::sayangsaya::

Tuesday, July 12, 2011

ENtry Rindu

i just miss this blog with my repekan.=)

Allah datangkan ujian supaya kita sedar yang macam mana pun kita di uji..DIA masih sayangkan kita.

Allah takkan pernah membebankan hambaNYA dengan ujian, tetapi ujian didatangkan sebagai tanda sayang. JAngan pernah berburuk sangka kepada ALLAH. we are nobody to say that. Kita hambaNYA.

Kita selalunya tak sedar yang saat kita duduk senang bergembira itupun ujian. Ujian kesenangan yang sangat digeruni sepatutnya..sebab bila kita duk dalam state ni, kadang kita x dapat rasa pun kehadiran DIA dalam hati. Setiap hari lima kali sehari menghadap DIA, setiap pagi berqiyam tapi hati masih kering? pernah kah sedemikian rasanya?

maka...menangislah,,,
menangislah kerana kita tak mampu menangis kerana DIA.
sedangkan kalo tengok cerita korea ke hindustan ke drama melayu ke..
peserta AF terkeluar ke apa laju je air embun mutiara tu turun laju-laju macam nak banjir sampai bengkak-bengkak mata.
cuba kita renung,,,
aci tak kita buat macam tu?
sedangkan bila baca "love letter", sikit pun tak touche'..


kalau hari ni kita masih diberi peluang,,kita bersyukur tak pada DIA? ibadah hari ni kita rasa senang ke sangat liat nak buatnya?

jum kita renung-renungkan..
^____^


^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger