::sayangsaya::

Thursday, August 25, 2011

Muslimah dan Tudung Labuh


Sejenak bersama adik-adik tersayang...

" akak...apa pandangan akak kalau ada orang tegur kawan kita ni fasal behavior dia yang hot tempered dengan appearance dia yang muslimah?"

Termangu seketika mendengar soalan adik usrahku...tangan ligat menyusun barang-barang untuk beransur pulang...

" Erm..setiap orang ada sikap masing-masingkan dik, tapi bagi akak..if dia seorang muslimah, dia sewajarnya menjaga perilaku, sebabnya dia sedang membawa dan telah meminjam imej Islam. Islam itu indah, tetapi jika dizahirkan dengan kekasaran dan ketidak manisan..dimana indahnya muslimah dan Islam itu sendiri kan?"

" hurmm...yup..tapi kan akak..ada sorang ni kita kenal, dia memang jenis baran. Kita orang tak tau nak tegur macam mana.."

" haah akak..nanti kita tegur, dia cakap kita ' What the heck are you doing' lak..." ujar seorang lagi teman adik usrahku, Ty..lucu aku lihat dia mengekpressikan gaya orang yang dimaksudkan.

" ada pernah kena fire ke ni? haha..."usikku.

"mesti la ada. baru je kot. duk tak duduk je kita kena, 'what the heck are you doing'..fuh..menyirap akak darah, naseb bulan puasa. Haila..geram..geram..geram..rasa macam nak fire balik jep..eh, hey kau, kau fikir bagus sangat ke 'sound' orang macam tu, eh hallur!!~ kalau aku nak boleh je la marah kau dalam less than 5 minutes sampai kau menangis." ujar teman Ty lagi. Aku hanya tersenyum.

" Ty kita rasa no point kalau awak pun buat macam dia, dah jadi sama level dengan dia. No.no.no." ujar room mate adik usrahku, Anna.

" betul, if kita pun buat macam mana dia buat...tak ada makna apa yang kita cakap ni. Ibarat menepuk air di dulang, air terpercik, baju pun basah kan?" Shazy pun mencelah.

" Ye adik-adik sayang..akak tengok sekarang situasi disini..permasalahan dalam kalangan muslimat bertudung labuh mula menumbuh ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Risau dik..impak dia bukan kepada individu..tetapi kepada seluruh muslimat-muslimat bertudung labuh yang lain dan yang paling kesal impak ke atas agama kita sendiri. Wana'uzubillah min zalik....mohon..."

" akak, macam mana pula yang ada berdating tu? apa kita orang nak jawab bila ada kawan-kawan non-muslim tanya fasal ni? bulan-bulan puasa pula tu. Malu lah akak.." belum sempat ku habiskan bicara, bersahutan soalan dari Ty.

" hati." aku menyahut sepatah..

" hati itu perkara yang paling sukar untuk dijaga. Bila hati bertakung dengan titik-titik hitam..walau siapa pun dia, harta dan pangkatnya,, hatta pernah menjadi presiden persatuan Islam sekalipun...bila terjebak dengan masalah hati, itu lah yang paling perit untuk di ubati."...




^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger