::sayangsaya::

Saturday, February 27, 2010

p/s: ni kitorang wat banner sempena maulud..tapi takde la perarakan..Alhamdulillah..hehe..dapat number tiga. pelukis masjid yg senget tu hamba Allah yang sorang ni le..hu~


urm.
Assalamualaikum pada jasad yang sedang meneliti tulisan hamba. Apa khabar iman kita hari ini ya akh..ya ukhti..semoga dalam keadaan yang baik dan terjaga. sesungguhnya menjaga iman adalah perkara yang benar2 memerlukan ketelitian dalam setiap inci penjagaan kan..

perkongsian pika kali neh..

Ketika Cinta Berbuah Syurga.

sedap ke tajuk neh? hehe...sedap kan??pika dengar pun teruja nak pegi. haila..tareti la nak menulis macam baek2 gitu bahasa nya..kita pakai bahasa lepak santai layan je kot kan..
urm..sempena hari ni..26 Februari 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431H ..as we know..seluruh umat Islam akan meraikan Maulidur Rasul. dan last Sunday hamba Allah yang seorang neh pun sempat la membawa diri menjejak kaki ke Masjid As-Syakirin KLCC tu. Dengan izin Allah dapat la bertemu face to face ngn ustaz kesukaan ramai..Al Fadhil Ustaz Fauzi Mustaffa. Pengacara Al-Kuliyyah itu..wahaaaa~ jujur bercakap...saya sangaaaaaaat teruja~~~

okeh. back to titik utama. tajuk talk show tu yang menarek sangat untuk dikongsi. Pengisiannya memang sangat bermakna. Program ni anjuran Nisa' bhgn Wilayah Persekutuan. ni first time pegi..dan memang hari ni menitis air mata ble tengok klip video yang khas untuk baginda Nabi Muhammada S.A.W. lagu tu memang sangat menyentuh, bile dorg tayang lagi, tempat lahirnya Nabi, bilik Nabi dilahirkan..masyaAllah..sebak rasa hati. rindunya kekasih Allah. rasa tu datang tanpa dipaksa. itu adalah involuntary reaction. rindu pada kekasih Allah yang tapernah lupakan kita ummatnya sehingga nafasnya yang terakhir. Lihat la teman,,,betapa cintanya baginda kepada ummatnya iaitu kita.

baiklah..mari kita sharing sekarang..mula2 sekali yang ustaz pesan..dalam diri kita mesti ada asas yang penting. dan kita juga perlu didik anak2 kita akan datang(kepada yg mude belia mcm saya okeh..hehe..yang da kawen..ada anak...sila didik2 anak anda juga yaah..)dengan tiga perkara.

1) CINTAKAN NABI MUHAMMAD S.A.W
2) CINTAKAN AHLI KELUARGA BAGINDA
3) CINTA UNTUK MEMBACA AL-QURAN

kemudian..apa yang perlu kita buat jika kita mengaku kita sayang Nabi Muhammad??

a] LAKUKAN APA YANG DISURUH OLEH ALLAH DAN PESANAN NABI KITA..
- sebagai hamba Allah kita tak terlepas dari godaan yang maha hebat. janji syaitan laknatullah kepada pencipta kita untuk menyesatkan hamba Allah sehingga ke hujung nyawa. Maka kita mestilah berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, banyakkan beramal ibadah dsbg.

b] TANAM DALAM DIRI UNTUK MEMERANGI MEREKA YANG MEMPERMAINKAN AGAMA, NABI DAN ALLAH S.W.T.
- kes2 remaja yang muda belia ni juga kadang2 termasuk dalam perkara sebegini. kadang tu ada je yang da tau perbuatan mereka menghampiri maksiat itu berdosa, tapi semua tu diketepikan semata-mata nak puaskan nafsu. outcomes nya..wujudlah bayi2 yang tabesalah yang terbuang disana dan sini. [menurut Imam Ghazali, orang yang melakukan dosa secara terang-terangan boleh diumpat.]

- satu lagi kes yang tiba-tiba menimbulkan gundah gulana di hati masyarakat dan ummat Islam suatu saat lalu. Penggunaan nama Allah itu sebenarnya perlu dirisaukan. mungkin bagi sesetengah individu, penggunaan nama Allah itu simple, bila agama yang satu lagi nak guna nama Allah,kita sepatutnya tabuleh biarkan, sebab agenda dorang nak samakan Allah dengan God of Father yang mana kat bawah tu ada God of Jesus dan rentetan-rentetan pecahan yang lain. mana mungkin boleh macam tu,, cuba kita fikir, Allah itu satu. tiada beranak dan diberanakkan. tapi bila da disamakan begitu..tidakkah kita menggugat akidah sendiri??...( nauzubillah min zalik..moga dikuatkan iman kita untuk mempertahankan kebenaran.)

- dalam pola hidup kita tidak ada yang terbaik dalam mencari diri mengenal Islam. semuanya masih dalam proses belajar. belajar untuk menjadi hambaNYA yang baik.kerana ilmu itu tak pernah habis untuk dipelajari dan semakin kita belajar semakin kerdil rasa diri. selain tu...selama kita hidup dalam proses mencari diri dan membentuk identiti hamba yang soleh dan solehah ni...mari sama-sama kita hidupkan hati kita dengan cinta kepada Nabi selama mana kita hidup. InsyaAllah.

c] SUKALAH APA YANG DISUKAI OLEH NABI.
- antara makanan kesukaan Nabi ialah labu.
- warna kesukaan baginda pula, HIJAU, MERAH dan PUTIH.
- Nabi tido mengiring...tangan kat kepala

d] AJAR ANAK2 KITA DAN DIRI SENDIRI AGAR MENJAGA HADIS NABI
- Maka dengan itu,,kita pun perlulah berusaha mempelajari hadis2 Nabi dan menghafalnya. contoh2 buku yang boleh kita guna bila nak belajar hadis
1) Sahih Bukhari
2) Imam Muslim

e] finally..PELAJARI LAH SIRAH NABI KITA.
- tahu bila baginda Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan. dimana..berapa ramai isteri Nabi, Apa amanat terakhir Nabi..
eg; Nabi lahir di Makkah, wafat di Madinah. Nabi wafat dalam pelukan Aisyah r.a
Amalan terakhir Nabi sebelum wafat bersugi, perkongsian lagi..amalan bersugi ni
memudahkan roh keluar dari jasad.

Lagi..cerita la pasal peperangan yang dihadiri oleh Nabi kepada anak2 cucu.

so, sudah hampir ke penghujung perkongsian.

ni lah yang pika nak ckongsikan pasal Ketika Cinta Berbuah Syurga. Cinta pada Nabi, maka cinta juga pada Allah. kita hamba yang penuh dengan serba kekurangan, untuk mendapat cinta Allah itu benar tak mustahil..tapi ingatlah yang mungkin sukar...maka dapatkan cinta Nabi, kemudian Allah..insyaAllah.

dalam satu sirah, Ada seorang hamba Allah bernama Rabeah( sila beri teguran jika salah info atau ejaan @apa2)...Rabeah pun minta sangat dapat berasa dalam satu syurga bersama dengan baginda Nabi Muhammad S.A.W. tengok,, walaupun Rabeah tu ada kat zaman Nabi dia still nak berada dengan Nabi walaupun selepas kembali kepada Allah. Ni apatah kita yang tapenah jumpa Nabi..tapenah lihat Nabi..tapenah bercakap dengannya. Mestila kita tanam dlm diri kan nak jumpa nabi, nak berada dekat dengan nabi selepas kita kembali kepada Allah.

Masa Saidina Umar gering pun dia pun mintak nak bersama Nabi. Umar hantar anak dia jumpa Saidatina Aisyah R.A mintak izin...mintak izin nak dikebumikan disebelah makam Baginda Muhammad S.A.W.

tengoklah,,,betapa besarnya cinta mereka kepada kekasih Allah. jadi kita umat Nabi yang jauuuuuh sgt darinya macam mana????maka...tepuk dada tanyala IMAN.. jangan tanya AIMAN @hamba Allah bernama IMAN..nanti lain pulak jawapannya.

sekadar perkongsian. asif kalau tak dapat faham apa yang cuba disampaikan. semuanya dari khilaf hamba Allah yang seorang ini. wallahualam~
^SUKA^
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. salam maulidur rasul jugak
    semoga kita mendapat syafaat baginda di sana


    p/s: bannertu cool. keh3x

    ReplyDelete
  2. Selawat dn salam wat baginda..

    Kejarlah cinta Allah, rasul, jihad dn kemudian keluarga..
    Ikuti turutannya, yg mna tahapan kcintaan pd yg pertama prlu lbih dr yg seterusnya dn seterusnya.. (Qs.9:24)

    Jzkk ats peringatan yg dberikan..

    ReplyDelete

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

::COMPLETEd::