::sayangsaya::

Saturday, April 2, 2011

~lone ranger~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

kembara sufi diteruskan lagi hari ini..perjalanan dari batu tiga s.alam ke stesen rawang..seterusnya bersambung ke Ipoh. panjang kan? saja kembara seorang diri..untuk mencari tarbiyah buat hari ini.

Berat hati nak bermula bila semalam terpaksa meninggalkan ahli-ahli Exco ekonomi di bawah pantauan diri sempena Minggu Penghayatan Islam nanti. Entahlah..rasa macam sayu je nak tinggal..aha~..diriku tacink lagi..sehh...

penatlah berbahasa sastera xberapa sastera ni..

kembara..kembara..kembara..
memang hobi kembara sorang diri..lone ranger kununnya..ngee~.
tapi awas..jgn mengembara seorang diri di malam hari buat para gadis okeh?!? bahaya.
Hari ni bertolak ke ipoh sebab isnin ni dah start praktikal kat sana. kat Hospital Permaisuri Perempuan Bainun Ipoh. 2 weeks untuk menimba ilmu sebagai occupational therapist. 2 weeks macam tak lama..tapi..just wait and see..apa tarbiyah yang menanti..moga tarbiyah itu nanti dapat membentuk diri supaya menjadi seorang hambaNYA yang sentiasa mencari cintaNYA..berterusan selamanya hingga akhir hayat dikandung badan.

Hurm..just perkongsian la sikit dari Kuliyah Jumaat semalam. Semalam tajuk Kiamat. Menarik..
Sebab memang sekarang kita dah terleka dengan duniawi..tanda-tanda kiamat kecil dah banyak berlaku kat muka bumi ni..dan terbaru, tsunami di Jepun. Ustazah cakap bila dah ada 4 elemen yang terlibat dalam bencana..iaitu tanah, air, api dan udara..maka petandanya..makin hampir..wallahualam..satu lagi tentang nabi palsu tu..ustazah ada baca 1 petikan, yang mana..akan ada 7 org nabi palsu..maka sekarang dah ada 6...tinggal lagi 1..urm..apa lagi ea...ahli falak juga mendapati bahawa bila dorg tengok waktu solat sekarang guna kayu yang dipacakkan tu..dorang tengok bayang tu hampir ke barat..Allahurabbi...banyaknya petanda yang kita semua tak sedar.

Perempuan berpakaian seperti lelaki dan lelaki berpakaian seperti perempuan dah lama bertebaran kat bumi ni..pembunuhan semakin meningkat hari demi hari..wanita berpakaian seperti tidak memakai seurat benang pun..Allah..Allah..Allah..petanda yang Kau beri dah banyak..tapi kami hambaMU yang alpa..leka dengan duniawi..leka mengejar fatamorgana..walhal..dunia ini hanya ilusi semata. Bahagialah mereka yang hidupnya bercita-citakan syurga..kerana hatinya hanya untuk akhirat..dunia hanya di tangan..tidak dekat di hati..dunia sebagai tempat bercucuk tanam..akhirat tempat menuai hasil..

wallahua'lam~

^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger