::sayangsaya::

Wednesday, May 30, 2012

Bakal Pergi...

Untuk kesekian kalinya, mata merenung wajah yang menakung rasa itu.
Disebalik sinar jingga senja yang kian berlabuh, kami bersama-sama memakir motosikal di tepi pokok tua itu.
Bersusun lima kijang robot pelbagai warna.

" I don't know how to say it." Menelan rasa. Yang lain masih menyepi, membeku rasa.

" Thanks for being here for almost 3 years. Yes, it is a long journey but still..it is not the end of our ukhuwah."

Meraup wajah menutup rasa, segarit senyum cuba diukir. " Kita bertemu untuk berpisah, dan kita berpisah kerana DIA. Kita jua bertemu keranaNYA. dan saksi pertemuan kita di satu tempat, yang kerapkali ku seru namanya. Raudhah." Dan soundtrack cerita Syukur 21 turut berdendang menjadi sountrack kami hari ini.

Yaa..di Raudhah kita bertemu, dan Raudhah menjadi saksi tali ukhwah kita bina ini cuba kita bajai supaya hingga mampu sampai ke sorga.

FOR my dearest sista,
thanks for everything. :')

Dan, setelah hampir 3 tahun bersama, semalam menjadi saksi kita bakal berjauhan jarak dunia, tapi muga satelit hati kita yang terbina akan senentiasa menghubungkan hati-hati kecil kita. Tasik biru dibaluti senja menjadi saksi peristiwa ini, dua sahabat bakal menjejak ke dunia realiti. Pesanan demi pesanan diberi. Kemudian bersambung kisah di dalam mimpi.

Bersemalaman bersama, membuahkan rasa makin sayu dalam jiwa...benar..patah tumbuh hilang berganti, namun yang diganti tidak serupa dengan yang hilangnya nanti. Dengan harapan ukhuwah itu sampai ke sorga, walau apa jua, kenang lah kami sebagai sahabat, ukhwah kita bukan hanya disini..bukan tamat sebaik kaki melangkah meninggalkan bumi Raudhah yang kian sepi.

Raudhah yang sepi...
janggal bukan?

Raudhah..Raudhah..Raudhah..
muga dikurniakan kekuatan menyerikan bumi Raudhah ini. :']





^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger