::sayangsaya::

Tuesday, May 25, 2010

H.I.K.M.A.H

Hurm…

Assalamualaikum. Hari ni perkongsian nak menjawab soalan dari sorang hamba Allah. Pertanyaannya di pagi hari buat pika rasa macam terhenti sketika otak drpd berfikir. Terkedu tatau macam mana nak respon, segala nerve tidak dapat berfungsi untuk menghantar impuls ke otak untuk berfikir. Lama cuba menjana nerve supaya bertindak aktif kembali, hanya mata mampu bergerak setelah frontal eye field area mengawalnya..heh ..saya kembali berbicara menggunakan terma2 neurosains. Wah..saya sangat rindu dgn neurosains. Siyes!!ho~

Er..Wokeh…sorry, terlari tajuk pulak. Sebenarnya, pika pun tareti nak mengeksepelin perkara ni. Bila ditanya tentang hikmah, apa yang pika tau..setiap mende yang terjadi kat kita, ada hikmahnya. Hikmah ni kita tanampak awal2..bila dah go through the ‘ujian’..baru kita Nampak what it is all about. Bila chatbox wardatul addeen ditanya, pika termangu, soal hati dan rasa. True. Manusia memang tabuleh lari semua tu. Jangan cakap sesiapa pun terkecuali. Tapi, bila dia bertanya kenapa aku gagal dalam bercinta. Pika mula terasa nak meluahkan kata dengan berkobar2. Sebab bab itu memang diperjuangkan dalam kolej.hoh ho..masalah tu. Masalah bila nak berbicara dengan emosi.maka pika pun sepikan diri daripada memandang soalan ni. Sambil2 tu, pika godek2 kat rumah2 blogger pilihan mencari kot2 ada ceritera hikmah yg buleh dijadikan jawapan. Tinjau dan tinjau..banyak pula jawapan apa itu hikmah. Dari segi bahasa dan lain2. Makanya..nt pika pos dalam n3 kedua.

Hikmah yang disoal. PERHATIAN. Ni SEKADAR PANDANGAN DARI AKU SEORANG HAMBA YANG PENUH KEKHILAFAN. Apa2 yang disampaikan hanya sekadar perkongsian, segala yang ditulis segalanya atas hendak dan izinNYA.

`kwn2 slalu ckp ade hikmah,tp mana hikmahnya?bila bercinta selalu dpt yg mempermainkn`..`terlalu rindukan ayah yg sentiasa ada lam apa pun`..

..`lau betul ade hikmahnya,berikan 1 bukti`..

Aku terkedu. Cemana nak respon ngn soalan tu. Aku soal balik diri aku, penah ke aku soalkan apa yang Allah dah tentukan padaku..Ya Allah, ada. Astagfirullahal ‘azim..macam mana aku nak jawab sedangkan aku pun pernah berkata sedemikian rupa. Maka..teringat kembali, aku penah persoalkan kenapa aku kenal ‘dia’ sedangkan hanya untuk sementara. Kenapa banyak sangat sakit hati aku bila aku kenal dengan kromosom xy ni. Banyak…terlalu banyak..dia datang dan pergi, macam angin. Sakit! Siapa cakap xsakit. Kesan tu xpernah hilang dan berbekas sampai hari ni. Aku selalu tanya, kenapa mesti kenal dia? Apa hikmahnya aku kenal dia? Apa hikmahnya dia buang aku dari hidup dia. Semuanya tak pernah terjawab, semua soalan jadikan lagi bertambah sakit hati dengan dia.Tapi, since aku menjejak ke tempat baru, aku dapat teman2 baru, sahabat2 baru, ukhwah baru yang terasa manis bila hati bertaut kerana Allah..aku mula dapat jawapan.

Bukannya aku tapernah tau, bercouple tu haram. Since form 4 lagi aku tau, terpahat dalam hati sejak berzaman lalu, tapi kadang2 aku pandang sepi je semua tu. Jahatnya aku! Tapi Allah sayang aku, aku tau,,aku yakin. Sebabnya, Allah sedarkan aku sebelum aku declare apa2. Heh..aku terasa macam weng sketika. Dan aku terasa nak tersengih. Hah ha. Aku tasempat nak declare? Hah ha…aku geli hati teringat part yang macam hampagas dalam hidup aku tu. Siyes..terasa kurang bijaknya aku masa tu. Ho~ takisah la..dan sekarang, aku tak regret pun aku tasempat nak declare tu. Aku rasa lega gilak!

Siyes.

Lega. Sebabnya, tu ujian Allah bagi, Allah uji sebab Allah sayang, yakinkan hati, Allah uji sebab allah sayang! Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Allah tak kejam, dia sayang hambaNYA. Cuma kita yang hidup seketika cuma didunia ni yang tasedar, kita terleka, kita terlupa. dan Alhamdulillah, rasa dah boleh lepas dengan perasaan yang bermasalah tu. Kita ni Allah cipta memang saling melengkapi, tidak ada tiada yang datang tanpa berpasangan. Allah tu Maha Penyayang. Kita fikir balik, kalau Allah tak jadikan macam ni, mana mungkin kita pun jadi macam sekarang. Allah menguji keikhlasan hati kita bila kita bersendirian. Allah memberi kedewasaan bila kita ditimpa masalah, Allah melatih kita dengan kesabaran dalam kesakitan, Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali untuk menggantikannya dengan perkara yang lebih baik.

Jenuh aku momokkan dalam hati, aku jeritkan dalam jiwa, mesej dari teman2 yang terasa membina, aku pasakkan dalam hati sekuatnya...wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh Allah. Tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya. Kerana Allah teramat mencintainya...tetapi andai kata kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita. Namun, jika Allah datangkan kesedaran dalam diri kita supaya meninggalkan cinta seseorang lelaki, bermakna Allah kembali untuk dijagaNYA. Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan itu usah ditunggu tetapi perlu dicari, hargailah di atas kesempatan yang Allah beri kepada kita. La Tahzan ya ukhti...

Tu aku jadikan satu titik tolak untuk perubahan. Aku nak berubah. Change for goodness ain’t a crime. Mulanya terasa berat, yala,,sebab mulanya hati bukan betul ikhlas keranaNYA, tapi nak berubah untuk ubah segala2, untuk lupakan segala2. Akhrinya,,hikmah yang aku Nampak, betullah kenapa Allah jauhkan dia dari aku, ambil dia dari aku, sebab..apa yang aku ingin rasa tu tapernah ada dalam agama, agama xpenah mbenarkan semua hubungan hati dan perasaan antara lelaki dan perempuan bukan ajnabi. Aku tak tau macam mana nak eksepelin ni semua, tapi, aku terasa Allah..terima kasih sebab Allah jaga balik hati aku, cintaku hanya selepas akad. Mungkin kau pikir kolotnya aku, selepas akad?mana mungkin. Maka ku cuba jaga segala2nya, segala2nya sedaya upaya aku cuba utamakan agama. Mau kah kau beri cinta kepada seseorang yang belum tentu dia itu suami/isterimu nanti? Takkah kau rasa membazirnya masa dengan semua tu? Akhir nanti bila dah kau kecewa, baru kau sedar, betapa buang masanya aku dengan dia, betapa membazirnya wang aku kerna dia. Sedangkan dia bukan suami/ isteriku. Takkah kau sakit hati bila dapat tahu suami/ isterimu pernah sayang someone else sebelum kau? Kau tarasa jeles ke? Kau tarasa pedih ke? Pedih kot. Sakit kot. Jeles kot. Ada ke jawapan cmtu? Mesti semua jawapannya geram gilak! Pedih gilak! Jeles bess.

Hah ha..entah la apa yang kamu dapat bila baca entri ku yg penuh kemerepekan. Aku Cuma nak tunjuk, setiap apa yg berlaku, ada hikmahnya. Allah dah janji, “ wanita baik itu dijanjikan untuk lelaki yang baik& sebaliknya.” Dah ada seungkap nama di LOH MAHFUZ untuk setiap daripada kita. Tapi kita perlu ingat, peribadi ‘dia’ yang istimewa itu ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi kita. Jika kita berada dijalan yang diredhai Allah, insyaAllah ‘dia’ juga akan turut dijalan yang sama. ‘dia’ adalah yang sebenarnya layak memiliki hati kita. Hikmahnya? Manisnya dalam kehidupan. inshaAllah. So, bila dah tau macam tu, nak jugak la pesan kat diri sendiri, sebelum menawar diri nak mencari cinta hamba, carilah cinta Pencipta, nescaya cinta hamba datang seiring dengan cinta Pencipta. Cinta yang kau kejar selama ini tiada pun termaktub dalam Al-Quran, dalam Al Quran hanya terdapat tiga peringkat cinta.

( At-Taubah: 24)

1- Cinta Agung= Cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad.

2- Cinta Pertengahan= Cinta kepada Ibu Bapa, suami/isteri, keluarga, dan kawan2 serta seluruh umat Islam.

3- Cinta Rendah= iaitu meletakkan cinta pertengahan lebih tinggi daripada cinta Agung

Maka jelas disitu, tader pun cinta kepada pasangan2 yg xhalal lagi ni. Ni pesanan untuk diriku juga. Xyah mengada2 nak mencari cinta yang bukan pada haknya..

Ni nak share bberapa istilah cinta dalam Al-Quran dan Sunnah.

1- Al- Hawa; cinta nafsu

2- Al- ‘Aliqu’; cinta yang sentiasa hendak ada hubungan

3- As- Sobwah; cinta berbentuk kerinduan, kebodohan

4- Al- Tatayum; cinta berbentuk perhambaan

5- Al- ‘Ishqu; cinta yang terlalu obses.(tergila2kan/terlalu asyik)

6- Al- Junun; cinta gila.

Hidup ini satu ujian. Setiap tingkatan iman ada ujian yang berbeza, ada yang diuji dengan nikmat kemewahan dan kemiskinan, kesihatan dan kesakitan, ketenangan dan kerunsingan. Semuanya ujian, maka anggaplah semuanya ibarat semilir angin lalu yang berlalu... Menenangkan pelupuk emosi dan teruslah berlari kepada Nya, mendakap erat dalam pelukan Nya agar setiap ujian yang hadir semakin membuat kita dekat dengan Nya.

Ketenangan itu dari Allah, maka hampirilah Allah untuk mendapatkan ketenangan tersebut.

Dia, satu-satunya yang Maha Mengetahui segalanya. Ilmu kita terlalu terbatas untuk menafsir perancangan Allah, maka anggap saja ada kebaikan yang jauh lebih baik menanti kita. Bersangka baik dengan Allah.

Aku dah tatau dah nak berkongsi apa, tatau nak teruskan bicara dengan apa lagi agar kau mengerti, hikmah itu sebenarnya apa. Aku pun musykil..apakah? dah fahamkah kau?

tp dlm kehidupan..termasuk dy x pena dpt ape dy nk n merindui ayahnya..

Jika kau soalkan kau xpenah dapat apa yang kau mintak.sedarlah..Allah dah beri lebih dari yang kau nak. Nikmat kesihatan, pemikiran, nikmat penglihatan, segala2nya Allah dah beri. Jangan la kau meletakkan begitu pada Allah, malulah kau kerna terlalu banyak meminta padaNYA. Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa Allah tak beri apa yang kita minta. Tapi kita perlu check diri kita, mesti ada sumthin wrong sumwhere yg menyebabkan doa kita tak dimakbulkan Allah. Tapi kadang kita tak sedar, adakalanya kita minta sesuatu Allah tak beri, tapi dia datangkan sesuatu yang lebih baik daripada yg kita mintak. Sebab dia tahu apa yang hambaNYA perlukan bukan apa yang hambaNYA mahukan. Kadang tu Allah tak tunaikan lagi doa kita sebab Allah nak beri pada satu masa dimana saat kita betul2 memerlukannya. Maka pesanku, peringatan untuk diriku jua, berbaik sangkalah dengan Allah.

"Mereka berprasangka yang tidak benar terhadap Allah, seperti prasangka jahiliyah; mereka berkata: ‘Apakah ada bagi kita sesuatu (hak campur tangan) dalam urusan ini.’ Katakanlah: ‘Sungguh, urusan itu seluruhnya di tangan Allah.” (Ayat 154, surah Ali Imran).

Ibnu Qayyim mentafsirkan ayat ini dengan membahagikan prasangka buruk terhadap Allah Ta’ala kepada tiga kategori, meliputi; menafikan adanya hikmah dari Tuhan, menolak takdir-Nya dan mengingkari bahawa agama Islam bakal dimenangkan oleh Allah Azzawajalla. Sedarilah bahawa tindakan menolak qada’ dan qadar Tuhan menjadikan individu tersebut tidak ubah seperti kelompok kafir sebagaimana yang dikhabarkan di dalam Al-Qur’an. Malah, turut menjejaskan kekukuhan tiang iman lantaran keingkaran terhadap salah satu rukunnya!

Demi menyelamatkan diri dari perbuatan yang membahayakan iman ini, solusi yang terbaik ialah dengan berusaha sedaya mampu untuk mengenal Allah Azzawajalla berdasarkan asma’ dan sifat-Nya yang tiada tara kemuliaannya. Betapa nama-nama Allah Ta’ala yang suci telah menggambarkan sifat Allah Azzawajalla sebagai Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bukankah Allah telah menyediakan bermacam kurniaan untuk segenap makhluk ciptaan-Nya, lalu adakah semudah itu untuk kita mengingkari penghakiman Allah hanya kerana Allah tidak memakbulkan doa kita ? Inilah petanda kufur nikmat yang kian merajai diri.

Belajarlah untuk meredhai segala aturan Tuhan. Kita harus percaya bahawa setiap dugaan yang mendatang ialah ujian-ujian dari Tuhan dan pastinya di balik setiap ketetapan itu Allah Azzawajalla jauh lebih mengetahui akan baik dan buruk. Beban cubaan yang menimpa ini juga tidak sekali-kali melampaui kemampuan individu yang diuji. Yakinlah bahawa tribulasi yang berjaya ditempuh akan meninggikan darjat keimanan para hamba yang senantiasa berhajatkan mardhatillah. Tiap-tiap tangis sedih itu bakal digantikan dengan riang tawa ahlul Jannah jika sabar jadi perisainya.

Bersyukurlah dengan apa yang Allah telah beri hari ni, nikmat keamanan, nikmat iman, nikmat islam, nikmat dipanjangkan usia sehingga saat ni,tamacam saudara seislam kat palestin tu, bom sana sini, nyawa pun kat hujung tanduk. Entah hidup entah tidak, tatau pula bila nak berakhir semua tu. Tengok, mereka berbaik sangka pada Allah, hikmah mereka diuji sedemikian rupa, mereka lebih dekat dengan Allah, peluang mereka untuk mati syahid terbentang luas. Subhanallah..namun kita, taktala diuji sedemikian rupa terus mengeluh taberdaya.

Maaf, aku tadapat nak beri sebarang komen tentang kamu dan ayah kamu. Kerna aku sendiri kurang mengerti situasi kamu, jika Ayah mu telah tiada, doakan lah kebahagian buatnya, doakan dia dipelihara dari azab api neraka, kerana sesungguhnya, apabila mati seorang anak adam, ada tiga perkara yang takkan putus daripadanya, dan salah satunya, doa anak2 yang soleh dan solehah.

Jika ayahmu masih ada, doakan dia selamat daripada fitnah dunia dan sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA. ( doa untuk ayahku jua, ayah…moga terpelihara daripada fitnah dunia ya dan sentiasa dalam lingkungan rahmatNYA.)

Dan saat kau terasa kau terlalu rapuh untuk menghadapi setiap dugaan, mohonlah padaNYA agar diberi kekuatan menghadapi segala ujian dengan redha. ( kau tahu? Setiap apa yang aku ungkapkan ini..aku jua bakal diuji..kerna itu aku takut untuk mengulas kata, namun kerana sayangkan kamu demi agama…inshaAllah, setiap yang mendatang kucuba tabah hadapinya, moga hatiku ikhlas dan redha atas setiap ujianNYA..ameen~doakan ku jua ya.) serapuh rapuh mana pun..apabila kau telah menghadapi situasi tersebut, insyaAllah, kau telah berjaya kentalkan hatimu kembali. Kembali meletakkan segala pengharapan kepada Allah.

Sekian saja pandangan dari diriku yang penuh kekhilafan.

Jika kita hendak melakukan sesuatu,fikirlah bahawa apabila tiba saat dipersoalkan tentang perlakuan yang hendak kita lakukan itu akan terasa berat atau tidak bila dibentangkan dihadapan Allah. Akan terasa mudahkah untuk menjelaskan pada Allah apa yang kita lakukan jika disoal nanti? Konkritkah alasan kita nanti?wallahualam. sekian. Moga Allah merahmatimu. Moga dirimu tenang untuk menghadap Ilahi. Jazakallah.

P/S: andai aku tadapat menjawab soalan kamu, maklumkan.akan kucuba jwb sehabis daya. kerna ak bukan siapa2. aku hanya hambaNYA yang masih cuba menjadi yang sebaeknya.


^SUKA^
www.tips-fb.com

3 comments:

  1. miss rara ~ ak pown kdg2 tepikir apa hikmah bila sesuatu terjadi..bila tgh marah,sedih mmg tak nmpk tp bila ati dah tenang,bru sedar..btw,aku bru baca sekerat entri ni..ha3..nnti smbung balik..karang cik isha marah lak duk poyA2.. :p

    ReplyDelete
  2. heh he..u r notty gurl huh..heh~

    ReplyDelete
  3. pika~ thanks in advance. this entry really drag me out of my problem now. ;)

    ReplyDelete

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

::COMPLETEd::