sengih panjang kejap. lepas tu kerut2 kening. hokeh. macam mana nak mula? 2 malam 1 hari memikirkannya.
Allahu!!!
ilhamkanlah kepadaku, bicara mudah dan ringkas agar bisa berkongsi kefahaman buat teman tersayang.
ikhtilat tu sendiri apa? jujurnya, dalam 2 3 tahun ni lah baru kenal apa itu ikhtilat, walau hakikatnya dari kecik sampai ke besar kita terlibat dalam iktilat ni. Awal-awal lagi nak bagitau siap2. i'm not the person yang reti sangat bercerita tentang ikhtilat siap hadis dalil dan segala. tapi sedikit perkongsian dari pembacaan itu ada la. kalau tersalah dan tersilap menyusun kata, post kumen nyatakan pembetulannya ;)) peace no war hokeh!
apa itu ikhtilat?
kena sambar kilatkah?
oh,, nononono..
ikhtilat tu ??
Ikhtilat (pergaulan) kurang dituturkan oleh kebanyakan masyarakat, namun perbuatannya kian membiak dengan derasnya. Malah, mereka yang tahu agama juga tidak terlepas dari melewati batasan syariat ini. Syariatullah tidak pernah menghalang firtah manusia, bahkan ia selalu mengawal manusia supaya menterjemahkan fitrah itu dengan sebaiknya.
"demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan.." -As-Shams, 7&8.
Allah telah mengilhamkan dalam diri hambaNya sukma kefasikan dan ketakwaan, maka adalah menjadi pilihan manusia untuk memilih antara dua persimpangan ini. Tiada yang ketiga.Takrif Ikhtilat
Dalam perkara ini--pergaulan antara lelaki dan perempuan, syariat telah membina batasan demi menjaga maruah diri, kesucian hati, dan rabitah imaniah dengan Ilahi. Batasan itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan, jelas ia menjadi pemandu ke arah jalan ketakwaan.
Ikhtilat adalah kalimah bahasa arab yang menjadi masdar(kata dasar) bagi fiil madhi(perbuatan lalu) ikhtalata, dan mudhari’(perbuatan kini) yakhtalitu.
Ikhtilat dari segi bahasa dapat didefinasikan sebagai percampuran ataupun pergaulan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Namun sebagaimana yang kita faham melalui tajuk di atas, Ikhtilat yang saya maksudkan di sini adalah dari segi syarak, iaitu Ikhtilat yang membawa takrif pergaulan bebas sesama manusia yang berlainan jantina.
Dalam perkara ini--pergaulan antara lelaki dan perempuan, syariat telah membina batasan demi menjaga maruah diri, kesucian hati, dan rabitah imaniah dengan Ilahi. Batasan itu bukanlah sesuatu yang menyusahkan, jelas ia menjadi pemandu ke arah jalan ketakwaan.
Tegahan supaya menundukkan pandangan-ghadul basar (an-nur,30-31), sebagaimana nabi s.a.w juga menegah pandangan kedua mengiringi yang pertama, justeru bagi mengelakkan dari panahan syaitan yang merosakkan jiwa insan dari mengenal cinta Tuhan. Hamba Allah yang beriman juga diharamkan dari melunakkan suara dalam berbicara dengan bukan mahram (al-ahzab, 32) kerana suara mampu mencairkan benteng iman yang rapuh itu. Malah, sudah jelas garis panduan yang boleh disemak dalam dalil yang sarih. Jika diikut, muamalat yang baik dapat dipupuk.
Tegahan itu untuk mengelakkan mudarat lebih besar dari berlaku. Allah bukan sekadar menghalang ZINA, bahkan JALAN untuk mendekatinya pun ditutup rapat tanpa kompromi. Semua itu demi memupuk fitrah insan yang suci dari terus dikotori, dan menjaga masyarakat dari kefasadan yang pasti.
Namun, yang dirisaukan sekarang bukan pada mereka yang jahil sahaja, malah mereka yang bakal memegang title ustaz dan ustazah, protaz dan sebagainya juga terjebak dengan semua ini. Dengan alasan study group, 'ukhwah fillah', mesyuarat, belanja makan tanda penghargaan dialas supaya mengindahkan lagi ikhtilat haram mereka itu. Jelas, perkara haram tidak boleh bercampur dengan halal!
"dan jangan kamu campurkan hak dengan batil, dan kamu menyembunyikan hak sedangkan kamu mengetahuinya.."-al-baqarah, 42.
Niat yang baik tidak dapat menghalalkan ikhtilat yang ditegah dalam Islam. Ingatlah, syaitan mampu memesongkan niat mulia kita untuk 'ukhwah' itu dengan pergaulan yang berakhir dengan murka Allah. Walaupun ilmu agamamu tinggi melangit walau digelar ustaz sekalipun! (al-ankabut, 38)
Ikhtilat Syari’e
Dalam bergaul, terutamanya antara kaum adam dan kaum hawa yang bukan mahram, Islam meletakkan batas-batas yang sangat penting untuk kita jaga. Islam bukanlah melarang sepenuhnya untuk kita bergaul berlainan jantina, kita boleh bergaul, tetapi ada hadnya, ada batasnya, ada pagarnya. Bukan ikut suka hawa sahaja.
Ikhtilat Syari’e ialah percampuran lelaki dan perempuan yang mengikut ketetapan-ketetapan syara’ seperti berikut:
1. Ikhtilat yang dilakukan atas dasar darurat.
2. Ikhtilat yang dilakukan atas dasar keperluan.Contohnya, terpaksa melakukan ikhtilat di tempat awam yang terbuka, sibuk dan tidak membawa sebarang fitnah seperti jalan raya yang sesak, pusat membeli-belah, kenderaan awam dan sebagainya:
Contohnya, ikhtilat bersama tamu, mahkamah, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis ilmu, medan jihad, medan dakwah, semasa menunaikan haji dan umrah, semasa ziarah orang sakit dan seumpamanya.
Namun begitu, tidak dinafikan kita perlu juga menjaga adab-adab pergaulan seperti tidak bersentuhan, menjaga aurat, menjaga pandangan, menjaga percakapan, asingkan tempat lelaki dan perempuan, tidak menimbulkan fitnah yang boleh menghilangkan maruah dan kehormatan, dan sebagainya.
Ikhtilat Alam MayaSebaliknya ikhtilat tidak syari’e ialah ikhtilat yang tidak memenuhi kriteria-kriteria ikhtilat syari’e sebagaimana yang telah dinyatakan
Jelas kepada kita bahawa dunia siber bukan penghalang kepada berlakunya khulwah dan ikhtilat tidak syari’e. Boleh dikatakan khulwah dan ikhtilat moden adalah lebih bahaya kerana kedua-duanya berlaku dalam bentuk yang amat terancang, rahsia, tertutup, bebas dan tanpa kawalan sehingga begitu sukar untuk dibendung melainkan dengan kekuatan iman individu itu sendiri atau perasaan takut kepada Allah SWT yang mengatasi segalanya.
Antara ikhtilat yang sedang parah merebak di alam maya adalah:
1) Budaya forum dan chatting sama ada di YM, Facebook, Myspace dan lain-lain yang tidak syari’e dengan menggunakan bahasa kotor dan lucah sehingga membangkitkan gejolak nafsu dan menjurus ke arah maksiat.
2) Salah guna web cam dengan mendedahkan aurat sebagai tontonan teman alam maya hingga tidak ambil peduli tentang siapa teman forum atau chattingnya, apa status dan jantinanya, isteri orang ke dan sebagainya.
Salah guna siber membawa kepada zina hati
Penyalahgunaan tersebut sememangnya mengundang segala macam unsur maksiat alam maya, jauh dari fungsi sebenarnya yang banyak manfaat.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya: ”Tidaklah laki-laki dan perempuan berkhalwah(berdua-duaan)kecuali yang ketiganya adalah syaitan”. (HR Tirmidzi)
Selain haram mengucapkan kata-kata kotor, haram juga mendekati zina dengan menulis atau menuturkan kata-kata yang kotor, lunak, manja dan gedik atau berupa rayuan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya.
Sebenarnya itulah zina hati.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.” Hadis Riwayat Muslim.
Menjadi trend remaja masa kini mencari pasangan hidup dengan chatting tanpa mengira apakah batas yang ditetapkan oleh Islam sehingga aspek moral dan akhlak diabaikan.
Sifat malu sebagai benteng telah terlerai dan terhakis sedikit demi sedikit sehingga berlaku interaksi antara dara dan teruna dalam jangka masa yang panjang dengan menggunakan bahasa yang kurang sopan.
Sedangkan Al-Quran telah mengingatkan kita berulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap perkataan kita kelak.
Dalam berchatting,seharusnya kita menyedari bahawa segala percakapan atau tulisan kita tetap diperhati oleh Allah SWT dan juga malaikatNya Raqib dan Atid.
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan kecuali ada dekatnya malaikat pengawal yang selalu hadir”(Surah Qaaf: 18) (Sila rujuk juga Al-Ahzab ayat 70)
Wujudnya khulwah virtual
Sekiranya perlu sangat untuk berchatting dengan berlainan jantina, bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain? Islam mengharamkan khulwah (duduk berdua-dua bersunyian) di antara muslimin dan muslimah yang bukan mahram. Dalam hal ini, khulwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun berchatting.
Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga dari segi virtual. Lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi. Jadi chatting boleh jadi halal dan juga menjadi haram, ianya bergantung pada cara kita menggunanya.
Semoga kita berwaspada dan lebih berhati-hati, sehingga chatting yang kita lakukan senantiasa dalam landasan syariat, ibadah dan zikrullah.
Penyelesaian: Jadikan Internet sebagai suatu manfaat untuk menuju akhirat
Akhir kata, dalam kita melayari dunia cyber, hendaklah kita sedar bahawa kita masih terikat dengan tuntutan syariat Allah SWT. Jangan sampai kita melupakan matlamat kejadian manusia diciptakan Allah untuk menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepadaNya dan menjadi khalifah Allah SWT untuk mentadbir dunia ini dengan hukum syariat yang telah diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW.
Dalam kita bergelanggang di dunia cyber, hakikatnya kita telah menyahut tuntutan fardhu kifayah iaitu menyediakan wadah yang bermanfaat di dunia cyber dalam mencapai kedua-dua matlamat tersebut. Jadi, gunakanlah bakat dan kepakaran yang ada untuk mencapai kedua-dua matlamat tersebut.
Letaklah Al-Quran dan Sunnah sebagai pemimpin kita dalam melaksanakan tuntutan tersebut.ref:
Letakkan kepentingan agama di hadapan. Kepentingan nafsu, singkirkan terus dari dalam diri.
Jadikan dunia cyber sebagai alat untuk menuju ke akhirat. Jangan sama sekali menjadikan dunia cyber sebagai alat untuk memenuhi tuntutan nafsu ammarah yang akhirnya akan meranapkan diri kita sendiri. Na’uzubillah.
Wallahu Ta’ala A’la Wa A’lam..
http://www.faridfaruqi.com/2010/05/ikhtilat-siapa-kata-tak-boleh.html
http://azamhusni.blogspot.com/2010/10/ikhtilat-alam-maya.html
^SUKA^
0 comments:
Post a Comment
terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)