::sayangsaya::

Thursday, June 23, 2011

OT tu apa?

Ehem..
test mic, Aliif..Baa..Taa..
Bismillahirrahmanirrahim~
Okie. nak credit to Cik Yaya sebab dia rajin tulis entry fasal Occupational Therapy. Dah dekat 2 tahun belajar OT baru hari kot terasa nak cerita OT tu apa. keh3~
walhal diri pun terkial-kial nak bagi orang faham OT tu apa, apa beza dia Fisioterpi, dia ni cabang Fisio ke? erk..
hahaha...since Junior pun bakal nak mendaftar kat Kolej saya tu, dan eden pun menjadi salah sorang JKO dipaksa rela ni maka dengan ini, nak kopipes la entry OT Cik Yaya. Sharing ya!
Okey, jum kita scroll down!!

Bidang Jurupulih Perubatan Carakerja nie atau senang nak sebut OT nie masih baru lagi di negara kita seiring tahun negara mencapai kemerdekaan. Ia merupakan salah satu bidang separa perubatan yang merupakan satu bidang perawatan yang menggunakan aktiviti-aktiviti terapeutik sebagai medium rawatan untuk mencegah ketidakupayaan dan juga kecederaan bagi individu yang berisiko untuk mengalaminya. Perkhidmatan OT juga bertujuan supaya pesakit mampu berdikari semaksimum yang mungkin dalam kehidupan harian mereka..


Didalam bidang OT juga belah dibahagikan kepada beberapa bidang seperti Psikiatri, Ortopedik, Paedeatrik, Neuro, Plastik dan ada lagi bidang.. Skop kerja OT nie sangat meluas.. hah lau dah jadi Occupatinal Therapist anda dapat merasa pelbagai bidang tugas, time tulah dapat jd arkitek, tukang jahit, tukang masak, macam-macamlah sebab kebanyakannya akan melibatkan activity daily life (ADL), WORK, & LEISURE.. OT bekhidmat dalam area physical rehabilitation, mental healthn service, learning disability, pediatrics, enviroment adaptation, care managment,equipment for daily living, research..so sangat menyeronokkan sebab pesakit-pesakit yang refer kepada rawatan OT semuanya abnormal so mencabar la juga kan :) Pesakit yang menerima rawatan OT dalam semua peringkat umur..

Kebanyakkan pesakit yang ingin dapatkan rawatan semuanya tahap tertier iaitu aspek pencegahan, tindakan yang diambil untuk kurangkan tahap ketidakupayaan akibat penyakit yang dialaminya. Contoh kat sini kita ambil pesakit strok, so apa yang peranan OT dalam rehabilitasi strok?

  • OT cuba bantu pesakit strok yang kebanyakkannya tak dapat menerima hakikat sebenar dengan kecacatan yang dialami untuk capai tahap berdikari yang maksimum.
  • OT akan nilai setiap individu secara holistik (keseluruhan). OT menyedari pesakit menghadapi masalah psikologikal (kesukaran mengawal emosi, kemurungan, kurang keyakinan diri)
  • OT juga ambil kira keseimbangan bersosial yang dihadapi oleh pesakit sehingga mengasingkan diri selepas strok
  • boleh membantu untuk tingkatkan kefungsian mental, masalah kesukaran untuk berkomunikasi.
  • aktiviti yang diberikan dipilih secara teliti dan bertujuan untuk tingkatkan tahap kefungsian dalam kehidupan seharian


disini yaya nak share dapat la juga snap beberapa gambar di main OT department, semasa yaya praktikal di Hospital Kuala Lumpur..









jadi jelaslah serba sedikit tentang Occupational Therapy, OT tau lau di translate ialahJurupulih Perubatan Carakerja..
Insya Allah, yaya cuma tinggal dua tahun lagi sebelum berkhidmat untuk masyarakat, doakan kejayaan bersama ye :) insya Allah akan memartabatkan bidang perubatan seiring ngan syariatNya..Cik Yaya


Okie kalau masa ni Cik Yaya tulis memanglah lagi 2 tahun nak berkhidmat. Tapi pada masanya saya mengopipes entry ni, kami tinggal lagi tempoh masa 1 tahun 6 bulan 7hari kurang dari 2 tahun dah sebab sekarang dah dalam Tahun 2 Semester 1 dan alhamdulillah dah habis dah pun sem 1 dan kini tirai Julai akan dibuka maka bermakna semester 2 pun bakal menjengah. Sob3~ sedih best giler la dah nak habis. Yes, sila percaya.

Maka kami dengan ini, suka cita nak maklumkan jangan lah salah faham dengan kami, bezanya kami nanti di hospital, walaupun kami pakai overall kot putih doc tu kami bukanlah doktor. okeh?;)
dan kami juga bukanlah nak dikaitkan dengan cik fisio saja. kami adalah kami, menjalankan aktiviti teraputik. Bezanya kami dan fisioterapi, cik fisio lebih kepada rawatan fizikal, pernah masuk gim kan? haaa..tu depa punya. kami kalau nak beza, okeh pakai overall tapi bawak splint usung ke sana sini kami tak bawak stetoskop. (hala..yg doc check kat jantung tu.ngee~) kami bawak pesakit masuk bilik ADL, bilik mayat, bilik Pressure Garment, pegi tengok anda yang mana kot-kot ada terkena minyak panas cap kapak satu badan tu untuk tengok samada kesan lecur tu perlukan PG yang macam mana, splint yang macam mana.

Er..apa lagi nak cerita?
haa.a..
satu lagi..satu lagi..
pernah dengar CTS? cik temah santek Carpal Tunnel Syndrome tu, haa..kami ada buat splint utk itu. walaupun fisio pun ada jugak buat;)
teeheee..saya tak tau nak cerita apa lagi.
tatati lah.
selamat berehat santai!

^SUKA^
www.tips-fb.com

7 comments:

  1. Lepas nie bak aku plak kopi pes.... hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ooo.. pernah jugak dengar...

    ReplyDelete
  3. haha.. its ok biar sume org tahu pemenda bidang OT nie.. :D

    ReplyDelete
  4. owhh...tak lama lagi nak habis..

    ReplyDelete
  5. @cik zaza
    cik zaza nampak da nak abes jep?isk3~haha..yup..lg 1thn 1/2 nk berlebam sambil bersuka suki.tehee~

    @Mohd. Shafiee Bin Mohd. Desa
    pie, elok benor le dari duk karang citer sera tu.tp OT+sera pun ok gak?hehe~

    @halila Ibrahim
    heehe,,kak..ni la OT. selamat berkenalan dengan dunia OT. kami bukan overtime, bukan jugak operation theater

    @Cik Yaya
    tQ Cik Yaya^___^

    ReplyDelete
  6. nnti la tnggu aku blik kolej... aku cri apa cerita seram pasal ot... then aku update dlm blog aku... wahahahaha

    ReplyDelete

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

::COMPLETEd::

Powered By Blogger