::sayangsaya::

Sunday, November 22, 2015

[Rant 221115]

Hampir kehujung tahun. Dari selatan kembali ke sentral. 
Hampir 8 purnama meninggalkan tanah selatan kukira. 
Lucu. 
Terlalu banyak kekalutan jiwa yang mendatang. Sekian lama juga tidak dicoret pada laman ini.
Rasa seolah-olah sasterawan ulung yang muncul dengan karya baru pula.

Kaku. Masih mencari rentak bahasa. Gaya bahasa sastera bangsawan kah, anak muda y2k kah? Atau santai saja dengan loghat utagha?

Masih kelihatan sedikit kecelaruan identiti. Mohon jangan 'annoying'.

8 purnama. Banyak cerita.
Ada yang menghilang, ada DIA gantikan semula. Ada yang diharap menjauh. Tapi DIA takdirkan masih disitu, walaupun tak pasti. Tapi, tetap disitu. Tanpa ada bayangan ke mana arah tujuannya. Yang DIA. ganti menarik2 ruang hati, mengembang memenuhi ruang, tanpa berbaki untuk yang lain. 
Yang menghilang, terus menjauh, saat terkaku dihadapan mata, melayan kita bagai tiada apa. Hilang segala rasa. Ungkapan kerana DIA memudar. Seakan-akan kini, orang luar yang tidak ada apa2 makna.


Ya.
Hidup ini ceritanya berwarna warni. Merah kita mungkin ceria, tapi bagi dia puka sengsara. Hitam itu ketakutan buat kita, tapi dia mungkin tenang disana. 

Dan bukan semua. Yang kita dekat. Akan terus dekat dengan kita. Yang menjauh kadang mendekat. Ada jua perlu diam seribu waktu baru bertaut kembali untaian hati. 

Banyak. Hingga xmampu dilafazkan dengan kata. 

Tapi DIA tetap tahu. Walau hanya dengan titisan air mata.


#randomrantsaya #facfounder #byfac 


^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger