawang tapi masih mampu berlagu, kini hamba kembali untuk mengukir rasa berkongsi cerita. Selama mana tiga purnama terdiam, mengharung perit jerih untuk tiba hingga ke saat ini, hari ini Alhamdulillah kerana dapat bernafas dengan sedikit lega kerana sudah hampir ke titik akhir bagi fasa ini.
Tersepi kerana keterbatasan waktu hingga adakala terlupa bahawa seharusnya masa itu dibahagi-bahagi kan mengikut haknya dengan seadilnya. Namun, kerana khilaf hamba dan keterbasan diri maka pembahagian itu tidak berjaya dilansungkan.
Tiga purnama banyak yang mengajar.
Ukhuwwah itu jangan hanya dibibir, selamilah hingga ke dasar hati. Kenali luar dan dalam, terimalah seikhlas hati. Jangan hanya terlafaz dibibir namun sunyi disudut ruang hati.
Mengenali dan belajar untuk menerima, merupakan fasa seterusnya dalam berukhuwah iaitu tafahum. Fahami dirinya dan terima kerana kita dan dia adalah sahabat insyaAllah muga sampai ke sorga hendakNYA.
Tiga purnama juga memuatkan cerita hamba berdagang di negeri Hang Tuah, hidup berdagang harus belajar adabnya agar tak tersalah langkah membuka ruang menjadi mangsa sarjan S yang senentiasa menanti saat dan waktu untuk menyeret kita bersamanya agar dia boleh bergelak tawa dengan riang dan gumbiranya melihat kita tersungkur jatuh dalam perjalanan menjadi hambaNYA.
Sepanjang itu juga berulang alik dari Tanah Hang Tuah ke bumi Tarbiyah agar mampu bersama sahabat-sahabat untuk membasahkan hati dengan tarbiyah dariNYA. Menjadi pelatih tahun akhir menuntut banyak perkara untuk dikorbankan tapi apalah sangat yang dikorbankan jika berbanding dengan sahabat seperjuangan yang lain. Namun, muga Allah sudi memandang hambaNYA yang penuh kedhoifan ini. ~T_T~
Betapa jelas menunjukkan kita di bumiNYA ini hidup bukanlah mampu berseorangan, kita perlu bersama-sama dalam menongkah arus yang mendatang. Jika kita hampir hanyut terbawa arus, ada teman yang bisa menghulur tangan menarik ke tepi untuk mengemaskan langkah agar kita mampu kembali menongkah arus yang berterusan mendatang itu.
Pernah dengar ini?
“Kalian hendaknya senantiasa bersama jamaah, karena serigala akan menerkam kambing yang tersesat lagi sendirian”. HR Abu Daud
Kita ni terancam sentiasa tau. Sebab tu kena dalam kumpulan. Kumpulan yang betul tau, yang membawa Islam agar tertegaknya kembali Islam di muka bumi ni. Jadi dalam kumpulan tu kita dapat makan Kek Tarbiyah yang 'enak'. Mengenyangkan hati dan membahagiakan jiwa. Sungguh! Sumpah itu sangat OSEM dan cool kalau dapat kita rasa betul dengan hati terchenta ni.
Dan akhirnya perjalanan tiga purnama di tamatkan dengan 2 minggu tragik yang menggoyah hati, menggugat rasa dan iman senipis kulit bawang ini, sekembali ke kolej terchenta terpaksa berhadapan dengan kekalutan menyiapkan Clinical Objective ( CO) yang berbaki ditambah 7 reflection notes bersama evidence base dan melakukan pecutan terakhir bagi research yang dilakukan.
Akhirnya, siap jugak walaupun dah berkali-kali bertukar tajuk dan berpeluh mata mencari responden. Alhamdulillah DIA kurniakan hamba ini seorang partner yang baik hati yang banyak membantu dalam research ni. Dan penutupnya adalah peperiksaan kertas terakhir kertas Pediatrik . Kini menanti hasilnya, muga Allah mempermudahkan urusan kami semua dan lulus dengan jayanya.
InsyaAllah bakal menjalani induksi pada tanggal 7 Disember 2012 - 13 Disember 2012. n____n
Allah.
May YOU ease our way.
Dan fasa ini akan berubah menjadi seseorang.
^SUKA^
0 comments:
Post a Comment
terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)