::sayangsaya::

Sunday, October 30, 2011

Erti Sebuah Cinta

Assalamualaikum..
*diluar masih kehujanan..*


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah..
tetapkan hati-hati kami berjuang dijalanMU..
tetapkan Iman-iman kami ini 
dan janganlah KAU ambil kembali hidayah setelah KAU memberikannya kepada kami.
Sesungguhnya, kami adalah hambaMU yang lemah..
yang penuh kekhilafan, yang sentiasa melakukan kesilapan..
Kami mohon perlindunganMU dari syaitan yang direjam..
Kami mohon perlindunganMU dari sebarang musibah..
Kami mohon jadikanlah cinta kami ini cinta yang sentiasa bertunjangkan cintaMU Ya Rahman..Ya Rahim..


YA Allah YA Mujib...
damaikanlah hati kami dengan rasa cintaMU..
damaikanlah hati kami ini dengan segala nikmatMU..
Kurniakan kami kekuatan iman dan ketabahan hati..


Moga kami sentiasa thabat dijalanMU.
Ameen.


cinta yang sentiasa memekar harum mengundang rindu bertamu
Sungguh diri kerinduan saat indahnya bersama 'dia'..
'dia' yang sentiasa ingin berkongsi...
'dia' yang sentiasa membuat diri rasa tidak mahukan lebih, cukup hanya sekadar memandang melepaskan rindu..
Tanpa perlu bicara yang lebih dari apa-apa..

Diri ini bukanlah yang layaknya untuk berbicara tentang sebuah cinta..
Sebuah rasa yang indah yang dikurniakan oleh DIA...sebuah cinta dalam satu ikatan yang tidak pernah terlintas dalam ruangan fikiran, yang akhirnya memekar menguntum rasa rindu.

Sungguh!! bahagia kala bersama 'dia'..Allah hadirkan 'dia' untuk mentarbiyyah diri, walau sesekali bertemu kerana kekangan waktu...rasa cinta tidak pernah memudar. Malahan semakin bertambah..Allahuakbar! Sentiasa rindu untuk mendengar perkongsian yang melunakkan hati, yang sentiasa bisa memurahkan mutiara ini untuk mengalir...yang membuatkan hati makin merindu untuk sentiasa disisinya mendengar kisah dan perkongsiannya. Antara insan yang Allah hadirkan buat diri ini dalam perjalanan seorang hamba. 

Kini semuanya menggamit memori...jarak memisahkan antara dua jasad, namun diri sentiasa ingat.." adik..insyaAllah..satelit hati kita kuat." Berjurai mutiara ini..sentiasa rindu, sentiasa rasa ingin selalu berbicara dengannya..Allah menguji 'dia' dengan hebat..dan Allah memberikan kekuatan buat 'dia' menghadapi setiap satunya. Dan diri ini semakin rindu dengan bi'ah sedemikian..

Kini..giliran diri pula diberikan amanah untuk memberi..Allahurabbi...
Amanah yang terlalu besar...hamba ini masih goyah dalam perjalanan namun diberi sebuah amanah sebesar gunung himalaya. 

Innallahhama'na...
Dalam hati rasakan Allah...aku ingin memberi sebagaimana 'dia' mampu memberi. Memberi dengan cinta..memberi dengan hati..aku sendiri mampu merasai kala 'dia' memberi dengan cinta..namun kini diri menjadi seperti kekosongan...ibarat seperti anak kecil yang baru mula melangkah kembali ke dalam dunia yang hebat dengan ujian ini..saat memandang insan-insan yang diamanahkan Allah untuk diri ini...hati menjadi sebak. Sebak kerana sudah letih berperang dengan hati, supaya memberi dengan rasa cinta. Memberi tanpa diskriminasi, memberi dengan sepenuh hati..memberi tanpa berkira masa dan tenaga..memberi dengan sebuah harapan..untuk meneruskan rantaian cinta kekasihNYA.

Cemburu!
Sungguh diri cemburu..hebatnya sahabat-sahabat disana..dikejauhan sana hebat meraih cintaNYA..


kisah cinta musim luruh. Ana cemburu ya ukhti!:')

Diri disini? perit menerima hakikat..ikatan cinta yang ingin dibina tidak semekar..malahan mula menguncup bahana diri ini sendiri. Manakah kurangnya tarbiyyah disini? Atau kerana diri yang makin alpa dengan duniawi? wana'uzubillah min zalik..namun, diri merasakan itulah hakikatnya. 


Bilakah masanya mampu diri membawa cerita-cerita cinta para syuhada' dan pejuang-pejuang untuk berkongsi, bercerita dengan hati sedangkan diri masih disepara pengenalan. Cerita masih merangkak mengintai penghujung yang panjang? Bila sukar untuk meneliti dengan mata hati..bila sukar untk melihat terang dalam kegelapan siang. Janggalkah jika hakikat itu yang kunyatakan?
Islah nafsi!
Wa iyyaki ya ukhti..
itu yang perlu..
kembali sayang..kembali mencari DIA.
Kembali membawa dirimu padaNYA..
bukan menjauh taktala berbicara..
bukan mengindar dengan setiap bait bicara.
Allah..
bicara apa yang kulontarkan ini?
:'(

Nota rindu:

Buat diri..
ku mohon..
kembali kukuhkan tautan hati dengan Penciptamu,,
kembali tautkan cinta dan rindu hanya untuk Yang Satu.
kembali kepada asal landasan perjuanganmu..
jangan lelah mencari,
jangan lelah meningkatkan ilmu di dalam diri..
jangan lelah untuk memanjatkan doa..
moga DIA sentiasa menetapkan hati-hati ini dijalanNYA.

Nota hati <3 <3<3:
Adik-adik sayang...
maafkan kekurangan diri ini..
belum mampu memberi setulus hati..
namun impian didalam diri..
ingin memberi dengan rasa cinta yang meninggi..
cinta yang sentiasa mengundang rindu..
cinta yang sentiasa mengusik kalbu..
cinta yang menjadi tunjang dalam perjuangan..
cinta yang indah antara hamba dan Khaliknya..

Moga diri ini bisa! 
Allahuakbar!




Allahu..Allahu..Allahu...
hari ni Allah sentuh hati saya..
rasa sayu dan sangat rindu..
moga ini benar rasanya..
jarang sekali mampu merasa sedemikan..
tambahan dalam kekurangan pengisian hati ini..


Nota cinta:
Terima kasih buat perkongsian darimu nun dari kejauhan sana.

Tanganku akan hancur di dalam tanah
Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku
Moga sesiapa yang membaca tulisanku
Doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka).



^SUKA^
www.tips-fb.com

Friday, October 28, 2011

sesi ADL(^_~)d

Herm.
ehem3~
Assalamualaikum..
okay kelas, kalau minggu lepas kita buat expressive therapy, minggu ni kita masuk kelas latihan ADL pulak ye.;P


ada sesapa yang lapar? *pandang jauh-jauh*


okay. Teda? biasalah chef amatur jep in da house kan? tehehe~


Hari ni paksa rela memaksa jasadiah dan rohaniah untuk bergerak memasak makanan yang sangat teringin nak makan ni. LASAGNA. ada sesiapa yang ada masalah nak membaca macam mana LASAGNA tu? *nanti kita masuk kelas membaca okeh? hia hia hia*


Okeh, mula-mula nak share la resepi simple dari Maksu HA, ini lah chef yang HA slalu blaja *main masak*masak segala masakan western. harap maklum,perut ni selera itali aja. ces!


Disebabkan dah lama tak makan makanan oghang itali kat ghumah,maka cik pun ter'gatai' tangan pi meng'offer'kan diri nak main masakmasak Lasagna. Yang mana kami memang pun 'hantu' spaghetti, fettucini dan segala yang lain tu.
Jadi jum lah share resipi tanpa dok bercerita lagi sekajang muka belog HA kan?


Khair~


Pertama! 
Pastikanlah bahan-bahan awak2 semuanya cukup dulu cik. 


bahasa yang digunakan tidak ada istilah masak-memasak macam chef yang hebat-hebat yah..bahasa yang HA rasa orang buleh faham saja.:)




1) Instant Lasagna. Maksu cakap pakai ini senang, tak yah susah-susah nak rendam macam dolu2~*penah skali masak maksu rendamkan,melekat2 aje*

SOS MERAH

1)  Daging hancur- pastikan halal okeh! oh ya..terpulang lah nak ayam kah, kambing kah, lembu kah kerbau kah, rabit kah..apa-apa aja lah. 

2) Tomato puree*betol ke eja macam ni?haih3~,~
3) Bawang putih, (ikut suka hati lah..bagi HA sekadar bau wangi masa 
    masak;p sebab HA xsuka bawang.haha)
4) Pizza seasoning and mix herbs (kat kedai ada.sila cari, tak tau tanya chef wan.hik3)
5) Garam sila jangan lupa.
6) Eh..tadi ada letak mushroom. *ni suka hati kamulah nak letak ke tak.*

Tumiskan bawang yang telah ditetakcincang halus. Dan diikuti daging cincang, supaya betul-betul masak daging, masukkan tomato puree, dan kemudian masukkan mushroom tadi dan campak2 pizza seasoning dan mix herb, kacau-kacau dan campak2 garam sesedap rasa. Jangan terlalu masin, nanti darah tinggi okeh, kalo tinggi awak bertambah tak apa, jangan tinggi darah okeh? okeh. dah sudah. Awaykan dia.

macam ni le rupanya.mungkin nanti awak punya cantik sikit.hihi~



SOS PUTIH

1) 1 Sudu Majerin*
2) 1 sudu tepung gandum
3) 1/2 kotak susu segar. (ikut suka hati, prefer low fat milk)

HA punya likat sebab terlebih majerin, dan tepung, maka jadik lah berketul-ketul.huhu
Panaskan kuali kecil, cairkan majerin, masukkan susu dan sesudu tepung gandum. Masak jangan terlalu pekat, sekadar susu tadi mendidih aje. DONE.

NEXT!!!

sila susun ikut bekas anda yang chumel kepingan-kepingan lasagna tadi bermula dengan kepingan itu dan diikuti sos merah kemudian sos putih dan berselang seli hingga licin hingga bersih kuali anda dari saki baki sos putih dan merah okeh?;)
panaskan oven 180' dan masukkanrendamselama 35-40 min. dan SIAP.

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
ni da siap potong derr~


Jadik macam ni?????
http://kokotaru.forexp.net/
fuyohh!! tipu lah.haha...okeh2..bese-bese aje..mana ada masuk kelas kulinarikan, nak belajar food presentation yang fuh malatop macam diva tuh.haaa..ini saja lah



lapar ? makan lah XD


 Akhirnya berjayalah jugak menyiapkan lasagna buat pertama kalinya kat rumah. Semestinya sebelum ni jadik tukangmakan yang setia aja..hari ini kita tukar posisi pulak yep.hee~

*komen pengomen profesional
- paksu; layer bawah tu kurang masak eh? ( eh..yeke?hua3~)
-Maksu; kerasnya toping atas ni, kurang white sauce eh? - white sauce 
 memang kurang sebab pekat  yang amat sebab tambah 2sudu besar tepung  
 gandum dan 1 and hald sudu majerin. huhu..keras sebab letak mozarella 
 cheese.
*Kakak masak elok tak lasagna?

no camera!!no comment!!~ no gossiping here!!~

-Dina; ye (sambil kepala dia geleng2..me myself pun konfius jawapan dia.eh)

* Me; makan aje lah..janji kenyang. Nanti bizi buat lagi.
- Rummet; k.pika boleh jual la kalau kelas kita buat jualan.
  erk=,=' rumet saya memang pandai berkata-kata bila saya masak makanan dijamu 
  bersamanya.haha..sila pura-pura tak dengar kata-katanya.;P
  (bahagia tukang masak bersamnya, sedap dia puji sedap aje semuanya.huhu)



^SUKA^
www.tips-fb.com

Friday, October 21, 2011

Expressive Therapy

Expressive Therapyjuga dikenali sebagai arts therapy/ creative arts therapy. Creative arts ini dibentuk sebagai satu terapi. Dari sini, pesakit dapat meluahkan perasaan melalui gambaran yang terhasil pada lukisan mereka. Selalunya art expressive teherapy dijalankan bersama pesakit yang mengalami masalah jiwa, seperti tekanan perasaan.

Ehem!! Assalamualaikum~
^____^

okeh..itu lah sedikit pengenalan mengenai Expressive therapy, ianya macam satu medium bagi kita nak meluahkan perasaan lah. Dan semalam HA dan rakan-rakan dah pun berpeluang untuk mencubanya. Alah!
Methodnya mudah saja, dan jika anda nak buat pun boleh :)

Baiklah..meh kita review sikit hasil-hasil semalam. HA tak sempat ambil banyak pic pun..busy nak mengelap lantai. hia3~
Ni semua adalah hasil kerja HA dan groupmate. Kami berlima termasuk my dearest room mate tau! hee..



 setiap lukisan ada ceritanya sendiri. Masa melukis ni task kami adalah melukis mengikut ekpressi lagu mana yang disukai, ada 3 buah lagu yang diperdengarkan
1) genre rock
2) genre R&B
3) genre etnik kreatif

bila dah semua dengar, boleh la pilih ikut suka lagu mana yang nak..eh...bukan...kami main lukis ikut suka hati.=p


http://aifaafiqah.blogspot.com/
 ni kalau sesiapa yang rajin blogwalking mesti dah pernah terjah masuk belog cik Aifa kan? ni Cik Aifa punya =)

this is...hee~ sorry mood swing. nampak x ada swing?haha

okey, lukisan conteng-conteng saya~

tengok kat luar buruk je rupanya, tapi bila amek pic..aih3? ada rupa beastmaster?hah ha!
 Dan ini adalah hasil karya tuan empunya diri. hahaahaha..a bit kelakar seh..sebab HA main campak-campak aje warna.mula-mula letak biru, lepas tu spoil letak pink so mencemarkan mood picture, pehtu tukar balik paint semua dengan warna hitam then baru cover bali dengan biru, nampak macam ada hijau-hijau tu semuanya biru. Tanah tu pun letak campak-campak..mula-mula ingat nak paint ala-ala 'romantik' tapi tak retilah nak melukis+ apakah tiba-tiba nak melukis sekian? so tukar idea letak buaian. Then tak tau jugak nak buat macam mana nak lukis orang dalam base dia hitam tu..finally decide letak aje macam orang duduk berteleku memandang langit. so..jadilah macam tu!!^__^

Ekpressif therapy ni boleh je nak buat untuk sesiapa. Dan dia pun ada macam-macam jenis lagi ekpresif terapi. Antaranya ialah


kalau writing therapy tu ibaratnya macam HA tengah buat ni lah! menulis blog!~ heehe
anda pun rajin jugak buat kan?(^_^)

okey, akan bersambung dengan kisah patient yang HA jumpa di Psy Dept hari tu. 




^SUKA^
www.tips-fb.com

Wednesday, October 19, 2011

CURHAT

Rentak alunnya syahdu..
Ada irama mula menari rindu..
Kala jiwa bergelodak resah..
Diri mengharap sesuatu yang indah...

Ah~
Fantasia manusia memang sedemikian kisahnya,
sentiasa inginkan indah-indah belaka...
Tapi kala diri telah mengikat setia..
janji padaNYA sebagai hamba seorang pembela agama...
alun langkahmu tidak lagi seperti lainnya...
hanya itu mampu ku ingatkan..

Bila janji kau pasakkan di jalanNYA,
bukan mudah-mudah kau bisa berpaling,
bukan kuntuman bunga kan jadi hamparan,
tapi keperitan dan kepedihan bakal jadi sajian...
tapi jika kau mengerti..
pahit di dunia,,itulah madunya buat bekalan nanti.


^SUKA^
www.tips-fb.com

Saturday, October 15, 2011

melihat dengan kanta hamba

hobi men'snap' gambo spec mata sendiri
Assalamualaikum..
fuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhh333~~
uhuk3~ (ces..sangat mengada-ngada. sila loya.:p)
erm..kena lah sangat kononnya gambo dengan tajuk cik ni kot kan. ( okay, cuaca kat luar sudah hujan, kelam berserta soundtrack yang sangat dirindui *guruh dan kilat berdentum dentam* bersama angin yang kembarnya kepada 'zephyr.'motif = tiada motif)

sudah dua minggu berlalu. 'berkelana' di jabatan Psikiatri pada mulanya ingatkan satu 'penderitaan' berpanjangan. Tapi rupanya penderitaan sekadar nama. Sungguh! 

Dua minggu di unit Pemulihan Carakerja sungguh suwwitt!! ( sejak bila suka mengeja macam ni pulak ni?=,=' gejala macam-macam la dia

sebelum meng'update' entry dua minggu lalu, ni nak kisah semalam yang membuatkan sampai HA 'pitam'
hanya ini yang termampu- key holder-

miss Nitthi, Puan Lina and..___

entah lah. Ni pertama kali pergi klinikal rasa aish...tacink lah bahasa orang sekarang kata. Entah sedih benor nak meninggalkan tempat praktikal kali ni. Walhal dua minggu jep. Tapi dua minggu tu rasa macam dah lama lah kenal, memang pun dengan Puan Lina dah pernah bersama untuk observation masa sem1 dulu, tapi kali ni rasa sangat seronok. dan tak di nafikan, sem ni mostly status my classmate kat facebook semuanya sayang nak tinggalkan tempat praktikal masing-masing. Everybody have their own reasons for that, aite?=)

First day ke tempat dep.OT Psy rasa macam agak 'nebes' sebab tak tau apa yang bakal terjadi even though tahu puan Lina is there..tapi the rest yang lain tak tahu kan? so me and my lovely room mate sama-sama berkongsi rasa 'nebes'. heh he..

Hari Jumaat hari tiada patient, tapi hari Jumaat ni hari untuk kami berdua 'rushing' menyiapkan kerja-kerja mengisi buku log yang tergendala. Kala orang lain sedang berbahagia sebab dah pun habis mengisinya, kami pulak terkedek-kedek menekan pen (sebab memang jenis tulis menekan pen, ni xbaik utk kesihatan jari okey) menulis buku log dna meng'update' buku refleksi. Oh, refleksi macam diari, tapi lagi 'purfek' dari dairi sebab kena bertabah memikirkan respon dan tindak balas untuk 'special event' yang terjadi pada hari tu. Bayangkanlah menulis refleksi tu ditekankan lebih bagi kami daripada assessment yang melambak tu. Oh! menulis itupun ada format tau. aih...aih..aih..

Tapi apa yang pasti..saya semakin rindu pada department dan warganya. haa...

saya rindu patient Ah-Seng. Perkara yang HA ingat fasal Ah-Seng;

" cikgu..cikgu...shyshame is malu?" dengan suara nya yang macam kanak-kanak, tone suara pun rendah aje, dengar-tak dengar aje sebutan dia. Eh..mungkin ayat ni macam biasa-biasa saja bagi kita yang normal, tapi dia yang cakap ni adalah patient yang mempunyai masalah Autism. Tapi sudah besar, umur pun dah 20 ++ tahun. Jadi tak boleh nak rujuk kepada child psychiatric lagi, maka terpaksa di rujuk kepada psy. Bila autism, mereka ada dunia tersendiri, kadangkala repetitive speech or words, or movement. Dia tidak suka bergaul dengan orang, tetapi mudah mengikut kata ( bila kena pada mood nya lah). Tapi, social skillnya kurang sebab dia suka isolate diri, tapi hari selasa lalu, tiba-tiba dia sangat excited kot nak berkawan dengan seorang lagi patient. Tapi disebabkan patient yg lagi seorang ni memang jenis pemalu dengan lelaki, teus dia refuse tak nak. Apalagi..mula la Ah-Seng tak senang duduk,  Ah_Seng kalau tak dapat apa yang dia nak dia akan terus bertanya dan bertanya sampai dia puas hati. Disebabkan kebetulan HA nampak scene dia tanya nama Nur tu, tapi Nur tak nak jawab, HA pun riasau dia buat bukan-bukan, jadi HA pun cakap la kat Ah-Seng supaya dia faham, " Ah-Seng, Nur malu." 

Ah Seng pandang HA. " malu?" HA angguk je la, iakan apa yang dia cakap. Tapi mungkin dia tak faham malu tu apa, dia tanya si Nur lagi. HA pun..aish..aish..karang lain jadinya.." Ah-Seng..Nur is shy...shy is malu.." Dia pandang lagi, then pandang Nur, " shy is malu?" HA pun menganggukkan lagi. " yes..shy is malu." Dan Ah Seng pun berlalu. fuh..agaklah berpeluh-peluh, risau karangkan Ah-sengm engamuk ke hapa..tak ke harunya..

Tak lama lepas tu, bila semua patient dah balik, Puan Lina bercerita kisah Ah-Seng..
" dia cakap dengan saya, Cikgu Lina..shyshame is malu?" mula-mula Puan pun tak dapat detect dia cakap apa, lepas tu puan pura-pura dengar dan angguk aje. Lepas tu dia tak puas hati agaknya respon puan, dia datang balik. " cikgu lina, shyshame is malu?" barulah puan pun..." ahaa...ye Ah Seng, shy shame is malu."

dan hari itu menjadi kenangan buat HA. ayat yang dia cakap tu. Entah lah. rasa macam tak mampu nak bercerita sehingga terasa macam mana manisnya bila kita dapat dengar patient cakap macam tu. tapi bila kita dengar senidri..it is such a bless.

well..seems like..cukup untuk entry hari ni dulu. gonna update about patient lain ceritera kisah mereka pula..hanya sekadar ingin berkongsi ceritera,,dari pandangan seorang hamba..nikmat yang diberi untuk melihat..bukan memandang dengan hanya mata biasa..tetapi pandang hingga ke dasarnya..
melihatlah dengan mata hati..
disitu tersimpan seribu satu erti.
wallahu'alam.


 




^SUKA^
www.tips-fb.com

Tuesday, October 4, 2011

Awan Berarak..

Assalamualaikum
^__^
hari ni HA ada banyaaaaaaaaaakk cerita nak kongsi. Dalam masa dua hari ni...macam-macam dah HA alami.(eceh..hee..) 


Mula-mula cerita semalam lah. 3 Oktober. Alkisahnya nak update semalam, tapi sebab keletihan dan macam nak *pitam* maka terus terpitam sampai pagi..hu~


Semalam hari pertama menjejak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk berpraktikel semester 4 ni. Dan jika sedemikian, maka hendaknya mestilah berebut-rebutkan bas. Maka di pagi indah selepas subuh yang kelam suram-suram mentari mengintai keluar, kami pun terpaksa lah berebut-rebutkan bas yang beberapa biji. Tidak memadai pun dengan bilangan pelatihnya yang ramai yang terdiri dari pelbagai kos kecuali PPKP itu.


Dan berasak-asaklah diantara pelatih lelaki dan perempuan *i totally hate this part!!:(
dan satu insiden telah berlaku yang bagi HA agak ralat bila teringatkan kembali. 


HA : erm..eh, sorry...nak minta tolong boleh? duduk sebelah sana dengan the 
       other guy boleh? Kerusi sebelah dia kosong.


Keadaan masih berpusu-pusu insan-insan menerjah masuk ke dalam bas. Berhimpit-himpit, menolak-nolak macam nak terjunam ke lantai bas.
Dia pandang dan buat muka,


X : Ha? ala..duduk je la sini senang. Duk je..bukan apa pun.


HA terus diam. Muka pun rasa macam menyirap je dengar jawapan. Eh, hello encik. Awak perasan tak awak tu lelaki, dan saya dan room mate saya perempuan. Dan kerusi seberang sana encik lelaki yang duduk tu kosong dan saya minta awak bukan saja suka-suki okey? Sebab proper ke muslimat duduk sebelah lelaki yang walhal masa tu boleh jep kalau kamu tukar posisi. oh, payah benarkah? 


Macam inikah yang nak dikatakan membela wanita? oh!


HA nak tanya, suka kah kalau dengan mudah saja adik, kakak atau emak kita diperlakukan dengan sedemikian cara, muslimat! HA ulang..MUSLIMAT!!
bila erti kata muslimat, maka mestilah dia Muslim, Islam. Jadi dia ada batasan aurat, dan perkara yang tak seharusnya jadi mesti dielakkan selagi yang mampu.



inche googel
Macam ni lah pagi-pagi nak ke kolej.( hiasan dunia)

Sungguh ralat kalau seorang lelaki muslim itu tidak mementingkan pun penjagaan persentuhan lelaki dan perempuan. Dan juga dapat dilihat setiap kali naik bas, semestinya berhimpit-himpit macam sardin dalam bas, MasyaAllah...kalau berhimpit lelaki dan perempuan rapat-rapat...adik...kakak..
HA rayu...rayu sangat jangan mudah terpegang atau membiarkan diri dipegang oleh yang bukan halal bagimu. JANGAN SAYANG!!

Jaga seboleh mungkin. Benda yang tersangat bernilai. Jangan pandang mudah dan enteng padanya.

buhbye semua.




Alhamdulillah dapat jugak duduk sebelah seorang muslimat. Cumanya kesian room mate HA sampai ke belakang dia. Menjejak ke HKL buat kali kedua untuk praktikel macam tak percaya, kalau dulu bersama Local Preceptor; Puan Lina Azliza Alias, kali ini bersama Puan MArziana Suep. Lokasi kali ini ialah Psikiatrik. InsyaAllah meneruskan sesi selama 2 minggu bersama terapis-terapis ini^_^

Nur Balqish Najwa bt. Mohd Izzuwan
Semalam juga merupakan hari yang gembira buat abang HA, Mohd. Izzuwan dan isterinya Kak Mazlida kerana menyambut cahaya mata mereka yang pertama, Mujahidah Addeen named Nur Balqish Najwa bt. Mohd. Izzuwan. Ratu hati mereka ini dilahirkan tepat jam 4.29 am 3 Oktober 2011 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

*chumelkan Balqish?huu..nak cubit-cubit pipi chumel dia. Moga menjadi Srikandi Agama Balqish sayang. er...ni nak bahasakan sebagai apa eh? Mak Long? Mak Eteh? ke Mak Jang?( terkonfius peranan sendiri dalam keluarga. hu~) Okeh..Eteh ler..

Balqish sayang...
Eteh doakan moga menjadi muslimah solehah.
Anakanda yang taat dan patuh kepada perintah umi dan walid,
Wanita yang kala dipandang membuatkan rindu itu kembali kepada DIA..
Menjadi Srikandi agama, yang berjuang demi menegakkan kalimahNYA..

Balqish..
Moga dirimu kuat menongkah arus dunia..
Mengejar Cinta Khaliknya..
Yang qanaah dalam penghidupan, dan thabat dijalanNYA.

Balqish sayang!! Eteh sayang sangaaaatt!!!!










^SUKA^
www.tips-fb.com
Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger