Tipu hati ini tak berdetak sebarang rasa..
Tipu hati ini tak pandai berbicara..
Tipu juga hati ini jika ku kata membuang rasa.
Hilang terasa, sepi mengusik hati..
Hilang tanpa kata..
Aku terkedu tanpa bicara..
(ha..pincang bicaraku malam ini..)
Biarkan..
bairkan jemari meluah rasa..
hati mengarah keluarkan bait-bait..
yang kadangkala aku sendiri tak mengerti bicaranya..
Senyum.
Damaikan hati..
positifkan setiap satunya.
Allah hilangkan dia supaya diri ini sedar..
Diri ini terlalu leka dan alpa..
menjadi fitnah buat diri sendiri dan diri hamba Allah yang satu itu.
Maaf..
langkahku masih belum sempurna..
Maaf,
kerana pernah menjadi fitnah bagi hati-hati..
yang sepatutnya diisi dengan rasa kepada Pencipta.
Biarlah hilang ini membawa ibrah..
Biarkan hilang ini sebagai titik tolak bagi sesuatu hijrah.
dia dan kamu..
dan diri ini..
rasa takkan bertunas jika diri tidak membaja..
maka..
hentikan seketika..
biar baja-baja ini kusimpan sementara
sehingga bertemu pada yang layaknya..
-masih belum terluah.-
buat dia yang ku tidak tahu siapa..
maafkan diri ini..
kadangkala tersungkur taktala diri dalam perjalanan yang panjang ini..
buat dia yang ku tidak tahu siapa..
moga diri kita sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA..
dan moga kita dihindarkan dari fitnah dunia..
dan moga juga kita tidak menjadi fitnah buat agama..
akhir kalam bicara sepi..
damailah hati..
tenanglah diri menghadapi mehnah yang mendatang hari demi hari..
moga diri ini redha dan ikhlas atas semua..
^SUKA^
I.Allah, pikah =) mdh2n Allah alirkan arus ketenangan dlm hati kita... Allahhu Allah, tarbiahkanlah diri ini..
ReplyDelete