::sayangsaya::

Tuesday, July 26, 2011

Mereka yang teristimewa..

(kredit kepada inche u-tube)
(inche google)

Ehem..yea..dah tengok vid yang HA tayang ni?
Pernah nampak tak anak-anak istimewa ni kat Malaysia? jiran sebelah rumah ke, anak makcik ke, anak tuan mana-mana ke...pernah tak tengok?

Yep..sebab apa HA katakan mereka ni istimewa? sebab Allah sayang anak-anak ini tau kawan-kawan..bukan Allah tak sayang kita tapi Allah lagi sayang adik-adik yang istimewa ni.
Hari ni HA dapat tugasan untuk mencari, apa itu Cerebral Palsy. Kalau dulu, HA dengar pun macam buat-buat tak dengar, pernah jumpa selisih kat jalan pun tengok jep, tapi tak tau insan-insan istimewa ni dalam kondisi apa sebenarnya. Dalam hati kesian aje yang mampu, tapi tak tau nak katakan apa, mungkin ada ibu bapa kepada insan-insan istimewa ini kecil hati dengan pandangan umum, tapi buat umi dan abi kepada mereka ini,, tolong!! HA minta tolong, jangan rasa down dengan kondisi adik-adik ini..

Ada hikmah kenapa Allah ciptakan mereka sedemikian, selagi kita yang hidup sihat dengan nyata ni ada, kita kenalah bantu mereka yang istimewa. HA ada blogwalking ke satu 'rumah'..Ibu bersama anak-anak istimewanya..Ibu ini sangat tabah! Tahniah HA ucapkan. Moga Allah kurniakan lebih kesabaran buatmu ibu-ibu..

Okey..maka dengan ini jum kita bedah siasat tambah input dalam cerebral kita.

CEREBRAL ialah OTAK

"PALSY" bermaksud KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT.

Kanak-kanak Cerebral Palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan diperingkat awal bayi dilahirkan- ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.

SEBELUM KELAHIRAN
1) jangkitan dalam rahim
2)Ibu mengalami darah tinggi,kencing manis dan kurang darah ketika mengandung
3) pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung

SEMASA PROSES KELAHIRAN
1)Kelahiran tidak cukup bulan
2)Kecederaan semasa lahir

3)Lemas semasa lahir
4)Jangkitan semasa lahir


SELEPAS KELAHIRAN (SEBELUM BERUMUR 3 TAHUN)
1)Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
2) Jaundis yang teruk (kemicterus)
3)Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.



Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.


PUNCA-PUNCA:
- Kekurangan bekalan oksigen (hypoxia)
- Perkembangan otak yang tidak normal.
- Rembesan (intraeraneal bleeding).
- Demam kuning.(jaundice)
- Terhentak / terhempas / kejutan.
- Serangan kuman / penyakit.



TANDA-TANDA :
- Bayi kelihatan lembik
- Lewat perkembangan
- Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
- Masalah menyusu
- Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas

- Sembelit

- Cepat marah


Secara umum lumpuh otak dikelompokkan dalam empat jenis yaitu:

  1. Spastik (tipe kaku-kaku) dialami saat penderita terlalu lemah atau terlalu kaku. Jenis ini adalah jenis yang paling sering muncul. Sekitar 65 persen penderita lumpuh otak masuk dalam tipe ini.
  2. Atetoid terjadi dimana penderita yang tidak bisa mengontrol gerak ototnya, biasanya mereka punya gerakan atau posisi tubuh yang aneh.
  3. Kombinasi adalah campuran spastic dan athetoid.
  4. Hipotonis terjadi pada anak-anak dengan otot-otot yang sangat lemah sehingga seluruh tubuh selalu terkulai. Biasanya berkembang menjadi spastic atau athetoid.


dengan gangguan epilepsi, mental, belajar, penglihatan, pendengaran, maupun bicara.

Lumpuh otak juga bisa berkombinasi


okey..setakat ni dulu eh untuk edisi Cerebral Palsy...

next...

wait n c ^_^


HARI NI DAH RAMADHAN KE 18,

10 Malam ke dua bakal berakhir tak lama lagi..manfaatkan malam-malam pengampunan Allah sebaiknya,

moga kita menjadi hambaNYA yang sentiasa bersyukur dan pohonlah keampunanNYA atas segala khilaf kita.


^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger