Dalam kita bersahabat kadang-kadang ada ketikanya kita rasa tidak diperduli,tidak dihargai dan tidak dikasihi oleh sahabat kita..
sebenarnya itulah tandanya kita mengasihi sahabat kita dan seharusnya kita bersabar dalam bersahabat , ikhlas dan jujur sebenarnya penting dalam sesebuah perhubungan itu.
Tipu andai kata bicara malam ini indah belaka..
Dusta andai kata dalam hati baik-baik saja...
Alhamdulillah 'alaa kullihal..
untuk perjalanan hari ini yang diizinkanNYA..
Last exam formative. hari ni 2 paper dah selesai dan tamat lah sudah...dan cik terapis bakal menjengah ke department psikiatrik minggu depan selama 2 minggu...
Bakal menghadapi pesakit-pesakit yang mengalami gangguan mental..sebenarnya hari-hari ada je terjumpa penyakit gangguan mental ni..cuma tak severe aje.
Hari ni..entahlah kenapa..mungkin angin Mood disorder datang nak menjengah...emo seharian. Keras hati sampai rasa macam nak lepaskan flying kick kat punching beg. ( dah sudah...lama dah tak kick segala..:(..rindu silat ni bha..)since tengah hari..mula rasa tak kena. Allahuakbar..sungguh masa tu rasa nak jerit kuat-kuat..nak lepaskan flying kick...nak buat side kick..semuanya ada.
Tak tertafsir rasa sebenarnya. Gara-gara satu pesanan ringkas mengubah mood untuk seharian kita. Mungkin kadangkala kita rasa tidak dihargai, kita dipinggirkan...kita tidak dipedulikan..sesungguhnya jangan mudah terasa hati..(kita mencoret sebagai pesanan buat diri..) walaupun hati sebenarnya dah tak mampu nak tahan lagi rasa...walaupun terasa bukan paku itu sekadar terlekat di permukaan hati..tetapi tertusuk jauh ke dalam hati....tapi dalam ukhwah..itu perlu sebagai satu pengorbanan..jika ikutkan hati..sungguh tak mampu..ingin saja pergi membawa diri..biar sendiri..avoidant lagi lah ni.
Sepetang kita cuba mengubat hati..fokus ke exam petang tadi terbang macam angin sepi. Orang lain sibuk baca nota itu ini sebagai ulangkaji..kita merenung tembus macam mata inche superman lagi.Stupor. Terasa sungguh satu pembaziran masa berlaku tadi. Attention kita mudah teralih juga ni bha..can't focus bila ada ramai manusia lalu lalang di depan mata..aleh-aleh...tengok gaya orang sana, analisa gaya orang sini..
Dan..
" Sem 4 masukk!!" gulp. maa....apa yang kita dah baca ni? huhuhu..
" Rabbi yassir..wala tu'assir..." teringat pesanan Kak Aini..'doakan untuk diri dan teman-teman adik..' lantas doa dipanjatkan dalam hati kala kertas soalan peperiksaan sedang diedarkan..
Agak depress kala tadi. Pasrah saja.Redha lah dengan usahamu..Allah memberi setimpal dengan usaha kamu..tak kan lah berusaha sepuluh minit Allah beri 4 flat. Wallahualam la kan kalau memang Allah kurniakan rezekinya sedemikian..tapi dah tertulis dalam Al-Quran.."Allah tak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan dia mengubahnya.."
Habis peepriksaan..muka makin tegang..tak mampu senyum atau apa-apa...dalam kelas juga macam tu, mujur tiada lecture hari ni...kalau tidak fokus hilang terbang ke mana..
Penat mencari ubat hati...lantas...dengan izin Allah..menjadi tetamu dirumahNYA..alhamdulillah..
berjemaah menunaikan solat isya' walaupun tujuan asalnya nak mendengar kuliyah Ustaz. Ridhuan Ismail namun DIA Maha Mengetahui mengapa tidak diizinkan ustaz datang menjengah ke taman syurga dunia lagi..
Dan ubat hati telah ku temui...
Ayat-ayat cinta dari Ilahi..
jika ditatap dengan sepenuh hati..
Bergetar setiap denyut nadi..
Bisa membuatkan diri tertunduk sepi..
Kerana ayat-ayat cinta Ilahi..
terlalu syahdu utuk kesekian kali..
walau hati pernah membeku seperti salji..
tetapi ia tetap milik Ilahi..
-HA_
^SUKA^
0 comments:
Post a Comment
terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)