::sayangsaya::

Saturday, July 23, 2011

Contest- Ramadhan dan zaman laluku


Assalamualaikum=)
Nampak tak tu apa?
haa...HA saja nak join kontes ni..PUASA DAH DEKAT NI..!!

sebab apa? sebab tiba-tiba rasa macam best je. tehee~


Syarat-syarat segmen : -


1- Letak banner TAHAP SERATOS kat atas tu dalam entri segmen korang nak buat nanti dan linkkan ke entri ini..(cewah..ala-ala BA gitu..kikiki )


2 - Ceritakan perkara atau peristiwa yang berlaku pada diri korang dalam bulan puasa tahun lepas atau tahun-tahun yang sebelumnya..tak kira la kisah apa pun..nak cerita korang puasa tipu-tipu masa kecik pun boleh..hahaha


3- Bila dah siap,tinggalkan link entri korang tu pada komen dalam entri ni..


4- Follow blog ni kalau suka..tiada paksaan..hehehe


5 - Tutup pada hari AHAD 24/7/2011


6- Tiga entri terbaik dan paling mencuit hati aku akan pilih untuk di postkan di sini..ada pahem?hehehe..
Ehem...
Bismillahhirrahmanirrahiim...

"Ya Allah..berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan."

Kira-kira dalam 8 hari lagi nak bertemu Ramadhan AL- Mubarak. Dan kira-kira dah lima hari berlalunya nisfu Sya'ban. Masa sangat pantas berlalu. Pastinya yang dah lepas tak kan kembali, aite? =)

okie..mengimbau saat-saat lalu berpuasa, zaman sekolah rendah memang dah tak ingat dah..cumanya kalau sekolah menengah dulu, ada sikit-sikit lagi bermain difikiran. Maktab Rendah Sains Mara Beseri. Pertama kalinya dalam hidup HA..HA rasa sangat seronok. Walaupun dah dekat 3 tahun tinggal di asrama, di MRSM sangat berbeza..mungkin tarbiyah yang Allah datangkan sepanjang bulan puasa tu yang membuatkan berbeza kot. Tapi paling tak boleh lupa hobi kami berempat disana, sebelum berbuka pergi ambil makanan duduk dekat-dekat n then balut tray makanan sekaligus semua, kadang2 asing2..hee~ rindu lak kenangan balut membalut tray ni..

Sebelum menjengah Beseri, HA belajar di SMK Mahsuri. Tingkatan 3, bulan puasa= bulan yang kena struggle untuk persediaan PMR. Masa kami berpuasa kat asrama, orang lain dah cuti, tinggal la budak-budak exam shj. Disebabkan orang lain dah cuti tu, kami terpaksa merantau nak cari surau lain yang menjalankan solat tarawih... dan nak dijadikan cerita, malam tu kami berjalan kaki nak ke taman perumahan guru, punya seronok berjalan beramai-ramai...tiba-tiba terdengar anjing menyalak, dalam kegelapan..lampu jalan yang tiba-tiba terpadam, semuanya lari terkocah-kocah..berkejor yop mencari tempat bercahaya sikit. Sampaikan ada dalam kalangan kitaorang yang tercicir selipar. isk3~..hihi..

Then, masa zaman dulo-dulo agak nakal. Suka benor usha Tok Imam Muda yang jadi jemputan kat masjid kampung HA. ngee~ Sebab dia tok 'imam muda' yang dijemput dari Maahad dan beberapa sekolah tahfiz. Al kononnya la...seronok tiap2 malam pergi, walhal pergi meng'usha'..rasa macam tak patutlah kot kan....(^_<)v

Tapi as we getting older..defenisi berpuasa semestinya lah membesar seiring dengan kefahaman yang seharusnya kan?

^___^..
menjejakkan kami ke bumi ini..tempat menuntut ilmu kini..tarbiyah itu lebih terasa. Allah hadirkan kefahaman lagi nyata, yang bahawasanya...Berpuasa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, bukan sahaja berletih dan berlelah meniti hari sehari suntuk dengan keletihannya itu kita jadikan alasan untuk tidak berpuasa.

Puasa
- menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar siddiq hingga terbenam matahari.
- Menjaga mata, hati dan keseluruhan anggota fizikal kita dari melakukan perkara yang membatalkan puasa atau mengurangkan pahala.

Tapi bila menjejak ke tempat sekarang, tarbiyah lagi Allah beri, ukhwah yang Allah nak beri HA rasa sangat tak ternilai. Ukhwah makan berkongsi dulang, makan suap menyuap antara satu sama lain, suapan pertama untuk sahabat..semuanya tu belajar di sini..

Dan..membesar seiring usia juga membuatkan HA mula menilai..especially lepas baca novel hlovate - Contengan Jalanan. Itu lebih bermakna. Budaya Malaysia yang meriah dengan pesta makan-makan. Budaya pasang pelita likur 7 malam.budaya Puasa mencari lailatul kamdar..
Bukan HA nak cakap tak boleh..tapi, biarlah berpada-pada. Ramadhan ni la sebenarnya kita nantikan..kenapa dia kita biarkan berlalu sepi bila ia menjengah?

Sepuluh malam pertama- Alhamdulillah masjid penuh, berebut-rebut nak datang..
sepuluh malam kedua?- Saf kian meluak..dari 23 kepada 8..okey..boleh diterima jika ada
kemaslahatan..
Sepuluh malam ketiga?-- ' makin banyak di Masjid India? makin banyak yang sibuk di dapur..makin banyak sale dan mega sale segala..tapi..? di masjid siapa saja yang ada? oh! mungkin tok bilal dan imam saja..

Sempena entry yang baru saya karang ni..less than 4 min to publish..everybody, pliz!!
jangan jadikan Ramadhan kali ini sebagai budaya..
Ramdhan is a month of purification..jika ianya tercemar dengan segala budaya tadi..apa maknanya kedatangan dia kepada kita?

regards,
Hizb Addeen

^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger