::sayangsaya::

Sunday, May 30, 2010

=Al-Mulk=

salam alykh..
hari ni nak naikkan 2 n3..ak tapedulik..nak jugak..sebabnya,, d day after tomorrow da nak pegi praktikal kt HKL. siyes,,kecuakan melanda tahap tera..tapi..taper la..ape2 hal pun..nak berkongsi tentang surah Al-Mulk..kalo xsalah..maksudnya kerajaan kot..kalo salah tlg inform eh..time post ni da berangan2 nak masuk dreamland, makanya nak check pe2 pun cam berat aje..huuu..maaf lah..terjadik budak malas lak..xoxoxo~

k la..tiap2 malam sebelum tido..kita mestilah baca surah Al-Mulk dulu..ikot kata ustaz ustazah yang penah pika blaja dulu, dorang cakap surah ni la yang tolong kita dalam kegelapan masa dalam kubur nanti..wallahualam, tu masa zaman darjah 4 5 dulu ustaz gitau..lepas tu da terlupa..hu..

pe2 hal pun..jum scroll down!!!(er..perlu ke begitu??hah ha)

1. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w “Sesungguhnya di dalam al-Quran ada 30 ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah “Tabaarakal Lazi” (Al-Mulk)

2. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda “ sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggalkan dunia dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali “Tabaarakal Lazi”. Maka apabila di masukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada sia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu emberi shafaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah SWT. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata “Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di alam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya daripada kitabmu. Dan Allah SWT berfirman “Aku nampak kamu marah” Dia menjawab (surah): “sesungguhnya saya marah” Allah SWT berfirman: “Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat kepadanya.”

Nabi s.a.w bersabda: “Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apap-apa pada si mati.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamt datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri membaca saya.

Maka surah bersama si mati dalam kuburnya supaya dia(si mati) tidak merasa kesunyian.”

Anas berkata: “apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini Nabi s.a.w menamakan surah ini al-Munjiah: iaitu yang menyelamatkan” (hadis riwayat Ibnu Katsir”


*kalo agak2 xbuley baca tu, infom k, nnt org tukar lek font dy.
^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger