DIA..
ajari aku pelbagai perkara.
Melihat dunia dari sudut berbeda.
Bagi diri yang jahil ini,
Ada masa aku tewas jua,
Dengan perkara yang namanya rasa.
DIA...
Menuntut aku memberi segalanya,
Namun sekujur jasad ini hanya ada masa, kudrat dan harta yang tak seberapa sebagai gantian, atas ikrar menginfakkan diri sepenuhnya pada jalan Islam. Kadang tersenyum lelah, benarkah ada sekelumit perkara yang aku lakukan demi Islam?atau wayang saja semua itu.
Berkali-kali diulangi hadith satu, agar diri bukan hanya tahu, ingat dan hafal, tetapi dihadam kedalam diri menjadi sebahagian dari diri agar tidak perlu ingati-ingati lagi tetapi sebaliknya menjadi ibarat oksigen yang mengalir kedalam setiap arteri.
Kerana itu aku mendidik diri,
Melakukan semua selagi terdaya, kerana aku tak punya harta menjadi infaq pada jalanNYA. Walaupun kadang melakukan sesuatu kelihatan seakan low standard tetapi itu saja yang termampu aku beri dari diri yang serba kekurangan ini.
Aku antara yang kikir dalam bahasa, limit dalam berfrasa, apatah lagi bermetafora dan berhiperbola, dan hanya mampu memberi bila ruhi punya rasa. Maaf kerana aku tidak mampu berpuitis dalam berkongsi rasa.
-hizb addeen-
^SUKA^
0 comments:
Post a Comment
terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)