::sayangsaya::

Friday, November 4, 2011

Hari Ini

" HA!!!" 
" Ada apa?"
" Dia masih ganggu kita.." kelihatan wajahnya sedikit runsing, teman seperjuangan dalam perwakilan mengeluh diganggu seseorang a.k.a secret admire.
Sudah lama cerita beliau menjadi tamu ditelinga, namun apakan daya hanya nasihat yang mampu disampaikan buat peringatan bersama sahaja. Dan hari ini berita yang disampaikan amatlah mengejutkan, secret admire nya sudah menjadi seorang nakhoda kepada sebuah bahtera. Keresahan makin menggunung memandangkan imtihan bakal menjengah minggu hadapan. 

Mendengar.
Apa yang mampu HA lakukan hanya mendengar dan memberi respon mengikut pengalaman yang tidak seberapa. Entah lah. Mengingat kembali perjalanan penceritaan kisahnya membuatkan HA terfikir, terlalu mudahkah seorang wanita itu di approach oleh seorang lelaki yang bukan ajnabi dengan menyatakan niatnya ikhlas untuk menjadikan diri wanita tadi lebih dari seorang kawan biasa? Mengapa perlu beridentitikan islamik (* maaf, tidak kesemua tetapi hanya segelintir) untuk approach seorang wanita supaya si dia rasa terpikat dan berfikir banyak kali untuk menolakmu, begitu kah? Maaf sekali lagi. Bukanlah bermakna diri hendak menyatakan semuanya sengaja beridentitikan islamik, tapi itu lah hakikatnya yang HA jumpa. 

Ya Akhi...ku pohon, buat dirimu yang faham agama, tahu agama,
jangan jadikan agama sebagai 'muka buku' untuk menutup isi kandungannya. Jangan cemarkan nama agama, jangan jadi fitnah buat agama dengan perilaku sedemikiannya. Ana kecewa, sejak akhir-akhir ini ana lihat ramai adik-adik ana yang terjebak dalam kapel Islamik. Ana musykil. Musykil kerana lambakan isu dan cerita pengajaran dan penjelasan sudah banyak memenuhi ruang-ruang interaksi sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, namun kenapa masih hendak membutakan mata mendengar, melihat dan mengerti tentang hubungan 'istimewa' anda ini bahwa hubungan itu adalah hubungan terlarang!!

Dalam surah dan ayat manakah yang membenarkan kapel? dalam ayat manakah yang membenarkan seseorang itu rindu dengan penuh perasaan terhadap seseorang yang tidak halal lagi baginya?

Pulang dari klinikal lalu, satu isu lagi menyapa cuping telinga. Seorang adik ikhwah, yang mulanya elok berkopiah ke sana sini, yang bagi ana faham tentang agama, akhirnya terpedaya dengan tipu daya syaitan laknatullah. Yang mana adik akhawatnya juga mempunyai basis agama dari yang turut menjadi mangsa tipu daya syaitan tersebut. Beriringan kesana-sini berdua-dua tanpa hal yang penting, seorang dilabel ustaz, seorang dilabel ustazah sentiasa mengundang gusar dalam hati akhawat yang lain. Adik,maaf akak ingin mengingatkan, kita beridentitikan islamik, kita MEMINJAM identiti Islam itu sendiri, mulianya kita di mata manusia lain kerana Allah menjaga aib kita, Allah menutup segala kelemahan kita maka, wajib bagi kita menjaga maruah agama itu sendiri. Jangan kerana kita, orang memandang pesong kepada Islam itu sendiri. Islam tidak melarang cinta, tetapi cinta kepada yang HAK. Cinta kepada yang wajarnya, dan cinta kepada yang halal. Lebih mengecewakan, kerana ada sebahagian kakak yang menegur kerana perilaku itu, ikhwan tadi terus lansung meninggalkan amalan memakai kopiahnya, astaghfirullahal'azim...adik, baru sedikit ditegur dik! Ditegur kerana mengingatkan. Jangan kerana teguran kau terus menjauhkan diri sedemikian cara.

Wahai adik akhowatku sayang, berhati-hatilah...bukan memesan kerana cemburu sayang, tapi memesan kerana nama yang kau bawa itu. Nama Islam. Identiti muslimah yang suci, yang baik di mata umum. Mungkin boleh saja kau ucapkan, ' bertudung labuh atau tidak, sebagai seorang individu mana ada orang yang perferct. Masing-masing ada buat silap.'
Ya adikku! benar. Setiap insan ada melakukan kesalahan, namun stigma masyarakat lah yang mengatakan sedemikian, bertudung labuh itu hanya ustazah yang pulang dari Mesir sahaja. Lagi lah pelik andai kata dalam kumpulan perawat ada yang bertudung labuh. Itu stigma. Walaupun hakikatnya, alhamdulillah semakin ramai ana lihat dalam kumpulan perawat yang bertudung dengan sempurna menutup aurat. Jadi kita perlu mengubahnya, supaya orang tahu, muslimat itu fleksibel. Di mana pun dia, dalam apa jua lapangannya, dia bisa perform dalam tugasannya. Jadi jangan lah kita menjadi si pengundang fitnah, kepada agama dan muslimin itu sendiri. Bagi pendapat ana bertudung labuh itu boleh menjadi dua, satu penjaga dari keaiban, atau yang keduanya asbab fitnah kepada agama. Jadi tanggungjawab terletak kepada si peminjam identiti inilah yang bakal mencorakkan ia kepada yang mana satu.


Firman Allah Taala:
يأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن 
Maksudnya: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, dan isteri-isteri orang-orang mukmin supaya melabuhkan ke atas mereka daripada jilbab-jilbab mereka.” (surah Al-Ahzab:59)


Manusia tidak dapat menilai kebaikan seseorang manusia lain melainkan setelah mengenali di antara satu sama lain.  Jadi, perkara pertama yang menjadi ukuran seseorang pastinya melalui penampilannya.  Melalui penampilannya, seseorang dapat diukur secara zahir bagaimana peribadinya.  Samada seseorang itu baik, rajin, pandai, kelakar, garang, malas dan sebagainya masih belum pasti.  First impression comes first.

akhir kalam, sekadar cetusan rasa kegusaran memenuhi ruang minda. Bukan yang menegur ini sudah  sempurna, tetapi masih lagi dalam perjalanan menggapai redhaNYA.



Salam imtihan buat semua.Bittaufiq wannajah!~


^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger