::sayangsaya::

Tuesday, May 24, 2011

Oups!~ ter'melatah

*kurang lebih macam ni la scene tadi, cuma ada member2 ramai sikit tepi tu. tudung macam tu tapi for sure la wa pakai pakaian sukan, siap sports shoes lagi tau.

" kamu. lepas ni jangan pakai tudung macam ni lagi tau. nak pakai macam ni tak boleh dalam kolej."
sambil tengah perhati budak-budak lain main sukaneka aku berpayung hijau,(semangat gila pasukan hijau.huu..) tup-tup ditegur sedemikian rupa. agak tercengang. tapi senyum saja.

" saya bukan nak kata ta bagus pakai macam ni, bagus. Tapi kalau dalam kolej tak boleh, saya tegur kamu dulu sebelum orang lain tegur. Pegawai dari B** dah tegur. Bukan tak boleh nak pakai, tapi bukan kat sini. Kamu nak pakai, pakai macam senior kamu" katanya. ( sambil menala ke arah senior yang bertudung turki bidang 50')

" pakai macam senior kamu, takde lah bergaya macam ni." adess. zaaaap!!~
*sentap wa.*
habit wa pakai tudung labuh pinkan yang kiri tu kat sisi kepala( macam dalam pic ni, tapi up sikit letak tepi dekat ngan telinga)sebab bagi wa dia tolong cover part dagu.(credit to my naqibah: Ukht Izzah Jasmon, senang nak solat gaya ni,kalau tak asek tarik2 jep tudung ke depan) for me, tadi kat asrama+ padang..so, ada dress code terikat dengan kolej ker?adess..maut la macam tu. Ate..balik rumah baru boleh pakai?? adess..

Ya Allah..
remuk hati ku..
kecewa..
dunia ini sangat mengerikan.
dunia ini sangat banyak cabaran..

serius wa tacink beb. tapi senyum jep. walhal dalam hati, 'wahai cik. cik nak saya pakai tudung pendek yang tak tutup pun badan saya tu ke cik? waa..sedih lah macam tu. masuk ni dah kali ke berapa cik tegur tudung saya. saya pun tapaham, macam mana yang cik faham dengan erti bertudung tu yep? aiseh..maap la, terkurang bahasa pulak. cik nak saya pakai tudung bawal bidang 45' ker? cik..tudung tu tak tutup badan saya cik.saya orang chumel .tudung hitam saya tu saya buat sendiri jep, tapi puas hati sebab tebal+ labuh xmacam yang ada kat pasaran, senteng+nipis.

wa..tacink dowh.

Alhamdulillah 'ala kullihal.

Sesungguhnya berbaik sangkalah atas tiap2 sesuatu yang terjadi. Mungkin saja dia takut aku sorok yang bukan-bukan(*wana'uzubillah min zalik..moga aku bukan tergolong dalam insan2 yang menjadi fitnah buat agama)

tapi tacink masih ada. aku menala ke padang, dalam ramai-ramai insan kat situ, siap ada yang free hair lagi, aku juga ditalanya. ( musykil seh. kenapa tak nak tegur yang muslim tapi free hair tu? adess..rasa cam nak leleh. rasa macam teruk ker orang bertudung labuh ni. memang tabuleh masuk dalam kerajaan ek? eh..salah sebut i mean, premis kerajaan? memang yang free hair n tudung sedang2 bese jep buleh yer? oo..maknanya saya salah pilih tempat untuk belajar la ni ek?( tapi kalau saya tamasuk sini, saya mungkin bukan diri saya hari ini. dengan mengenal Islam dan meminjam identiti Islam, mungkin saya bukan saya)

saya tengok ramai jer kat padang tadi free hair, ramai je tudung tapi membalut aurat, ramai jer tudung tapi masih terdedah gunung jinjang dan segala bagai, dah la aktiviti tadi bercampur lelaki perempuan. Jangan salahkan saya kalau saya rasa saya tabuleh join, sebab saya rasa ia tak ikut syariat. saya faham, nak wujudkan semangat ke course'an. tapi Islam ada caranya nak rapatkan ukhwah, bukan bercampur muslimin dan muslimat secara terbuka sedemikian, bergelak tawa, berhuhahuha sini sana, bertepuk tampar segala.

SAYA KECEWA.
kecewa kerana tamampu nak menengur.
kecewa kerana tamampu nak bertegas.
kecewa hanya mampu meminggir dari jauh.
kecewa kerana cik yang berkuasa tidak menegur hal sedemikian.
tapi mempersoalkan labuhnya tudung saya.


terus hilang mood nak layan sukaneka tadi. tacink. adess..mungkin ada khilaf yang aku lakukan yang aku tak sedar, indirectly menampakkan yang bertudung labuh ni tabagus. Astaghfirullah'azim..
YA Rabb...
ampuni khilafku..
ampuni diriku kerana menjadi fitnah buat agama.


buat cik yang saya hormati,
bukan saya nak argue dengan cik,
tapi cuma saya menyuarakan rasa ralat di hati.
mungkin ada salah saya yang menampakkan tabagusnya berpakaian sedemikian,
mungkin ada tindak laku saya yang mengundang ketidak puasan hati kepada cik.
tapi cik,
saya mohon agar cik dengan kuasa yang cik ada..
tegaskanlah demi agama.




^SUKA^
www.tips-fb.com

4 comments:

  1. sabar ye .. setiap yang baik akan ada ujianya...

    ReplyDelete
  2. pika pika sabaq eh. mohon doa supaya ALLAH fahamkan mereka yg x faham. :)

    ReplyDelete
  3. @halila Ibrahim

    yep akak,insyaAllah bertabah. makin lama isu ni semakin panas di kolej. kami pun musykil kenapa..hurm.;(

    ReplyDelete
  4. @Nurul muslimaH

    yep syud,, bersabar!~
    innallah hama'na.
    YAKIN!!

    ReplyDelete

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

::COMPLETEd::