::sayangsaya::

Tuesday, August 9, 2011

bicara hati..5

Alhamdulillah..
terima kasih YA Rabb atas ruang masa yang KAU berikan padaku..
Meniti hari-hari di bulan Mujahadah, bulan Tarbiyah..
terasa masa berlalu pantas sekali..
9 Ramadhan kini menjelma..
bermakna ia bakal berpergian tidak lama lagi..

Kita,
seringkali berbicara..
mungkin ini Ramadhan terakhir kita..
Ya, benar..
mungkin ia yang terakhir bagi kita,
tetapi ada suatu yang kita juga lupa..
yang kita semua terlupa akan masa..
hari ini detik ini,
sebentar lagi akan berlalu..
dan masa ini tidak mungkin kembali di lain tahun dan hari..
minit ini, saat ini..sedetik lagi akan berlalu..
begitu cepatnya dan inilah yang dikatakan yang terakhir buat kita.

Maka,
teman ku seru dikau bersamaku,
kita refleksi diri, hari-hari kita adalah detik terakhir kita..
saat-saat dan minit yang kita lalui itulah pertama dan selamanya bagi kita..
tidakkan ada repetitive event dimasa akan datang.

Kita,
berbicara sama kamu dari hati kita..
apa yang kita rasa, kita ingin kongsikan bersama..
Kita harapkan kamu dan kita sama-sama usahakannya..
moga detik-detik kita ini adalah yang paling bermakna..
kerana tarikh 9 Ogos 2011 jam 02:05 pagi tak mungkin akan kita temui di masa depan atau masa lalu..


Cuma bicara kita ingin mengucap rindu..
kita rindukan Ramadhan di Beseri lalu..
kita rindukan Ramadhan di Mahsuri dulu..
Apa yang kita cari masih belum mampu kita temui kini..
Kita mengharapkan Ramadhan ada perubahan dalam diri..
Daripada bukan siapa2 kepada seseorang..
yakni hamba kepadaNYA..

Bicara kita lagi..
Ramadhan..
jangan tinggalkan kita terlalu pantas..
kita rindu masa bersamamu..
rindu kan ruh nikmat erti sebuah Ramadhan..
yang bisa mengalirkan jernih putih dari bingkisan mata kita..
kini kita tidak mampu merasa..
alangkah peritnya hati kita..



^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger