::sayangsaya::

Sunday, May 23, 2010

saya sakit?
mungkin..
sakit apa?
tatau..
rasanya macam dalam state yg taberapabaik.
heh..
sejak bila dia ni pandai berada dalam state yg baik huh?
entah.

kalau kamu singgah kedinding ku melihat apa yang tertulis di dinding, ianya datang dari dalam diri, itulah aku. tapi masih dengan izinNYA.

blog aku taseperti teman2 lain yang sibuk memperjuangkan dakwah demi agama. bukan ku kata aku tamau, tapi kerana aku jua masih berjuang. berjuang melawan hawa nafsu.*mesti ada yg fikir pelik2kan?terpulang kepada kamu la..*

berjuang melawan hawa nafsu untuk memelihara diri daripada mengumpat,mengata, mata melihat kepada yg xspatutnya, telinga bkn sahaja mendengar kepada yang tidak memberikan faedah ttp menambah masalah dan dosa. diriku masih berusaha memelihara kaki dan tangan daripada melakukan dan menuju kearah ketidakbaikan dan menyumbang kearah dosa.sentiasa kena memujuk hati supaya sentiasa rindu untuk berada di majlis ilmu, sentiasa cuba berusaha memaksa diri utk berada dirumah Allah. cuba melawan nafsu untuk mengelakkan diri terus mengonlinekan diri menghadap fesbuk, blog, dan sewaktu dengannya kepada membawa diri kepada nak menambah ibadah2 yg mendatangkan pahala dan mendekatkan diri dengan Pencipta.

jangan kau cari bicara yang seperti bidadari kerana aku bukan bidadari, hatta jauh sekali untuk menjadi serikandi pada saat ini. aku hanya seseorang yang masih dalam perjalanan meraih cinta Ilahi, bertemankan onak dan duri serta ujian yang mencabar keimanan yang nipisnya senipis kulit bawang dan sebesar hama mungkin.mungkin lagi lebih kecil dari hama dan lebih nipis dari kulit bawang. walaupun hati meronta2 membisikkan kata..." ku ingin menjadi mawar agama.."
bisikan hati seolah menampar diri. layakkah aku? mampukah aku?
terasa jauh lagi mengejar cita menjadi mawar agama,,menjadi serikandi Islam yang gemilang.
masih banyak yang perlu kubaiki...

Ya Allah..
maafkan aku kerna terlalu banyak meminta,
aku malu atas diriku yang hina..
penuh dosa dalam sedar dan tidak..
ku pohon keampunan MU Ya Allah..

ku pohon padaMU Ya Allah,
pinjamkan aku kekuatan untuk menghadapi setiap ujian yang mendatang.
aku hambaMU yang penuh kelemahan.
...

(sorry..kinda emo pg neh..feelin sumthin)

^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger