::sayangsaya::

Friday, November 11, 2011

Damai di hati

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah atas nikmat yang dikurniakanNYA.
Hati tengah berbunga sebab sambil menaip sambil dengar lagu medley yang tak tahu lagu apa. Tapi seronok. hehe.


Alhamdulillah sebab hari ni dah berlalu sudah 4 kertas yang menguji kekuatan hati,iman dan kekuatan daya mental dan fizikal. eheh. Macam dasyat sangatlah imtihan ni. hee....Menguji kekuatan hati sebenarnya, menguji kuat atau tidak hubungan dengan DIA. Untuk kertas-kertas yang berlalu bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita sebagai hambaNYA kan?:)


Hari ini DIA mengundang rasa rindu datang bertamu di hati, sangat rindukan adik-adik..rindu mahu bertemu walau hanya seketika. Tapi Allah belum izinkan nampaknya, imtihan ini menguji ukhwah..imtihan ini mencuri masa untuk bersama lagi. Rindu adik-adik Srikandi Maryam dan Fatimah Az-Zahra..moga dipermudahkan semuanya menghadapi imtihan ini, Rabbuna Yusahhil..insyaAllah ameen. Teringin nak berkumpul ramai-ramai, liqo' di taman..ah, angankan saja, dan berdoa. Moga DIA beri ruang kesempatan waktu. 


Nyata, dalam imtihan ini, DIA sentiasa ada yang ingin di'hadiah'kan sesuatu yang terbaik buat hambaNYA. Mungkin, sepanjang memikul tanggungjawab sebagai naqibah kepada adik-adik...usrah rasa tertunggang dan kadang 'ter' terbalik, tidak nampak mana patut mula, bagaimana seharusnya akhir, sebagaimana perjalanan sebuah usrah yang membina ikatan rasa sayang itu, nyata..kelam..Tapi, Alhamdulillah..nyata DIA masih ingin beri ruang memperbaiki semuanya itu..dalam Dia Yang Kunikahi terselit model usrah yang menarik untuk di implimentasikan disini. Terima kasih inche pengarang, Iqbal Syarie. Belum baca, anda sangat rugi. heh~


Pendekatan bermula dengan tadabbur surah-surah pilihan, atau mana-mana surah yang ingin dikupaskan, tazkirah pendek ( KULIM, istilah yang pernah juga ana dengar;D) - untuk menggalakkan ahli usrah supaya bercakap, berani bersuara dan mengutarakan pandangan, tazkirah untuk peringatan diri dan sahabat-sahabat yang lain. Setiap hari kita penuh dengan kealpaan, bukan Melayu saja mudah lupa, tetapi manusia ini memang sifatnya pelupa. Maka seharuslah sering saling ingat memperingatkan. Dan peringatan itu adalah lebih kepada diri sendiri kerana mulut yang berbicara itu dekatnya lebih dengan telinga sendiri, jauh dari telinga orang lain yag mendengar. Seterusnya ke slot berikutnya, 'akhbar alam Islam'. Yang mana slot untuk membincangkan persoalan-persoalan yang timbul dalam dunia umat Islam hari ini, cubalah mencari solusi:)
isu-isu saudara seIslam yang masih hangat dan tidak pernah reda, cuma kadangkala kita yang terleka tentang mereka, isu boikot, isu seksualiti merdeka, cubalah tajamkan fikiran untuk berfikir tentang punca dan permasalahannya, masalah akhlak seiring dengan tanggungjawab kita sebagai khalifah. Next, perkara yang ingin disampaikan oleh naqibah ( modul-seharusnya masih on track!~) Finally sesi Musykillah. Ehem...panjang juga, tapi sebulan sekali..lepas rindu kan..tehee..






Moga kita mampu..
hanya hamba yang mula mengenali dunia usrah, mengenali apa itu tarbiyah. Kadang rasa cemburu dengan sahabat-sahabat yang dah lama dalam dunia ini, dunia dakwah yang penuh dengan mehnah...tapi ada juga yang melarikan diri..setelah sekian lama dalam perjuangan ini,,kenapa hai teman..maaf persoalanku sedemikian, aku masih belum mengenal sepenuhnya perjalanan ini..hanya hambaNYA yang baru mula menapak mengatur langkah. 






Bisikkan ke hati,
moga kuatkan dirimu..
jangan biar angin lalu menggugah rasa..
jangan biar saat lalunya ia menitis sendu di kalbu...
Biarkan rasa berlalu pergi..
Lepaskan perit dari hati...
Pejamkan mata, lepaskan segala kelelahan dalam hatimu,
Peganglah pada yang satu, 
DIA ada untukmu..
sentiasa...
ubati pedih di hati...
lepaskan dan biarkan berlalu...
ubati sendu dengan bertemana nama-namanya...
moga menjadi syifa' hatimu...
-HA-


^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger