::sayangsaya::

Sunday, May 22, 2011

bicara hati..5


bersila dihamparan rumput segar..
di bawah sinaran malam..
bintang bertaburan di langit kelam..
merenung alam..

merenung alam..
merenung diri...
sedetik..
teringat laut biru..
teringat malam di atas pasir putih..
teringat merenung bintang..
Subhanallah..

Rindu.
Satu kalimah yang mampu terucap..
rindukan tarbiyah dari alam..

Merenung malam bersama bayu laut..
Membuatkan diri terasa kerdil..
Berfikir dan terus berfikir..
Allahuakbar!!~

Sejauh mana melangkah..
diri tetap terpasak pada yang SATU.
selama-lamanya InsyaAllah..

Ya Rabb..
ujian kesenangan itu ujian yang menggentarkan..
ujian yang membunuh dalam diam..
ujian gembira itu kadangkala mengundang duka..

Dalam mihrab ku berteleku..
menelek kisah laluku..
supaya ibrah ku ambil..
juga memohon keampunanNYA.

dalam diri masih terasa kosongnya..
dalam diri masih terasa kekurangannya..
dalam diri masih mencari..
dalam diri masih menanti..

Mencari diri..
memburu hanya cintaNYA yang Satu..
mencari redhaNYA..
mencapai keredhaanNYA..

Perit jerit payah..
itulah yang bermakna..
duka masam manis..
itu penawarnya..
tiada kata seindah hari-hari berlalu..
tiada rasa semanis hari-hari lalu..
segalanya indah.
indah dibawah pengaturanNYA.
indah di bawah kawalanNYA..



* maaf bicaraku pincang.
hanya sekadar meluah kata.
meluah rindu ingin berbicara.


regards;
-HA-

^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

::COMPLETEd::