::sayangsaya::

Sunday, October 3, 2010

~hanya kerana toothpaste~

Suatu malam di dalam jiwa yang penuh kecelaruan, kesakitan hati, kepedihan jiwa..

+ salam, akak...ada lagi tak toothpaste hpa kat akak?

- w'salam adik sayang, adik lupa beli ye hari tu?akak pun beli satu je dik..

+ haah..huu..hari tu ingat tanak beli sbb dlm stock ada lagi, yg MPI hari tu. tapi td akak Syu da
beli,
Haza pun nak jugak. dia da cakap lama. erm..tape2..hehe..

- Ciannye dia..! Maafkan akak dik..

+ eh..no hal la. bukan salah akak pun. hehe..dont worry k^^

Diringkaskan cerita..akakku sayang telah menghantar 1 pesanan yang buatkan budak ini teramat curious.

- salam, adik sayang, pg ni akk ada kt kolej. adik ada tertinggal barang kat akak, nanti kite jumpe ye! akak nak pulangkan=)

+ owoh..okeh.tp after exam 1 paper pg ni ey.

- owkey..bittaufiq wannajah adik sayang!

Usai menjawab kertas Biomekanik, terus budak ni mencapat telefonnya dan menghubungi kandanya tadi. Bertemu dengan kandanya yang satu ini..terharu dan terkejutnya hati bila barang yang dikatakan tertinggal tu sebenarnya bukan miliknya..

" adik ni..suka sangat tinggal barang. suka tinggal merata-rata.." ujarnya sambil kuntuman senyum terus mekar di wajah.

" apa orang tinggal? tak ingat pun. Rasanya macam tak ada apa2 pun tertinggal.." ujarku berkerut kening. bercantum dua ala-ala memikirkan masalah dunia di Gaza sana.

tangannya menghulur sesuatu di sebalik kot hitam yang dipakai bagi melindungi susuk tubuh dari fitnah..aku terpana.

ubat gigi herba HPA!!

" subhanallah..akak, ..." tak tau nak cakap macam mana. terharu sangat, memang kandaku yang seorang ini tersangat lah baik hati, ubat gigi dikongsi dua. separuh untukku, separuh untuknya.

" ini untuk adik. akak tak tau nak buat macam mana semalam cuba juga picit2, tengok, cukup ni sebulan. ni untuk adik. adik dah bagi akak banyak sangat, note2 kat fb tu sangat bermakna..."

" manade akak..tu tak ada apa-apa pun. tapi ni banyak sangat ni..."

" dah2 adik..ni ok tak jawab tadi?"

" entah la akak..tak tau apa jawab. ni jap lagi pun tak baca lagi ni."

" herm..tak apa. biasalah tu. tapi adik ingat, kalau tak boleh jawab dalam exam ni, doakan kawan2 juga, mak akak kata doa yang mustajab, kita mendoakan kawan2 kita, maka ada berpuluh-puluh ribu malaikat yang akan mendoakan kita balik. selawat, baca yang akak cakap hari tu."

" haah..ingaat. tadi dalam exam pun tak teringat doa lain. itu je teringat. *Alhamdulillahi'ala kullihal..Rabbi yassir semua dah tak ingat..tapi orang buat la macam akak ajar..memang bergantung pada DIA je.."

" hurmm..itu la. sekarang ni paling mustajab itu la, doa ibu. bukan nak bergantung apa, tapi kita sangat memerlukan. dengan doa ibu, mustajabnya doa dia, Allah perkenankan, Allah permudahkan kita." aku hanya mampu tersenyum. bicara aku mati. akhirnya kami berpisah sementara di situ..

+ terima kasih banyak2 akak..banyak sgt akak bagi ni.

- adik dah baca solusi isu24? Sedeqah cinta..wanita banyak masuk neraka. Guna perisai sedeqah untuk selamatkan diri. Akak bagi ubat gigi tu tanda cinta akak pada adik keranaNYA. Mudah-mudahan bernilai disisi DIA. walaupun pemberian akak sgt2 xseberapa. 1 more..dlm buku motivasi menjadi wanita paling bahagia-Dr Aid Abdullah al Qarni berkata, orang yg bahagia adalah org yg mampu membahagiakan org lain. adik hepi, akk bahagia. tc, wat revision tau! salam adik.

Ukhti Aini, a nurse-to-be. A naqibah that i love the most. Rupanya Allah letakkan aku disini untuk bertemu dengan orang yang hebat-hebat hatinya. Menjaga. Hubungan dia dengan Pencipta, hubungan dia dengan sesama hambaNYA.

terasing di satu daerah ini membuatkan aku mengenali mereka-mereka yang hebat dengan ukhwah. tautan itu terasa dalam diri..hanya dengan satu tiub toothpaste yang separuh berisi..ukhwah itu terasa indah. tak terucap dengan kata, terukir indah dalam hati. Banyak yang aku pelajari sepanjang perjalanan bermujahadah di jalanNYA ini. banyak yang perlu ku bayar untuk kembali kepada jalan yang benar. BAYAR dengan keperitan. Perit tapi indah!
perit untuk berubah. tasalah kan?

change for good? ain't a crime.
change mengikut definisi baik: mengikut segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.


perit, pedih, payah..but I need too!!

berjuang tak pernah mudah..ombak derita tiada henti..
inilah sunnah orang berjuang..
berjuang versus diri sendiri untuk menjadi yang baik mengikut definisi itu.





* bacaan ini dibaca ketika kita menghadapi sesuatu perkara yang kita tak jangkakan, kesukaran dalam sesuatu.
misalnya, tengah jawab exam tpi tbe2 jumpa satu soalan yg xbc pun note utk tu..bce ayat ni insyaAllah, ada sesuatu diberikan olehNYA. direct or indirect itu hak milikNYA.

JAZAKALLAH.
SALAM MUJAHIDAH MEMBURU SYAHID~

^SUKA^
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. salam'alaik kak..
    alhamdulillah Allah tautkan hati2 kita bertemu dgn org yang hebat2..
    bertemu dgn mawar2 agama

    moga Allah redha..
    moga tautan hati ini berpanjangan

    ReplyDelete

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger