::sayangsaya::

Friday, February 4, 2011

Bicara hati..1

Sekian lama ZK..aku menyepi. aku keliru dengan diri. Kadang kala ku rasa terasing.
Aku bukan siapa-siapa. Dan tak berani nak mengharapkan apa-apa. Tambahan bila ianya sesuatu yang tak pasti. Aku rindu diriku yang lalu..tapi aku mengharapkan perubahan dalam diri. Aku ingin berubah..dari bukan sesiapa kepada seseoranghttp://www.emocutez.comaku ingin luahkan segalanya seperti dulu.

Kenapa diri? kenapa sekarang jauh dari mampu?hingga ayat mampu itu seperti jauh beribu batu meninggalkan diri seorang insan inihttp://www.emocutez.com

Bicara hati..hati ini makin kepiluan..
terasa jauh dari Pencipta..hakikatnya amal yang menjauhkan diri..
sungguh diri terleka dalam duniawi ini.nauzubillah min zalik..
Rindukan tarbiyah membuatkan hati ini sentiasa bersedih. Aku takut lagi untuk gembira kerana kegembiraan membuatku alpa. Kesedihan itu mendekatkan aku kepada DIA. sungguh!!!diri terlalu alpa..kering..kosong..hambar taktala berhadapan denganNYA. khilaf yang terbesar dalam diri..mencari untuk mengubati..

Ujian kini dia titipkan lagi..tanda mengingatkan aku supaya aku sedar..
diuji kerana DIA sayang..walau aku jauh meninggalkanNYA. Allahurabbi..betapa Ar-Rahman dan Ar-Rahim Engkau Ya Rab..diri yang hina ini masih diberi ruang untuk menikmati alam ciptaanMU..

Kisah yang menggugat ketenteraman hati kecil ini..DIA titipkan ujian bersama dengan pangkat dan kuasa. Diri dilamar menjadi calon MPP ( Majlis Perwakilan Pelatih) untuk sesi 2011/2012. Allah!!! tarbiyah yang KAU beri..aku khuatir Ya Allah..aku bimbang, diri tak mampu memikul amanah ini Ya Rabb..

Diri..sungguh pincang dalam meniti hari. Waktu..terlepas dari kawalan lagi.
Diri..sungguh leka menyempurnakan yang nyata, tapi tersuratnya tiada.
Diri..sungguh..terlalu alpa..

Wahai yang membaca bicara ini..
izinkan aku terus berbicara tentang diri sebagai hamba..
dan berterusan bicara ini sebagai bicara hamba kepada yang khalik..
hanya dengan ini..terasa lapang..selepas kepada DIA, ku titipkan perjalananku sebagai hamba di dinding sepi ini..
apa yang baik..jadikan iktibar..apa yang tidak, baiki seperti mana sesuatu supaya menjadi +ve.

Bicara ini ingin terus berpanjangan..tapi, insyaAllah sampai sini buat tika ini..
jika DIA mengizinkan untuk diri terus berbicara, insyaAllah.
Moga Allah redha..
sungguh..
hati sayu..
ku hadiahkan buat yang membaca bicara..


HAYATILAH NILAI-NILAI DI SETIAP CERITA VID NI K..
sayang anda..insyaAllah kerana DIA.

hati ni tak mampu nak berhenti..hujan rasa nak turun dan turun..
can't stop this feeling and can't stop crying..(so childish ouh..huu~)


^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger