Erm.
(* tajuk memang tak pernah kena ngan entry..hihi)
Assalamualaikum.
Kabare? ;)
Fuh..fuh..fuh..
Bersawang suda belog ini.hii~
Sebabkan lamaaaaa sangaaaatt tak update entry..
hari ni nak la kongsi satu perkara.. especially untuk adik-adik yang bakal2 menjejak kaki ke menara gading ni kan...mungkin ada sebahagian adik-adik pernah ikut, mungkin ada yang tak pernah dengar lansung. Gaya macam dengar perkataan alien jep. hehe~
diculik dari sini |
Usrah. Pernah ke dengar? ke ada yang macam baru kerut-keut kening memikir apakah itu usrah? Seriusly cakap..1st time akak kenal pun masa kat kolej sini. Dolu-dolu nda pernah..sebab??err...zaman mude-mude lah katakan..hihi..tak pernah nak ambil tau pun hal sekeliling. Sebok dengan dunia sendiri jep. Haha...
Masa tu tak fikir pun usrah tu apa ke macam mana ke sebab memula masuk kolej tu, selalu ikut program kat surau. Al faham wal maklum la..junior 1st year. Muka inesen je semua. Itu senpai cakap itu le awok buat kaan. Ikut aje tak juga sedar yang itu usrah. Entah macam mana dah separuh semester kot baru tersedar, eh..apa la pulak cerita fasal diri sendiri. ee~
Okay..okay..balik jalan lurus. Sebenarnya banyaaaaak sangat cerita tentang usrah. Dan banyaaak juga alasan untuk ke usrah.
Antaranya:
” Ala kak, dulu masa usrah kat sekolah menengah, naqibah saya boring macam robot. Asyik ikut teks saja lepastu tak reti nak berseloroh”
” Eleh, aku dah biasa usrah. Lagipun dulu aku SMKA, dah biasa sangat dengan usrah-usrah ni. Hasilnya, tengok ni seluar jeans aku koyak kat lutut, aku ustaz rock, hisap rokok, tapi masih hafal hadis-hadis dan ayat-ayat quran beb”
” Heleh, setakat usrah ni apelah aku nak kisah. aku ni dulu badan tabarru’ tau kat sekolah. Hal ehwal usrah ni semua dalam tangan aku. Sekarang aku nak benda-benda lain selain usrah, nak cari mood baru.”
"Alaa...dulu masuk sebab terpaksa sebab dah kat sekolah, kalau tidak tak kuasa nak pergi. Bajet bagus ke pergi usrah? Sama je macam pergi kelas agama. Benda tu juga yang belajar."
antara bagi yang sudah dan pernah mengenali usrah. Aduh. Kadang terasa perit.:'/
Kenapa sedemikian?
sini |
Kenapa?
Mungkin..banyak mungkinnya. JADI naqib/naqibah perlu sedar..setiap mad'u pendekatan kepada mereka berbeza-beza. Sukalah sangat nak bagi analogi, pernah tengok cerita Kungfu Panda tak? mesti pernah kan? Okay cuba tengok cemana Master tu approach Po? Memula kan dia cuba bagi training kat Po macam mana dia bagi kat 4 Warriors yang lain kan? Tapi tak berjaya..kenapa? sebab approach untuk Po xsama...dia special. Dia ada kelebihan dia, ada kekurangan dia. Jadi, kenalah hargai kelebihan dan kekurangan dia, adaptasikan dia dengan kesesuaiannya (* dah pulak masuk kelas Occ. Therapy..huhu)
Okey skip sikit bab tu, macam dah berleter pulak..Kenapa USRAH?..sebab..dengan USRAH ibarat sedang menebar cinta. Kalau Ustaz Hasrizal dengan slogannya " Erti Hidup Pada Memberi"..bagi akak...bukan Ustaz sorang aje..kita pun mesti set dalam mind, hidup kita untuk memberi. :) Dan dengan usrah...
Ibarat kita sedang membina Islam dalam hati kita. Ni secara ringkas tentang USRAH.
Usrah itu keluarga. Dalam usrah kita tautkan hati-hati keranaNYA. Usrah tidak bermula semasa kita didalam circle Cinta. Tapi sebaik sahaja kaki melangkah berpisah antara setiap satunya. Ramai yang tak mampu nak berterusan dalam usrah..
sini |
Sebab kita mampu berukhwah sekadar ta'aruf..masih jauh merangkak menggapai tafahum dan takaful...ujian hati datang menduga. lalu tiada pemerhatian, tiada siraman, maka hati makin mengering lalu bepergian.
Sedikit ulasan usrah dari blogger dakwah lain..
APA SEBENARNYA USRAH
Sekarang kita letakkan diri kita sebagai manusia yang berfikiran matang. Semoga setiap butir kata yang dikongsikan dapat dibaca dengan positif, insyaAllah.
Naqibah saya selalu kata bahawa usrah ini adalah charger kepada battery yang sudah weak. Saya akui itu, keselaluannya, kalau kita pulang dari usrah, insyaAllah kita mampu bertahan untuk seminggu lagi sebelum berjumpa lagi di usrah minggu hadapan.
Bukankah kita insan? – yang mudah lupa, leka dan alpa. jadi dengan adanya usrah, kita sentiasa ada ahli halaqah yang selalu mengingatkan kita, membantu kita mempertingkat amalan, berkongsi masalah selepas penat dan lelah bekerja atau belajar.
Kita ambil contoh yang dekat. Selalu di luar sana, fenomena curhat (curah hati) berlaku di antara mereka yang berlawanan jantina. Si XX bercurhat dengan si XY, hasilnya timbulah rasa kasihan, simpati, empati dan akhirnya membuka ruang si syaitan berbisik melakukan perkara yang dilarang. Semua bermula kerana tidak ada orang yang tepat untuk bercurhat.
Lagi pula, kita perasan tak yang semakin kita dewasa, kita rasa macam budak-budak kecil yang bersekolah agama petang-petang tu lebih bayak ilmunya dari kita? Takkanlah dari kecil ilmu kita takat itu saja. Sudahlah takat tu saja, lupa pula tu. selalunya pengisian usrah ni macam-macam. InsyaAllah pelbagai ilmu yang dapat kita ulangkaji dan pertingkatkan.
Dan secara tak langsung juga, kita dapat indirect knowledge daripada ahli-ahli usrah kita yang keselaluannya tidak sama bidang dengan kita. Kita ada tendacy untuk memahami bidang tugas orang lain, masalah mereka di tempat kerja sekaligus menjadikan kita manusia yang mudah faham dan consider dengan masalah orang lain.
MEMBUANG MASA
Selalu saya baca status di FB, ” minggu ni nak pergi karaoke dengan kawan-kawan buat penghilang buhsan”,
“boringnyaaa, nak pergi window shoppinglah sambil mengendap abang cashier yang manis”, atau
“tolong…tolong… bosan super ni. nak buat apa?“boringnyaaa, nak pergi window shoppinglah sambil mengendap abang cashier yang manis”, atau“tolong…tolong… bosan super ni. nak buat apa?”
Saya tak cakap ini salah, tapi pada saya bila sudah sampai satu tahap bosan dan dah tak tahu nak buat apa mengapa ya kita ada tendacy untuk berjuma kawan-kawan lelaki dan perempuan, berjumpa, berbual, meng’kenen-kenen’kan kawan-kawan kita ibarat itulah perkara yang paling cool sekali dalam hidup kita?
Bukankah bila rasa bosan itu sudah sampai, itu bermaksud bahawa dunia sedang mengingatkan kita bahawa kita perlu pengisian akhirat?
Selalu juga saya diejek kawan-kawan sebaya “eleh ko ni, ajak shopping, tengok wayang, main bowling dengan kawan-awan lama pun taknak ye sekarang,”
seriously kadang-kadang sedih dan pedih juga dalam hati. tapi biasanya saya akan cepat-cepat hilangkan perasaan itu. Saya cuma akan keluar bersama kawan-kawan dalam condition tertentu seperti:
1) tidak ada lelaki yang join2) aktiviti berfedah tidak seperti berkaraoke dan tengok wayang3) kalau dalam keadaan betul-betul perlu yang ada lelaki, keselaluannya itu adalah tugasan yang penting
Kamu rasa ini kolot? tak apalah, semoga bila kita menjaga hak Allah dalam hati kita, Allah akan menjaga kita.
KERJA/BELAJAR VS USRAH
Ini tak pernah jadi masalah kecuali kalau kita mengabaikan kerja kita kerana usrah ini sudah jadi salah yang besar. Bagi saya, kedua-duanya sama penting. kerja adalah salah satu tanggungjawab kita dalam urusan dunia, manakala usrah adalah medan untuk kita mempertingkatkan tanggungjawab kita dalam urusan akhirat.
Kedua-duanya sama penting dan saling menyokong. Melalui pekerjaan kita, kita akan dapat mempraktikkan apa yang kita dapat daripada usrah kita setiap minggu dan berkongsinya dengan yang lain.insyaAllah.
TIDAK PERNAH TERLEWAT
usrah bukan sekadar di dalam surau atau bilik-bilik kelas.
Feel free to go anywhere (sini)
Seandainya ketika membaca perkongsian ini, ada yang terdetik mahu berusrah (which is saya tak pernah katakan wajib tetapi perlu), percayalah di luar sana banyak ruang untuk anda berusrah.Kita perlu membuka mata dan sedar bahawa setiap daripada kita perlu sekali memberi peluang kepada diri untuk menjadi seorang muslim yang benar faham apa tujuannya menganut islam dan usrah adalah satu sistem yang akan membantu, insyaAllah.
Saya memohon maaf atas segala keterlanjuran kata dalam perkongsian ini. Saya pernah menjadi orang yang bosan dengan hidup dan sering mencari hiburan, tetapi kehidupan yang sebegitu tidak pernah memberikan ketenangan kepada saya.mereka yang berusrah bukannya PERFECT tapi sekurang-kurangnya ini adalah effort untuk kehiduan yang lebih baik, insyaAllah, jika DIA mengizinkan.
Sungguh..tanpa usrah hati tu kering. Pernah tak rasa hati tu macam dah bosan tahap tera. Kita nak begini :
Menjadi yang lebih baik. Menjadi individu muslim dan memngembalikan empayar Islam..agar wujud ustaziyatul Alam..
Maka..kita jangan begini
Sentiasa mencipta alasan untuk tidak menghadiri usrah. Sebab USRAH itu..
sini |
Mencari di mana usrah? Ada dimana-mana..carilah ia adik-adik sayang :)
Mencari sahabat, sebaiknya carilah di rumah Allah..moga ukhwah yang terbina berkekalan hingga ke akhirnya.
Bagi adik-adik yang bakal ke uni/ matrikulasi/poli/ pvt kolej...carilah. Jangan biar hati kita kosong. Perjalanan usrah itu indah. Tak percaya?? CUbalah (^_*)d
Tahniah buat adik-adik yang mengambil PMR. Keputusan anda paling memberansangkan. Alhamdulillah.
Kita generasi silibus baru. ehehe~(saje kecoh2)
*dan sedang membahasakan diri sebagai kakak sebab bajet matang. (ok xtua.haha)
*dan sedang membahasakan diri sebagai kakak sebab bajet matang. (ok xtua.haha)
^SUKA^
mohon share ye dear.tersentuh saya dengan entry awak !
ReplyDelete