Sepintas perkongsian dari sahabat tentang status di FB tentang satu isu. Isu yang panas. Isu yang memang 'hot'. Isu yang tak buat bertambah 'hot' lah kita nanti di kemudian hari.
this is not the right way of covering our aurah |
and this too~ |
Maaf termelalut. *sigh*
Mungkin yang membaca sudah boleh mengagak, apakah kisah yang ingin dikupas seperti kulit epal ini kan?
Atau hanya sekadar sepintas lalu melihat gambar sudah boleh meneka. Kan?
Alhamdulillah, semuanya masih hebat. Hebat memanfaatkan nikmat kurniaan Allah s.w.t. :)
Semalam masih diizinkan untuk bertemu dengan insan-insan hebat berbicara, juara-juara pidato forum Islamik, penggerak-penggerak nadi tarbiyah di bumi Raudhah. Saya suka katakan saya di bumi Raudhah.
Sebab dari Raudhah saya mengenali DIA. Dan perkongsian dan teguran sangat membuatkan saya terfikir panjang.
" akak...ustaz ada tegur lah..masa malam ustaz datang tu pasal pergaulan kat dalam surau ni. Ada percampuran lelaki dan perempuan duduk sebelah menyebelah dengan jarak yang dekat lagi."
Hanya mampu tersenyum, sedang dalam hati terasa pahit untuk menelan. Tapi, Alhamdulillah! sangat berterima kasih. Kerana itu memang hakikat. Yang saya sendiri tidak mampu untuk bereaksi supaya tidak berlakunya sedemikian. Nyata, kecewa dalam hati.
Bicara saya tak lari dari wanita dan aurat. Kerana bagi saya aurat wanita, adalah maruah dirinya. Nilai seorang wanita itu bukan sekadar pada ilmu yang ada, tetapi juga akhlak dan penjagaan auratnya.
kllik untuk 'tumbesaran' diculik dari Doodle Dakwah |
Rata-rata yang dapat kita lihat sekarang, mengenakan telekung sebelum solat, tapi lepas tu tanggal...'lihat rambut ku..berseri meri kaaan? terima kasih cahaya matahari.' *bacadengannadasarkastik*
Bukan bermakna yang menulis ini sudah cukup hebat atau sengaja nak memandang rendah pada yang *rambut percuma* tetapi sebagai peringatan juga buat diri. Iman manusia sentiasa turun naik..tidak kekal statik atau tidak menjulang menaik terus tiada jatuhnya, tapi disebabkan oleh manusia ini selalu lupa, bukan hanya Melayu mudah lupa. Dan tazkirah atau peringatan ini diberikan sebagai peringatan buat diri, menyampaikan tazkirah, mulut yang hendak menyampaikan lebih dekat dengan telinga sendiri daripada telinga orang lain. Dan tangan yang menaip juga lebih dekat dengan keyboard yang sedang ditaip dari keyboard orang lain ;) tak ke? hee~
Menutup aurat dengan sempurna itu tuntutan Allah. Itu PROTOKOL Allah. Siapa kita untuk mempersoalkan hak tentang aurat kepada Pencipta. Bagi kita yang menganjurkan sesuatu event, cubalah sedaya upaya untuk memastikan tiada berlakunya penanggungan beban -ve di hari perhitungan dalam kredit kita diakhirat nanti.
" kenapa tak boleh macam tu? suka hatilah nak pakai ke tak nak. Suka hati lah nak pakai apa pun. Apa la punya protokol!!"
" bukan protokol kami, tapi PROTOKOL ALLAH" dan senyumlah.Moga dia mengerti.
Bukan bermakna dari dulu kita *rambut percuma* kita mesti kekal dalam keadaan *rambut percuma*.
Kita boleh berubah kan?
Jangan sentiasa berdolak dalih dengan alasan taktala Allah menghadirkan petunjukNYA. Gapailah ia dan genggam seeratnya. Mohon agar DIA mengekalkan taufiq dan hidayah kurniaanNYA kepada kita. Moga tidak dibolak balikkan hati kita.
*eh..tiada apapun yang saya kupaskan. hanya luahan hati kerana keralatan ni.:')
" it's just been happened along time ago, just before I come here."
:'(
Moga Allah memberikan petunjuk dan hidayahnya kepadamu teman.
Maaf belum layak menjadi seorang sahabat yang baik.
Sayang kamu fillah insyaAllah.
^SUKA^
0 comments:
Post a Comment
terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)