::sayangsaya::

Saturday, July 7, 2012

Kembali Berpraktikal!

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Fuh! *lap peluh besar merenik kat dahi*
macam nipis senipis kulit bawang, tapi isi kandungannya!!! MasyaAllah -,-' pitam.


Yah, macam tajuk yang tertera. Kembali Berpraktikal. Ohsem kan? final year dan final sem memang sangat ohsem. sila senyum lebar-lebar sambil buat muka bertabah.


'Alhamdulillah 'alaa kullihal..'

tulusly itu pertama yang terkeluar, bukan nak mengeluh sangat sebab banyak gila..tapi gerun sebab ni amanah yang berat. Sumpah! Berat.

Merah yang terang benderang tu logbook Community
Biru semarak tu logbook Pediatrik
Hijau ang-ang tu logbook Special Area

**
ada yang terasa nak berfikir, apakah motif dia menghapload dan menulis entri ni? sila lah. 

jawapan saya:
sebab memori kapasiti saya telah bersinar-sinar dengan lampu merahnya. Hasilnya mustahil dalam 20 tahun lagi, saya mampu ingat. Hanya dengan tempek sekeping dekat laman sesawang belog ni lah yang mungkin akan buatkan saya reflek diri saya di masa akan datang. **entah masih ada atau sudah kembali padaNYA..wallahu'alam.

**
Rata-rata kami pelatih tahun akhir peluh besar memandang satu demi satu logbook ini, *lappeluhdenganhujunglenganbaju.fuh* tugasan perlu dilengkapkan dalam tempoh masa 7 minggu bagi setiap area, dan perlu melengkapkannya pada minggu ke enam supaya sebarang penambahbaikan dapat dilakukan sepenuhnya dalam minggu ke 7. 

sungguh, saya nebes. InsyaAllah bermulanya 16 Julai 2012 bersamaan Isnin 28 Syawal 1433 Hijrah saya akan memulakan sesi pertama praktikal di area Pediatrik yakni kanak-kanak. Dan ini menyebabkan adrenalin saya bertambah bergelojak kerna saya harus bersama kanak-kanak dan lebih istimewa bersama anak-anak sorga. 

hi awak, awak sangat chumel. T__T eei geramnya saya, nak gigit2 pipi chumel awak. auw~

Siapa anak-anak sorga yang sukati saya bagi term tu? rajin-rajin skrol tepi kanan awak list tu ye. *_*


Saya tak tahu nak berpeluh macam mana lagi, sebab sejuk sangat rasa cengkam jari jemari tangan sampai kaki. Saya gementar nak jumpa mereka *sila feelin macam 1st time nak pergi dating dengan inche suami* kih3~

1) Bertemu mereka haruslah jujur. 
2) Mestilah masuk ke dalam dunia mereka ( *autism terutamanya)
    
    'Assalamualaikum, ada orang tak...saya datang nak beraya..' -dush!!-

3) Haruslah bina ikatan ke'kamcheng'an bersama dia dan keluarganya.
 * macam ibu mertuaku la pula -,-'
4) Er...apakah harus bersikap seperti mereka? arr....
( mari tawan-tawan..kite maen lompat-lompat!! yippi!) okay, saya fikirkan semula. oho!!
5) 
meh kita terbang bersama~ lalalala~
Menjiwai mereka. Menjadi mereka. Merasai dunia mereka. 

****

saya sudah tiada idea apa lagi yang harus dikatakan. Memang, teruja + gementar = terentar??

Ya, saya bakal menjadi Jurupulih Perubatan Carakerja / Occupational Therapist kurang dari setahun. Dan merasakan Subhanallah luasnya ilmu Allah, belum mampu nak dapatkan banyak-banyak sebab terlalu banyak. Allah ciptakan manusia pelbagai karektar dan dengan kisah perjalanan hidupnya sendiri. 

 Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about.
Dan untuk mengenali setiap karektar itu memerlukan masa. Panjang. tiada terhitung. Kerna itu kita dewasa dengan pengalaman, pemerhatian dan mengaplikasikan. Itulah kita bermula dari kanak-kanak hingga kini. 

Untuk entri kali ini saya hanya berkongsi tentang Pediatrik dahulu, Special Area dan Community saya insyaAllah selepas 7 minggu nanti akan saya  perkatakan tentangnya. 

" Anak itu anugerah Allah, kitalah yang mendidik dan mencoraknya. Jika baik asuhan kita, moleklah rupanya. Jika busuk asuhan kita jeliklah perilakunya."

" Anak itu aset kita ke sorga." - Ustaz Don Danial

** 
bila detik semakin hampir untuk bermulanya praktikal, saya sering terbayangkan saya bertemu Lana, anak sorga Puan Syerah Omar. Saya kagum dengan kesabaran ibu muda ini, membesarkan Lana dan Luqman. Setiap kali lihat wajah Lana lewat album gambar Kak Syerah..saya rasa nak cepat-cepat jadi terapis supaya  saya boleh jumpa Lana. :') supaya at least, i can help something.

Eh.
Siapa potong bawang ni.
Pedih-pedih.
Okaybai.
tsskkk!




''Sebagai manusia aku chenta padamu kerana DIA.'' okay cakap ini sambil peluk-peluk emo dengan anak-anak sorga. 


Muga Allah kurniakan kita kesabaran yang tinggi~



^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger