hobi men'snap' gambo spec mata sendiri |
fuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhh333~~
uhuk3~ (ces..sangat mengada-ngada. sila loya.:p)
erm..kena lah sangat kononnya gambo dengan tajuk cik ni kot kan. ( okay, cuaca kat luar sudah hujan, kelam berserta soundtrack yang sangat dirindui *guruh dan kilat berdentum dentam* bersama angin yang kembarnya kepada 'zephyr.'motif = tiada motif)
sudah dua minggu berlalu. 'berkelana' di jabatan Psikiatri pada mulanya ingatkan satu 'penderitaan' berpanjangan. Tapi rupanya penderitaan sekadar nama. Sungguh!
Dua minggu di unit Pemulihan Carakerja sungguh suwwitt!! ( sejak bila suka mengeja macam ni pulak ni?=,=' gejala macam-macam la dia)
sebelum meng'update' entry dua minggu lalu, ni nak kisah semalam yang membuatkan sampai HA 'pitam'
hanya ini yang termampu- key holder- |
miss Nitthi, Puan Lina and..___ |
entah lah. Ni pertama kali pergi klinikal rasa aish...tacink lah bahasa orang sekarang kata. Entah sedih benor nak meninggalkan tempat praktikal kali ni. Walhal dua minggu jep. Tapi dua minggu tu rasa macam dah lama lah kenal, memang pun dengan Puan Lina dah pernah bersama untuk observation masa sem1 dulu, tapi kali ni rasa sangat seronok. dan tak di nafikan, sem ni mostly status my classmate kat facebook semuanya sayang nak tinggalkan tempat praktikal masing-masing. Everybody have their own reasons for that, aite?=)
First day ke tempat dep.OT Psy rasa macam agak 'nebes' sebab tak tau apa yang bakal terjadi even though tahu puan Lina is there..tapi the rest yang lain tak tahu kan? so me and my lovely room mate sama-sama berkongsi rasa 'nebes'. heh he..
Hari Jumaat hari tiada patient, tapi hari Jumaat ni hari untuk kami berdua 'rushing' menyiapkan kerja-kerja mengisi buku log yang tergendala. Kala orang lain sedang berbahagia sebab dah pun habis mengisinya, kami pulak terkedek-kedek menekan pen (sebab memang jenis tulis menekan pen, ni xbaik utk kesihatan jari okey) menulis buku log dna meng'update' buku refleksi. Oh, refleksi macam diari, tapi lagi 'purfek' dari dairi sebab kena bertabah memikirkan respon dan tindak balas untuk 'special event' yang terjadi pada hari tu. Bayangkanlah menulis refleksi tu ditekankan lebih bagi kami daripada assessment yang melambak tu. Oh! menulis itupun ada format tau. aih...aih..aih..
Tapi apa yang pasti..saya semakin rindu pada department dan warganya. haa...
saya rindu patient Ah-Seng. Perkara yang HA ingat fasal Ah-Seng;
" cikgu..cikgu...shyshame is malu?" dengan suara nya yang macam kanak-kanak, tone suara pun rendah aje, dengar-tak dengar aje sebutan dia. Eh..mungkin ayat ni macam biasa-biasa saja bagi kita yang normal, tapi dia yang cakap ni adalah patient yang mempunyai masalah Autism. Tapi sudah besar, umur pun dah 20 ++ tahun. Jadi tak boleh nak rujuk kepada child psychiatric lagi, maka terpaksa di rujuk kepada psy. Bila autism, mereka ada dunia tersendiri, kadangkala repetitive speech or words, or movement. Dia tidak suka bergaul dengan orang, tetapi mudah mengikut kata ( bila kena pada mood nya lah). Tapi, social skillnya kurang sebab dia suka isolate diri, tapi hari selasa lalu, tiba-tiba dia sangat excited kot nak berkawan dengan seorang lagi patient. Tapi disebabkan patient yg lagi seorang ni memang jenis pemalu dengan lelaki, teus dia refuse tak nak. Apalagi..mula la Ah-Seng tak senang duduk, Ah_Seng kalau tak dapat apa yang dia nak dia akan terus bertanya dan bertanya sampai dia puas hati. Disebabkan kebetulan HA nampak scene dia tanya nama Nur tu, tapi Nur tak nak jawab, HA pun riasau dia buat bukan-bukan, jadi HA pun cakap la kat Ah-Seng supaya dia faham, " Ah-Seng, Nur malu."
Ah Seng pandang HA. " malu?" HA angguk je la, iakan apa yang dia cakap. Tapi mungkin dia tak faham malu tu apa, dia tanya si Nur lagi. HA pun..aish..aish..karang lain jadinya.." Ah-Seng..Nur is shy...shy is malu.." Dia pandang lagi, then pandang Nur, " shy is malu?" HA pun menganggukkan lagi. " yes..shy is malu." Dan Ah Seng pun berlalu. fuh..agaklah berpeluh-peluh, risau karangkan Ah-sengm engamuk ke hapa..tak ke harunya..
Tak lama lepas tu, bila semua patient dah balik, Puan Lina bercerita kisah Ah-Seng..
" dia cakap dengan saya, Cikgu Lina..shyshame is malu?" mula-mula Puan pun tak dapat detect dia cakap apa, lepas tu puan pura-pura dengar dan angguk aje. Lepas tu dia tak puas hati agaknya respon puan, dia datang balik. " cikgu lina, shyshame is malu?" barulah puan pun..." ahaa...ye Ah Seng, shy shame is malu."
" dia cakap dengan saya, Cikgu Lina..shyshame is malu?" mula-mula Puan pun tak dapat detect dia cakap apa, lepas tu puan pura-pura dengar dan angguk aje. Lepas tu dia tak puas hati agaknya respon puan, dia datang balik. " cikgu lina, shyshame is malu?" barulah puan pun..." ahaa...ye Ah Seng, shy shame is malu."
dan hari itu menjadi kenangan buat HA. ayat yang dia cakap tu. Entah lah. rasa macam tak mampu nak bercerita sehingga terasa macam mana manisnya bila kita dapat dengar patient cakap macam tu. tapi bila kita dengar senidri..it is such a bless.
well..seems like..cukup untuk entry hari ni dulu. gonna update about patient lain ceritera kisah mereka pula..hanya sekadar ingin berkongsi ceritera,,dari pandangan seorang hamba..nikmat yang diberi untuk melihat..bukan memandang dengan hanya mata biasa..tetapi pandang hingga ke dasarnya..
melihatlah dengan mata hati..
disitu tersimpan seribu satu erti.
wallahu'alam.
^SUKA^
selayang pon ada pt nama Seng..very hyperactive n also manipulative..sometimes we felt like juz want to ignore him~~hu~~
ReplyDelete