Bismillahirrahmanirrahim....
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ini aku dihadapanMU wahai Tuhanku,
Aku datang menghadap kehadratMU Yang Maha Agung,
Aku datang membawa sekeping iman dan amal yang terlalu sedikit
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku serahkan padaMU jua
Segala rencana hidupku dan matiku
Kerana hanya ENGKAU sahaja Yang Maha Mengetahui
Baik dan buruk sesuatu pada diriku..
Ya Allah aku sedari segala-galanya
Berada di dalam genggamanMU.
Aku sedari segala-galanya
Tidak akan terlepas dari pandanganMU
Hati ini dalam kuasaMU
Taklukan qudratMU.
Sesungguhnya YA ALLAH...
Aku bermohon agar ENGKAU
Meminjamkan aku kekuatanMU untuk
Menghadapi segala ujian yang bakal melanda..
Semoga aku tegar menghadapinya..
Dalam masa yang sama mendekatkan aku kepadaMU.
Ameen...
^SUKA^
Individu Ini Menyesal Sertai Industri Takaful
4 months ago
0 comments:
Post a Comment
terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)