::sayangsaya::

Tuesday, August 10, 2010

Senyum itukan Sedekah


www.iLuvislam.com
oleh: Yusammir Yusoff*


Segala pujii bagi ALLLAH tuhan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan pencipta yang berkuasa keatas segala-galanya sama ada di bumi dan di langit,dan dan juga penguasa sekelian alam.

Assalamualaikom saya ucapkan kepada muslimin dan muslimaat,dan moga sentiasa di bawah perlindungan ALLAH yang berkuasa. Kali ini saya nak berkongsi cerita dan pandangan yang dimana ia bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian. Namun saya tak mahu terlalu ‘skema’ dalam membicarakan perkara ini.

Baiklah jom kita menyelusuri lembah ilmu ini dengan minda yang tenang dan rilek,tak mau kabut-kabut nak baca…Rilek jer beb.Artikel kali ni saya nak utarakan perkara ‘SENYUM’..

Susah sangat ker nak senyum?? Senyum jer..Bukannya sekali kita senyum sekali tu juga duit kita hilang. Saya suka sangat dengan kumpulan Raihan, lagi-lagi bila dengar lagu pasal senyum..

Ala …takkan tak ingat?Macam ni lirik dier:

SENYUM TANDA SAYANG,

SENYUM TANDA MESRA SENYUMLAH SEDEKAH YANG PALING MUDAH,

SENYUMLAH…..

SENYUMLAH DARI HATI JATUH KE HATI


Erm sedapkan lagu tu,kalau masak dengan lemak cili padi lagi sedap kan.(gelak)..Bila saya cakap pasal senyum mesti ada orang kata ,’takkan nak senyum setiap masa?’..Saya galakkan senyum tu bukannya untuk setiap masa kita; kena senyum tapi kena lihat juga tempat dan situasi. Kalau nak senyum jer nanti apa pula orang lain cakap..GILA KE BUDAK NI??

Saya nak bicarakan pasal ni sebab Junjungan besar kita sentiasa senyum…Dan senyum baginda itu ada lah satu sunnah yang kita boleh ikut dan kita dapat pahala lagi. Seperti firman ALLAH

“sesungguhnya telah ada pada diri RasulluLLAH itu suri tauladan yang baik bagi kalian(iaitu)bagi orang-orang yang mengharap(rahmat)ALLAH dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut ALLAH” (al-ahzab:21).


Dengan kita senyum kita menjadikan baginda tauladan,dan adalah satu tuntutan dalam segal urusan kita jadikan baginda sebagai mentor kita..(ingat rancangan mentor tu jer ada mentor,umat Islam dari dulu dah ada MENTOR..Mentor kitorang lagi gempak beb!!!)

.Selain dari itu, senyum juga menzahirkan kita ini umat yang cukup mesra,lembut ,toleransi dan beradab. Bila orang lain tengok pun senang hati..Kenapa nak berkerut saja,tak elok sangat kita asyik nak berkeras sebab nanti muka tu cepat tua dari usia yang sebenar dan kawan pun susah nak dapat...Sebab ALLAH telah berfirman

“sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu”(ali-imran:159)



Ada banyak faedah yang kita boleh dapat dari kafiat senyum ni,dan terdapat banyak hadis mengenai RasulluLLAH senyum antaranya :

1. Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)
2. Daripada Jabir bin Samurah RA..dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak pernah tertawa selain daripada senyuman”(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim).
3. Daripada Abdullah bin Juz’,dia berkata .. “RasulluLLAH SAW tidak tertawa selain daripada senyuman.” (Riawayat At-Tirmidzi,dan menurutnya hadis ini hasan Ghorib)

Dan banyak lagi hadis mengenai senyuman RasulluLLAH dan takkan la saya nak masukkan semua hadis-hadis tersebut,nanti dah jadi macam pengajian hadis pula.Cukuplah sekadar hadis-hadis ini ditunjukkan agar dapat mengukuhkan bahawa baginda memang suka senyum ..Namun disini saya nak bangkitkan dan tegaskan bahawa RasulluLLAH hanya senyum bukannya ketawa terbahak-bahak,kerana ketawa terbahak-bahak akan mengeraskan hati(bukanlah hati kita ni keras tapi maksudnya hati kita susah nak menerima sesuatu terutamanya pelajaran). Ini selari dengan apa yang RasulluLLAH katakan .Seperti mana yang Al-Bukhari meriwayatkan di dalam Al-Dabul Mu Frad dan Ibnu Majah daripada Abu hurairah secara Marfu’: “Janganlah kalian banyak tertawa,kerana banyak tertawa itu mematikan hati.”.

Kita sebagai Umat Muhammad perlulah mengikut segala bentuk perbuatan yang RasulluLLAH lakukan,memanglah tak wajib tapi adakah ia berat dan membebankan..TIDAK!! Malahan ia memberi banyak faedah kepada kita dan orang lain..Inginkah anda didalam keadaan dimana semua orang bengis mukanya dan tiada secalit senyuman pun dibibir mereka?? Mesti kalut dan menggerunkan..(senyum)..Tiada keseronokan dan kedamaian dalam keadaan begitu bukan..Maka senyumlah..Senyumlah walau kita berada dalam kesusahan,kerana apabila kita dalam kesusahan kemudian kita senyum ia dapat mengurangkan tekanan dalam diri kita..

Senyum dalam kesusahan………Mesti ramai kata ‘ish!! Susahlah nak buat macam tu’. Kenapa pula susah,sedangkan RasulluLLAH boleh buat,mari saya buktikan dengan satu dalil.-

Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang beperangai kasar ,ketika Uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudah duduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.**.

Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudia baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)

**.Al-khataby berkata tentang makna hadis ini:Hadis ini dikompromikan dari sudut adab dan ilmu.Sabda Nabi SAW tentang diri umatnya tentang sesuatu gambaran yang tidak disukainya secara jelas disebut GHIBAH.Ghibah berlaku diantara sebahagian orang dari umat islam terhadap sebahagian yang lain.Yang memang harus dilakukan baginda adalah menjelaskan dan mengungapkannya dalam bentuk nasihat dan kasih sayang baginda terhadap umatnya.Tetapi kerana baginda sudah dianugerahi sifat kemurahan hati dan akhlak yang baik ,maka baginda memperlihatkan wajah yang beseri dan tidak menghadapi kesukaran berhadapan dengan orang yang tidak disukainya.baginda bertindak sebegitu agar umat Islam meniru perbuatan baginda,agar dapat dihindari keburukan yang boleh menimpa umatnya dan mereka boleh selamat dari kejahatan dan tipu daya…(lihat di kitab FATHUL-BATI,10/469).

Sekarang saya dah buktikan bahawa dalam keadaan susah sekalipun kita boleh amalkan perbuatan senyum..Lepas itu tiba-tiba pula ada orag kata.. “RasulluLLAH lain dia Nabi kita ni insan biasa”..(saya gelak)..Saya menjawab balik. Adakah anda lupa firman ALLAH di dalam surah kahfi? Firman ALLAH “Katakanlah, ‘sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kalian.”..Nah,Nabi pun seperti kita,sebab itu Allah jadikan pesuruhnya dari kalangan MANUSIA..Apa yang boleh dilakukan nabi kita pun boleh lakukan,tiada alasan untuk mengelakkannya..

Oleh itu saya berseru kepada sahabat semua orang khususnya umat Islam,MARILAH KITA KEMBALIKAN SUNNAH RASULLULLAH IAITU SENYUM YANG SUDAH LAMA HILANG DIWAJAH KITA..

Disini saya nak berpuisi sedikit:

Senyum itu indah gambarnya,

Rasanya manis tidak terkata,

Bibir terukir,bagai lukisan menawan,

Tertawan hati adam dan hawa,

Tertawan bukan sekadar picisan,

Tertawan hati iringi ganjaran Illahi,

Ganjaran bukan sekadar saja,

Ganjaran pahala di janjikan,

Kalau senyum menguntum dihiasi,

Cukup indah ajaran nabi,

Gembira hati kalbu Muhammad,

Bila mana Umatnya bersama ikuti….

Senyum itu lambng orang sedang sukacita,tangis pula melambangkan kesedihan. Begitu kehidupan yang kita lalui dari sehari ke sehari, namun ini jugalah kehidupan yang selalu baginda alami. Kadang kala baginda menunjukkan kegembiraan dengan mengukirkan dengan senyuman di bibirnya namun tangis baginda tidak pernah dilihat atau didengari oleh orang-orang yan bersamanya.

Akhir kata dari saya, saya menyeru rakan-rakan saya,marilah kita mengamalkan budaya senyum di kalangan kita,kerana senyuman itu adalah penyeri kehidupan…dan seri kehidupan itulah yang menghubungkan ukhwah kita dari semasa ke semasa..Kerana dari senyumam datanglah persahabatan dari persahabatan itulah datangnya kekuatan..Wabillah hitaufiq wal hidayah wasalammualaikom warahmatullah hiwabarakatuh…


entry asal: http://www.yussamir.com/2007/01/senyum-itukan-sedeqah.html

hari ni sangat terasa on sumthin.sebab kes senyum aje spoil my day. myb me myself in mood swing, ble pagi2 disapa dengan wajah masam, its spoil my day. whole day. i thought after isolation, its much better. but..no. it getting worse. hari ni da banyak paku2 yang lekat di hati. for those yg kena my tempias i doesnt meant for it. my bad. i'm not gud in managing my emotion.

me myself tau. tapi my azam everyday wanna start my day with something sweet, and end with something sweetes. i try my best hari2 nak ceriakan hari menikmati waktu kurniaanNYA utk menghayati dan mempelajari sesuatu dari hari ke hari.
tapi tatau la. ada je dugaan yang datang. tapi..taper la..jangan mengeluh. Allah sedang menguji. kadang kita tengok perkataan tu simple je. tapi effect dia besar. especially pada hati2 people around us. kadang tu me myself pun taperasan ada jgk buat kesan pada hati kawan2. memangla maaf tu mudah diberi, tapi keikhlasan nak hulur tu. myb mulut boleh kata maaf juga. but deep in heart? nobody knows.

tapi takleh gak mengeluh dengan hari kita..
(petikan hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali)

" Barang siapa yang berpagi-pagi dengan perasaan dukacita terhadap kehidupan dunianya, seolah-olah dia itu berpagi-pagi dalam keadaan memarahi-KU..."




who said xsedih, sangat sedih. ingat seronok ke kena avoid dgn people around us supaya dorg takena hambur dgn kita sbb mood kita for the rest of d day da hanguss. memang rasa macam nak putus nyawa awaykan diri dari org2 tdekat spye hati dorg takena paku lagi, tapi hati saya juga terpaku. ate..cemana tu?

pesan ku pada yang membaca entry ni. senyum la. tambah2 pagi2 anda nak mulakan hari tu. ble nak jumpa orang. ble nak jumpa sesiapa saja, senyum la. senyum tu can change a day dari cheerful day ke cloudy day. hopin dat dari wajah ini atau ini
kepada--------->>>>


sekian dari diriku, hamba yg penuh khilaf.
^SUKA^
www.tips-fb.com

0 comments:

Post a Comment

terima kasih,
conteng lagi nanti ya;)

::COMPLETEd::