::sayangsaya::

Sunday, October 30, 2011

Erti Sebuah Cinta

Assalamualaikum..
*diluar masih kehujanan..*


Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah..
tetapkan hati-hati kami berjuang dijalanMU..
tetapkan Iman-iman kami ini 
dan janganlah KAU ambil kembali hidayah setelah KAU memberikannya kepada kami.
Sesungguhnya, kami adalah hambaMU yang lemah..
yang penuh kekhilafan, yang sentiasa melakukan kesilapan..
Kami mohon perlindunganMU dari syaitan yang direjam..
Kami mohon perlindunganMU dari sebarang musibah..
Kami mohon jadikanlah cinta kami ini cinta yang sentiasa bertunjangkan cintaMU Ya Rahman..Ya Rahim..


YA Allah YA Mujib...
damaikanlah hati kami dengan rasa cintaMU..
damaikanlah hati kami ini dengan segala nikmatMU..
Kurniakan kami kekuatan iman dan ketabahan hati..


Moga kami sentiasa thabat dijalanMU.
Ameen.


cinta yang sentiasa memekar harum mengundang rindu bertamu
Sungguh diri kerinduan saat indahnya bersama 'dia'..
'dia' yang sentiasa ingin berkongsi...
'dia' yang sentiasa membuat diri rasa tidak mahukan lebih, cukup hanya sekadar memandang melepaskan rindu..
Tanpa perlu bicara yang lebih dari apa-apa..

Diri ini bukanlah yang layaknya untuk berbicara tentang sebuah cinta..
Sebuah rasa yang indah yang dikurniakan oleh DIA...sebuah cinta dalam satu ikatan yang tidak pernah terlintas dalam ruangan fikiran, yang akhirnya memekar menguntum rasa rindu.

Sungguh!! bahagia kala bersama 'dia'..Allah hadirkan 'dia' untuk mentarbiyyah diri, walau sesekali bertemu kerana kekangan waktu...rasa cinta tidak pernah memudar. Malahan semakin bertambah..Allahuakbar! Sentiasa rindu untuk mendengar perkongsian yang melunakkan hati, yang sentiasa bisa memurahkan mutiara ini untuk mengalir...yang membuatkan hati makin merindu untuk sentiasa disisinya mendengar kisah dan perkongsiannya. Antara insan yang Allah hadirkan buat diri ini dalam perjalanan seorang hamba. 

Kini semuanya menggamit memori...jarak memisahkan antara dua jasad, namun diri sentiasa ingat.." adik..insyaAllah..satelit hati kita kuat." Berjurai mutiara ini..sentiasa rindu, sentiasa rasa ingin selalu berbicara dengannya..Allah menguji 'dia' dengan hebat..dan Allah memberikan kekuatan buat 'dia' menghadapi setiap satunya. Dan diri ini semakin rindu dengan bi'ah sedemikian..

Kini..giliran diri pula diberikan amanah untuk memberi..Allahurabbi...
Amanah yang terlalu besar...hamba ini masih goyah dalam perjalanan namun diberi sebuah amanah sebesar gunung himalaya. 

Innallahhama'na...
Dalam hati rasakan Allah...aku ingin memberi sebagaimana 'dia' mampu memberi. Memberi dengan cinta..memberi dengan hati..aku sendiri mampu merasai kala 'dia' memberi dengan cinta..namun kini diri menjadi seperti kekosongan...ibarat seperti anak kecil yang baru mula melangkah kembali ke dalam dunia yang hebat dengan ujian ini..saat memandang insan-insan yang diamanahkan Allah untuk diri ini...hati menjadi sebak. Sebak kerana sudah letih berperang dengan hati, supaya memberi dengan rasa cinta. Memberi tanpa diskriminasi, memberi dengan sepenuh hati..memberi tanpa berkira masa dan tenaga..memberi dengan sebuah harapan..untuk meneruskan rantaian cinta kekasihNYA.

Cemburu!
Sungguh diri cemburu..hebatnya sahabat-sahabat disana..dikejauhan sana hebat meraih cintaNYA..


kisah cinta musim luruh. Ana cemburu ya ukhti!:')

Diri disini? perit menerima hakikat..ikatan cinta yang ingin dibina tidak semekar..malahan mula menguncup bahana diri ini sendiri. Manakah kurangnya tarbiyyah disini? Atau kerana diri yang makin alpa dengan duniawi? wana'uzubillah min zalik..namun, diri merasakan itulah hakikatnya. 


Bilakah masanya mampu diri membawa cerita-cerita cinta para syuhada' dan pejuang-pejuang untuk berkongsi, bercerita dengan hati sedangkan diri masih disepara pengenalan. Cerita masih merangkak mengintai penghujung yang panjang? Bila sukar untuk meneliti dengan mata hati..bila sukar untk melihat terang dalam kegelapan siang. Janggalkah jika hakikat itu yang kunyatakan?
Islah nafsi!
Wa iyyaki ya ukhti..
itu yang perlu..
kembali sayang..kembali mencari DIA.
Kembali membawa dirimu padaNYA..
bukan menjauh taktala berbicara..
bukan mengindar dengan setiap bait bicara.
Allah..
bicara apa yang kulontarkan ini?
:'(

Nota rindu:

Buat diri..
ku mohon..
kembali kukuhkan tautan hati dengan Penciptamu,,
kembali tautkan cinta dan rindu hanya untuk Yang Satu.
kembali kepada asal landasan perjuanganmu..
jangan lelah mencari,
jangan lelah meningkatkan ilmu di dalam diri..
jangan lelah untuk memanjatkan doa..
moga DIA sentiasa menetapkan hati-hati ini dijalanNYA.

Nota hati <3 <3<3:
Adik-adik sayang...
maafkan kekurangan diri ini..
belum mampu memberi setulus hati..
namun impian didalam diri..
ingin memberi dengan rasa cinta yang meninggi..
cinta yang sentiasa mengundang rindu..
cinta yang sentiasa mengusik kalbu..
cinta yang menjadi tunjang dalam perjuangan..
cinta yang indah antara hamba dan Khaliknya..

Moga diri ini bisa! 
Allahuakbar!




Allahu..Allahu..Allahu...
hari ni Allah sentuh hati saya..
rasa sayu dan sangat rindu..
moga ini benar rasanya..
jarang sekali mampu merasa sedemikan..
tambahan dalam kekurangan pengisian hati ini..


Nota cinta:
Terima kasih buat perkongsian darimu nun dari kejauhan sana.

Tanganku akan hancur di dalam tanah
Yang tinggal hanya tulisanku di dalam buku
Moga sesiapa yang membaca tulisanku
Doakanlah keselamatanku dari Azab (api neraka).



^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger