::sayangsaya::

Tuesday, October 4, 2011

Awan Berarak..

Assalamualaikum
^__^
hari ni HA ada banyaaaaaaaaaakk cerita nak kongsi. Dalam masa dua hari ni...macam-macam dah HA alami.(eceh..hee..) 


Mula-mula cerita semalam lah. 3 Oktober. Alkisahnya nak update semalam, tapi sebab keletihan dan macam nak *pitam* maka terus terpitam sampai pagi..hu~


Semalam hari pertama menjejak ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk berpraktikel semester 4 ni. Dan jika sedemikian, maka hendaknya mestilah berebut-rebutkan bas. Maka di pagi indah selepas subuh yang kelam suram-suram mentari mengintai keluar, kami pun terpaksa lah berebut-rebutkan bas yang beberapa biji. Tidak memadai pun dengan bilangan pelatihnya yang ramai yang terdiri dari pelbagai kos kecuali PPKP itu.


Dan berasak-asaklah diantara pelatih lelaki dan perempuan *i totally hate this part!!:(
dan satu insiden telah berlaku yang bagi HA agak ralat bila teringatkan kembali. 


HA : erm..eh, sorry...nak minta tolong boleh? duduk sebelah sana dengan the 
       other guy boleh? Kerusi sebelah dia kosong.


Keadaan masih berpusu-pusu insan-insan menerjah masuk ke dalam bas. Berhimpit-himpit, menolak-nolak macam nak terjunam ke lantai bas.
Dia pandang dan buat muka,


X : Ha? ala..duduk je la sini senang. Duk je..bukan apa pun.


HA terus diam. Muka pun rasa macam menyirap je dengar jawapan. Eh, hello encik. Awak perasan tak awak tu lelaki, dan saya dan room mate saya perempuan. Dan kerusi seberang sana encik lelaki yang duduk tu kosong dan saya minta awak bukan saja suka-suki okey? Sebab proper ke muslimat duduk sebelah lelaki yang walhal masa tu boleh jep kalau kamu tukar posisi. oh, payah benarkah? 


Macam inikah yang nak dikatakan membela wanita? oh!


HA nak tanya, suka kah kalau dengan mudah saja adik, kakak atau emak kita diperlakukan dengan sedemikian cara, muslimat! HA ulang..MUSLIMAT!!
bila erti kata muslimat, maka mestilah dia Muslim, Islam. Jadi dia ada batasan aurat, dan perkara yang tak seharusnya jadi mesti dielakkan selagi yang mampu.



inche googel
Macam ni lah pagi-pagi nak ke kolej.( hiasan dunia)

Sungguh ralat kalau seorang lelaki muslim itu tidak mementingkan pun penjagaan persentuhan lelaki dan perempuan. Dan juga dapat dilihat setiap kali naik bas, semestinya berhimpit-himpit macam sardin dalam bas, MasyaAllah...kalau berhimpit lelaki dan perempuan rapat-rapat...adik...kakak..
HA rayu...rayu sangat jangan mudah terpegang atau membiarkan diri dipegang oleh yang bukan halal bagimu. JANGAN SAYANG!!

Jaga seboleh mungkin. Benda yang tersangat bernilai. Jangan pandang mudah dan enteng padanya.

buhbye semua.




Alhamdulillah dapat jugak duduk sebelah seorang muslimat. Cumanya kesian room mate HA sampai ke belakang dia. Menjejak ke HKL buat kali kedua untuk praktikel macam tak percaya, kalau dulu bersama Local Preceptor; Puan Lina Azliza Alias, kali ini bersama Puan MArziana Suep. Lokasi kali ini ialah Psikiatrik. InsyaAllah meneruskan sesi selama 2 minggu bersama terapis-terapis ini^_^

Nur Balqish Najwa bt. Mohd Izzuwan
Semalam juga merupakan hari yang gembira buat abang HA, Mohd. Izzuwan dan isterinya Kak Mazlida kerana menyambut cahaya mata mereka yang pertama, Mujahidah Addeen named Nur Balqish Najwa bt. Mohd. Izzuwan. Ratu hati mereka ini dilahirkan tepat jam 4.29 am 3 Oktober 2011 di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

*chumelkan Balqish?huu..nak cubit-cubit pipi chumel dia. Moga menjadi Srikandi Agama Balqish sayang. er...ni nak bahasakan sebagai apa eh? Mak Long? Mak Eteh? ke Mak Jang?( terkonfius peranan sendiri dalam keluarga. hu~) Okeh..Eteh ler..

Balqish sayang...
Eteh doakan moga menjadi muslimah solehah.
Anakanda yang taat dan patuh kepada perintah umi dan walid,
Wanita yang kala dipandang membuatkan rindu itu kembali kepada DIA..
Menjadi Srikandi agama, yang berjuang demi menegakkan kalimahNYA..

Balqish..
Moga dirimu kuat menongkah arus dunia..
Mengejar Cinta Khaliknya..
Yang qanaah dalam penghidupan, dan thabat dijalanNYA.

Balqish sayang!! Eteh sayang sangaaaatt!!!!










^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger